Thursday, February 04, 2010

Pija, Kamu Pakai CD Tak??

Bismillah,

Kalau ada yang tanya soklan di atas, saya terus terang je jawab saya tak pakai CD sbb yang pakai adalah Arwa. Hihi...memang betul pun kan. Bukan hape, ada yang menjual CD tetapi tidak menggunakannya. Yang itu saya tidak dapat jawab bagi pihak mereka. Pemakaian CD pada Arwa sebenarnya banyak membantu saya dari segi kewangan walaupun semasa nak membelinya saya ala2 semput.

Jika ditanya pula siapa yang membasuh, jawapannya adalah yang membuat keputusan untuk membeli CD lah. Maksudnya sayalah tu...cuma alhamdulillah suami saya tak memandang aje. Especially di hujung2 kehamilan saya dia akan cuba juga sedaya upayanya untuk memberi bantuan kepada saya. Hihi...sepanjang mengandung ni memang saya guna betul2 kesempatan yang ada :D

Jika ditanya apa masalahnya kalau guna CD. Jawapannya bolehlah dikatakan tiada kecuali saya tidak menyalin selepas 5 jam pakai. Yang itu memang kaedah mencari nahas. Kalau rasa nak cuci satu rumah dengan air najis yang meleleh2 silalah biar anak2 kita dengan CD yang sama selama lebih dari 5 jam.

Malam2 saya tukarkah CD? Sebelum tidur saya akan pakaikan yang baru. Let say dia dah tidur time Maghrib lagi, saya tetap akan salinkan CD itu sebelum saya tidur dan selalunya dalam pukul 11pm Arwa dah pakai CD yang baru. Sebab Arwa dulunya adalah baby BF so, tidaklah dia meminta susu malam dan kadangkala CD yang dipakai malam ni tahan dari 11pm tadi sehingga 8am. Jika anak anda jenis yang menyusu FM, silalah gantikan CD itu sebaik saja anda bangun dari tidur bagi mengelakkan kita buat kerja lebih.

Kenapa saya bezakan antara yang BF dengan yang FM? Bila baby tu dah start minum FM, sah2lah air kencingnya berladung2. Tapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh pakai CD tapi parents nya kene lebih berjaga2 sebab masa pemakaian satu2 CD mungkin singkat compare to baby yang BF.

Ada juga yang tanya, berapa insertkah yang saya gunakan setiap kali? Disebabkan saya ni sah2 malas nak cuci rumah jika najis terpalit di sana sini, maka saya pakaikan Arwa dengan 2 insert. Pernah juga saya gunakan 1 insert tapi saya nyesal sendiri atas kealpaan saya. Ini bermakna jika gunakan 2 insert, bolehlah alpa lama sikit...apakah??

Jenis CD apakah yang saya beli? Semua CD yang saya beli adelah coolababy jenis pocket button. Saya ada satu AIO Lunatot (menang contest) dan saya tidak ada sebarang CD velcro. Tapi saya telah buat study (tiru ayat pelakon utk melakukan satu2 watak) tentang pemakaian AIO dan Velcro. Walaubagaimanapun, mungkin kerana saya seorang yang mudah berpuas hati dengan sesuatu jenis, maka saya akan terus kekal dengan jenis itu. (tak heran la kan deodoran saya dari tingkatan 2 sampai sekarang adalah jenis yang sama dan corak kasut yang saya beli sama aje dari dulu...huhuhu

Apakah lagi ya soklan yang selalu mak2 yang nak mulakan CD tanya?? Jika anda ada apa2 soklan...bolehlah tanya. Mungkin maklumat penuh dalam blog ini susah dijumpai tapi anda jangan bimbang kerana saya adalah spesis yang mesra alam. Telah ramai dari yang membeli CD dari saya suka dengan harga yang saya tawarkan dan insya ALLAH jika ada rezeki dan sokongan kalian, saya akan kekalkan dengan harga bajet ini.

*Nggak ada gambar juga....layyan pot pet2 daku ajja...

4 comments:

  1. bagus jugak kan..tapi tak leceh ker kena tukar selalu

    ReplyDelete
  2. belum boleh proceed lagi ler kak pizah
    aqil ari2 mkin lama mkin kuat berak.
    jenuh den ank tukar
    nak2 time dah mula sarat nih.

    ReplyDelete
  3. tringin nk pakaikan CD, tapi taknak MIL susah2 basuhkan plak time saya keje. Kalau tak bagi dia basuh, dia akan basuh jugak....

    ReplyDelete
  4. kak.. letih sy nk tunggu CD prewash 3X.. hahaha.. weekend ni leh la pakai.. yahooooo.. mari kta try kat muntut zara

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!