Friday, July 30, 2010

Terlampau Optimislah Konon

Bismillah,

Saya sebenarnya risau dengan diri sendiri. Sebab bila saya susah hati, sekejap-sekejap aje saya susah hati. Kadang2 keadaan dah genting sangat barulah sibuk2 nak susah hati. Saya rasa suami saya tu dah risau dengan bini dia. Saya boleh rilek2 aje bila beg kecik saya pemberian seorang blogger (hampun makcik tak hingat sape). Dalam beg tu ada IC (bernilai RM 200) kalau saya hilangkan, lesen, beberapa kad bank (saya takde kad kredit).


Semasa balik dari rumah mertua saya kompem memang saya bawa balik sbb saya masukkan brooch dalam beg comel ni. Tapi sampai2 je kat pasar saya perasan si comel ni takde dalam poket. Konon2 nak cepat, saya terus tadah tangan kat suami saya aje. Lagi satu, saya nak cover takut dia bebel saya tinggalkan beg tu kat rumah mertua :P Memang silap sebab tak terus cari masa perasan benda tu takde dalam poket.

Jangan tanya handbag. Buat masa ni saya tak ada handbag. Jangan pulak tanya muat ke semua barang nak letak dalam beg comel ni. Sebab saya bukan ada banyak duit pun nak letak di dalamnya. Cukup la setakat 2-3 puluh buat bekal gi market. Terus terang cakap, dok sini memang jimat sakan. Memang saya sedaya upaya elak guna duit kedai sepek saya.

Balik dari pasar tu, saya buat2 lupa kat si cmel di atas sampaila esok harinya. Demi tidak mahu menyusahkan suami saya, saya cakap nak balik rumah mertua kejap cari beg tu. Tapi dia nak bawak jugakk...waaa...bukan ape, takut tak jumpa je. Tengok2 memang betul tak jumpaaaa... tapi yang heran saya tak risau. Lepas tu mertua saya pun kata, "Kalau rilek2 mcm ni, selalunya barang tu kita nak jumpa...lainla kalau kita berdebar2."

On the way back tu memang tak bercakap sepatah pun. Huhu....tapi saya mintak jugak suami bawak ke pasar. Kot2 la beg ni terlenyek dan masih ada di atas jalan (ini idea paling mustahil). Siap tanya kat makcik yang jual goreng pisang kat situ kot2 lah dia tolong kutip simpan. Dalam kepala saya ada beberapa kemungkinan bila sedar beg tu takde.

  • Tercicir dalam kereta
  • Di rumah mertua
  • Atau terjatuh di pasar
  • Balai polis (kot2 ada yang hantar ke situ)
  • Dalam beg sekolah anak2
Jadi bila suami saya bawak balik je anak2 dari sekolah selepas tu, saya bersila dan mintak nak cek beg diorang. Alih2 belum sempat mintak, Asmaa' keluarkan beg ni dari beg dia. Katanya semalam dia jumpa atas kereta. Huwaaaaaaaaaaa............ Alhamdulillah jumpa. Duit takde pon dalam tu. Tapi kalau hilang benda ni, nak dapatkan semula benda dalam tu saya ingat ade kot 3-4 ratus.

Sekurang-kurangnya naluri saya itu boleh dipakai jugalah...cik abam, ai mintak sori ye... selalu buat spoil kannnn??

6 comments:

  1. waahhh...pija mmg very cool mom lah. kalau izan mmg dah gelabah gila dicampur dgn takut nak bagitau hasben kata dompet dah hilang!

    **sbb masih fobia 2 kali buat ic, lesen kad bank dll...sebab:
    1)beg kena curi masa kat surau,
    2)kena seluk dgn penyeluk saku masa naik bas~~...kejadian kira2 10 tahun lalu~~

    ReplyDelete
  2. hohoho cool gitu...bukan takat cool,leh cover cool lak tu..eh berapa byk cool daa... :p

    k.pija,benda ni penah brlaku 2 kali sebelum Hanie sefamily nk fly ke Medan berlibur2an..problem weih kalo xdop IC bagai...masa hilang tu xterus bitau cik abg,takut jadi lg gelabah kan..tp kendian tu bitau le jugak,kot2 dia leh tolon carikkan...alhmdllh jumpe,instinct kuat kata ade terselit dlm kete walopun cik abg byk kali carik xjumpe2...heran...

    satu lg spec mata..dah namanya rabun kan...bile spec ilang/salah letak camno nak carik dgn jayanya? :p

    soli pnjg plak ngalahkan tokey ;p

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    sy pun pernah cover2 gitu kat hubby
    kononnya takmo dia tau n ambik tau
    tapi dia ygjenis nak ambik tau..
    last2 kena marah sebiji..
    uhuuhu....

    ReplyDelete
  4. pija,
    suspend jer baca n3 nih... kakyong plak yg berdebar2...
    mujur lah jumpa kan.. kalo tak mai beratus habis utk IC sahaja....

    sayang kat Asmaa', mujur la dia ingat nak kutip brg umi nya....

    ReplyDelete
  5. Izan, cool ke takde perasaan ek??

    Hanie, akak jarang hilang spek, kalau hilang mesti ada dalam bilik air dengan bawah bantal :P

    emy, hihi...cik abam kita caring..nk buat mcm mana

    k.yong, saya siap plan nk buat report KATA ADA org seluk saku :P kalau kecurian tak kena bayar

    ReplyDelete
  6. kecurian tak perlu bayar???!!!
    baru ni kawan suami hilang IC.. dah 3 kali etrmasuk yg tu.. siap ade report polis.. nak tau brp kena?? RM300

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!