Wednesday, April 01, 2009

I AM NOT HAPPY WITH MYSELF

Bismillah,

Saya tak pasti salahnya di mana..

Saya dapat rasa pastilah staff saya tertekan bila pagi tadi saya marahkan dia bercakap tergagap2 sedangkan saya mahu jawapan yang cepat...

Saya dapat rasa pastilah anak2 saya terkilan bilamana saya terjerit2 macam tarzan marahkan diorang...yang lebih menyedihkan perkara ni telah berlarutan selama lebih 2 minggu...

Saya dapat rasakan suami saya kelaparan kerana isterinya tidak sempat menyediakan hidangan...




Saya rasa sakit bila mengharungi rasa BENCI dari orang disekitar saya...



Hari ini saya rasa benar2 tertekan bila seorang pelanggan telah memberitahu saya dia telah membuat sepasang kaca mata yang sama dengan harga RM xxx sedangkan RM xxx itu adalah sama dengan harga kos saya untuk mendapatkan sepasang kanta untuknya.


Saya rasa letih dan saya mahu berehat. Untuk pergi jauh dari sini saya tidak mampu. Saya ingin melihat anak2 saya kembali bermain di taman. Saya ingin melihat staff2 saya gembira bekerja dalam kedai saya. Saya ingin melihat suami saya sentiasa gembira dan tidak mengeluh dengan kedhaifan saya sekarang.

Laksa yang Anati bawa tadi tidak mengubati lara saya. Masalah no resit salah dan sudah selesai misterinya juga masih tidak meringankan beratnya perasaan saya. Ntah di mana lagi salahnya???

Posting ini hanya sementara. Saya positif masalah saya ini selesai secepat yang mungkin. Saya mahu kembali memeluk anak2 saya dengan kasih sayang yang sebenar2. Saya tidak mahu menjadi Tarzan kepada anak2 saya tetapi saya mahu menjadi seorang ibu yang bercakap dengan cara yang sepatutnya.

Wahai teman2 yang membaca, bolehkah doakan saya? Juga tinggalkanlah sepatah dua kata untuk saya kembali merasai nikmatnya rasa ceria.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!