Tuesday, November 06, 2007

Kuota Anak


CAKKK!!!!
Bismillah,
Arini terasa nak cakap pasal kuota anak, sempena Apa-Apa Aje semalam yang berlangsung. Memang tiap kali program ni online saya terasanya nak tepon bercakap tapi kalau bab-bab tepon TV radio ni saya sll yang belakang sekali. Maleh eh nak cakap byk, buatnya tersalah cakap sape yang malu?

Alkisahnya Sheila dgn Samsul bincang tentang fenomena ibu atau bapa yang menetapkan berapa bilangan anak. Secara kesimpulannya yang dapat saya simpulkan :

Kenapa ayah yang wajar tentukan bilangan anak?
Selalunya sbb kewangan adalah bahagian major yang perlu difikirkan oleh seorang ketua keluarga.

Kenapa pulak mak yang wajar tentukan bilangan anak?
Sebab paling major adelah orang yang nak beranak adalah golongan ibu2. Lepas tu nak maintain body lagi. Ada yang kata lepas pada umur tertentu lets say 30 dah nak rehat takmo beranak.

Alasan untuk menyekat bilangan anak:
- Biasanya alasannya adalah nak bagi pendidikan terbaik buat anak-anak.
- Takde masa sebab sama-sama bekerja.
- Jaga kesihatan.

Alkisahnya, mari pulak kita menghayati perasaan kita ketika tua. Aha, bunyinya saya ni mcm nak promote orang beranak la korang beramai-ramai. Bukan itu maksud saya ek..Baca dan fahamkan bebaik. Yang mana boleh diikut, ikut la. Yang mana tak, tinggalkan jauh-jauh.

Saya cuma nak bandingkan IBU A yang punya tiga anak dan IBU B yang punya 11 orang anak. Musti beza bilangan tu kan dah jauh. Memang betul tak dinafikan IBU B musti la letih sbb kene ajar 11 orang anak tu bukan senang nak besarkan satu-satu sampai jadi orang yang berguna.

IBU B menggunakan kaedah susuan untuk menjarakkan anak. Memang anak-anak dia semua setahun beranak, setahun jarak. Dia akan menyusukan anak dia sepenuh masa sehingga berumur dua tahun kebanyakannya. Alhamdulillah, semua anak-anak dia besar jugak walaupun tak merasa susu formula.

Compare dengan IBU A, dia tak guna kaedah perancang juga tapi rezeki agaknya ALLAH bagi cuma tiga orang anak yang berselang jauh jugakla setiap seorang. Dengan kerja sebagai jururawat, pasti saja kesibukan masa bekerja menyebabkan anak-anak disusukan dengan susu formula.

Perbezaan pendidikan anak-anak, kedua-dua ibu telah mencuba sedaya upaya untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke tahap yang tertinggi. Alhamdulillah semua dapat pendidikan yang terbaik sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ada yang tersangkut tak sampai lah ke universiti tapi masih boleh membawa diri. Cuma IBU A agak terkilan dengan anak keduanya. Ntah dimana silapnya anak itu seakan tak mau mendengar kata. Mujur masih ada dua lagi anaknya yang rasanya boleh diharap.

IBU B setelah diperhatikan tak adelah anaknya yang masuk kategori terkilan tahap melampau. Cuma biasalah anak akan melakukan kesilapan pada masa-masanya. Mungkin terkadang anak itu lewat bangun solat Subuh dan macam-macam lah. Biasalah orang kan.
Time rajin dikata rajin, time lain mcm tu aa…

Dari segi masa tua, tika muda IBU A memang lapang. Boleh buat kerja dengan baik dengan dibantu pembantu rumah. Ada masa di rumah, boleh bersama dengan anak dan dua anaknya itu boleh dikatakan pelajaran mereka adalah hampir terbaik. Cuma bila anak sudah besar, yang masuk asrama, tinggal di asrama, yang dah berkahwin mengikut suami. Maka tinggallah dia memelihara anak kucing.

IBU B pulak, walaupun anak lelakinya kerja di tempat lain, anak perempuan berkahwin lalu dibawa suami ke tempat lain manakala yang masih belajar, tinggal di asrama. Namun begitu, satu pergi, datang pula yang lain menemani. Takde perancangan tapi alhamdulillah tidaklah dia keseorangan. Kalau merajuk dengan seorang anak, dia masih punya 10 yang lain lagi.

Jadi dimanakah sebenarnya punca kepuasan hidup. Sekarang ni, kesimpulannya beginilah, kalau ngko beranak, ngko jagalah anak tu bebaik. Bagi didikan yang tak berbelah bagi walau apa juga alasannya. Walau anak ramai, atau anak tak ramai, setiap yang beranak musti kene jaga anak baik-baik.

Kaedah merancang pula, bukan tak ada kaedah yang lebih asli tapi disebabkan gaya hidup kita sekarang menyebabkan ramai yang nak guna kaedah mcm pil2 perancang. Kesan kemudiannya ade yang kata badan mengembang lah, ade yang kata tak boleh beranak pulak lepas pada berhenti makan pil la. Macam-macam boleh kita dengar.

Anak itu siapa?
Kita mau kene ingat bahawa ALLAH telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita. Dia mentakdirkan kita begini supaya kita tunduk dan patuh kepada Nya Cuma cara kita menerima nikmat dan dugaan juga menjadi titik tolak dalam menentukan kehidupan kita di hari kemudian.

mm…tu je lah sepatah dua dari saya ek. Moga ada sedikit manfaatnya…

Komen dari En Limbat yang menyebabkan saya nak melampirkannya di sini...

Menarik sekali topik ini cuma ianya agak kurang mendapat sambutan dari rakan2 sim..

Dalam pergaulan dengan kawan2, banyak jugak keluhan daripada mereka yang pernah merancang sama ada tak mahu anak awal, nak menjarakkan anak dsbnya.. Urusan mendapat anak tu sepatutnya kita serahkan secara total kepada Yang Memberi Anugerah. Biasanya apa yang kita rancang tidakkan sama dengan realiti. Ada yang mulanya taknak anak dulu, akhirnya terus diuji dengan tak dapat anak langsung. Ada yang cuba menjarakkan anak 2-3 tahun, dan jugak Allah tak beri mereka anak sehingga 10 tahun... Jarang sekali kita mendengar cerita mereka yang memang betul2 gembira dengan hasil "merancang" mereka. Cerita yang ditulis cik sitisifir memang banyak kebenarannya. Dan sebagai muslim yang berpandukan Al-Quran kita sepatutnya cuba memahami ayat berikut yang ada hubungkaitnya dengan hal di atas;

"...janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka..."(6:151)


"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu...."(17:31)


Sungguhpun ayat2 di atas ditujukan kepada jahiliyyah yang membunuh anak2 mereka dulu, namun dalam kedua2 ayat bahagian akhirnya adalah sama...iaitu Allah telah menetapkan rezeki masing2 untuk kita dan anak2 kita. Menggunakan pelbagai alasan terutama sekali alasan kewangan untuk tidak mahu anak ramai tentunya amat bertentangan dengan Al-Quran yang kita imani.

Wallahu A'lam & Wassalaamu'alaikum.

4 comments:

  1. erm..ramai orang masih tegar mempercayai mitos, daripada redha dan pasrah dengan ketentuanNYA. pendek kata, byk sungguh kebaikan berbanding keburukan jika memiliki ramai anak, asalkan tekun dan rajin berusaha, berikan didikan agama yang sempurna, insyaAllah rezki ada di mana-mana..

    e'eh, panjang lak sesekali berkomentar kat sini :P

    p/s - slmt hari raya siti, baru 26 syawal, masih belum terlambat kan?

    ReplyDelete
  2. Saya ibu kepada 5 anak dan berkerja(33 tahun), memang teringin sangat nak anak ramai tetapi penghujung tahun lepas saya mendapat seorang anak istimewa(Down Sindrome), jadi niat untuk meneruskan niat terasa terbantut..w/pun selalu memujuk hati.. setiap anak telah ditetapkan ketentuannya tapi entahlah terasa tiada kekuatan. Semoga saya dan anda semua dapat lakukan yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. assalamualikum... 2 tahun lepas saya mcm pernah dengar siti sifir... emm tahun ni saya baru berkelapangan terjumpa blog yang indah ini.. tentang koata anak saya mmg berpendapat sama sejibik dengan saya.. tapi suami saya pulak yang bertentangan dgn pandangan saya... sebab bos dia cina kawan ramai dgn cina... hmm apa pun..sejak anak ke4 diambil balik oleh penciptanya dah kurang sikit mental dia nak anak sikit

    ReplyDelete
  4. Emm...entry yg sangat menarik

    http://www.rahsiaummi.com/maksimumkan-masa-lawatan-prenatal/

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!