Sunday, April 24, 2011

Perhatikan Setiap Kesusahan, Sebenarnya Ia Tidaklah Seteruk Itu

Bismillah,

Hari ini (saat entry ini keluar ia sebenarnya semalam) saya buka Maybank2u saya hampir setiap jam. Ini adalah kerana duit dalam tangan saya hanya ada beberapa RM yang tak sampai pun RM 30. Saya melepaskan ruang atas kedai saya supaya dapat meringankan beban tapi lain pula yang terpaksa saya tanggung.

Walaupun bebanan hutang saya bukan sedikit tetapi tetap cuba membayar sewa rumah tepat pada masanya memandangkan tuan rumah datang mengambil cek di kedai. Bayangkan bagaimana perasaannya jika saya kata, "Bulan ni saya tak dapat bayar" atau apa-apa sahaja. Jadi untuk hal sewa ni saya memang membayar hampir on time jugalah. Tapi saya beruntung sebab tuan rumah kami datang tengah bulan so ada banyak masa untuk cukupkannya.

Hari ini, suami saya sepatutnya berjumpa dengan bomoh patah (tak syok betul nak sebut bomoh kan?) yang dia pergi tempohari tapi atas sekatan yang saya nyatakan di atas maka memang keberatan sangat kami nak pergi dengan tangan kosong. Tapi alhamdulillah, rupanya duit Nuffnang saya dah clear. Saya masukkan cek hari Khamis dan pagi Sabtu cek dah ada dah. Cepat pula ye...

Memandangkan cash dalam tangan saya pun tidak banyak maka untuk masak pun saya gunakan apa yang ada di dapur. Mujurlah bekalan makanan kami tidak pernah putus melainkan saya malas memasak :P tapi selalunya malas-malas pun ada makanan tau. Sehari dua lepas, kawan suami saya mengail ikan dan hasilnya dia bawa ikan tatau nama seplastik ke rumah.

Beberapa hari lepas juga biras saya bawakan ikan juga dan dia datang malam dan saya pegang ikan tu beku lagi so saya direct masukkan ke dalam peti beku. Tadi saya tengok ikan tu dah siap pesiang lagi...haa...kan keriangan berganda jadinya?? Kemudian ada jantung pisang yang ada di belakang rumah. Semalam pula ipar duai saya datang ke rumah dan bawa macam-macam makanan yang sehingga ke hari ini kami tidak kelaparan.

Sekarang suami saya sedang dalam perjalanan untuk ambil seekor dua angsa di rumah sahabatnya yang lain untuk dijadikan ubat patah tangannya. Itupun tak payah nak dibeli dan bila saya menunduk merenung semua nikmat ini maka hati saya tidak berasa susah. Kerana sebagai Muslim Mukmin, kita masih ada senjata kita iaitu DOA. Alhamdulillah, saya bersyukur dilahirkan dalam Islam :))

Sila baca link ini untuk perincian tentang HIKMAH DOA.

 

3 comments:

  1. alhamdulillah..yg pntg kito keno syukur sokmo2 kak pija deh..br berkat dan raso lapang hidup di dunio sementara ni

    ReplyDelete
  2. :) Betul...melihat kesusahan kita sebenarnya ada orang yang lebih susah lagi...hukhuk

    ReplyDelete
  3. seronok membaca artikel nh...kalau la...........................................................................................................

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!