Wednesday, June 26, 2013

Ubat Rindu Buat Opah dan Semua

Bismillah,

Agaknya sudah lama juga tidak update perkembangan anak-anak ke dalam blog ni. Selalu mak kepoh kan. Lepas dari tu mak belajar baaaanyak benda yang menyebabkan mak terfikir mana yang wajar dan tak wajar untuk dikongsikan. Di bawah ini adalah summary perkembangan terkini anak2 kami. Ni pun nak kutip yang comel2 aje buat ubat rindu saudara mara yang jauh di perbatasan sana. Kekeke...

1. Rasanya Arwa dah boleh membaca.
Umi xajar okeh. Dia kenal huruf sendiri mll flash card dan vcd. Kemudian adela umi introduce fonetik sekejap tp dia fed up dan sehinggalah one day tgk Upin Ipin eja ayam! Upin Ipin eja kaedah tradisional dan diorg keep repeating the same words.

Jadi umi mula menambah bunyi ejaan lain dan satu hari sedang umi solat dhuha (nampak bebeno xkhusyuk disitu huhu), terdengar Arwa bgtau Ahmadi lepas Upin Ipin ni cerita Celik Hati.

Kan di tv9 slps iklan dia akan tulis cerita apa sekarang dan selepas ini. Disebabkan eksaited maka hilang kekhusyukan. Sbb tu dlm Quran ada sebut antara gangguan kepada ibadah kita adalah anak2, harta, perhiasan dan kuda (errr.. Sila cek blk ayat berkenaan). Huhuhu..

2. Ahmadi pandai main one two som! (Apokah?)
Bila ajak umi main, umi layan je. Ahmadi buat burung, umi buat air. Ingatkan setakat tu aje. Sekali Ahmadi kata, "Ahmadi menang sebab Ahmadi burung, dia minum air umi". Errr.. Baru 3 tahun dah tau ek menang kalah haha.. So umi xleh ngelat sudah.

Selain dr tu, rasanya Ahmadi pun dalam proses nak membaca. Memanjang je kena ngeja utk dia. Ahmadi pun pantang kalau dia bercakap kami xrespon. Mulalah dia bisik sorang2 'uhhhh... Umi xnak cakap!'. Huuu..

Ahmadi juga xsuka dimarah. Bila marah dia je, dia akan memberontak taknak dengar cakap. Makanya memang kena kawal tanduk dari cepat keluar. Cakap baik-baik memang senang je dia ikut. Sekali cakap terus buat (selalunyalah).

3. Uwaiys yang rajin berzikir dan berdakwah.
Sangat! Dia bole plak berzikir dlm kelas masa cikgu suruh buat latihan. Dia kata cikgu Cina pun puji dia rajin berzikir kuikuikui. Selalunya atas kereta mmg anak2 diajar berzikir oleh apak mereka hehe. Kalau tak memanjang je gaduh.

Berkenaan berdakwah, Uwaiys cerita dia selalu suruh budak Cina cakap Lailahaillallah dan budak2 tu cakap huhu. Uwaiys ni sangatlah lurus dalam hal keTuhanan dan politik juga. Selamba je bgtau sana sini dia org PAS.

4. Iman saaaangatlah melekat dengan abahnya.
Barangkali dah ada adik maka Iman beralih ke abah. Yang plg best, kalau abah masuk je rumah, dr elok2 main terus nangis mendayu2. Punyelah comel. Selepas abah amik dukung nk buat lepas angin dia, terpaksa umi plak take turn kasi reda.

Dukung dan pegang dia kejap, letak tepon ke buku ke ke tepi dan layan dia sorang insya Allah akan jadi ubat mujarab supaya Iman senyap. Melainkan Ahmadan pulak nangis, maka Iman terpaksa di sub kan kpd kakak2nya.

Iman juga dah mula boleh panggil umi dan paling rajin tlg letak baju kotor plus diapers dalam raga.

5. Ahmadan sudah mula senyum dan meniarap.
Bila nama dipanggil, Ahmadan tunjukkan respon. Dia mcm tau plak orang panggil nama dia. Dan bila kita senyum, dia akan senyum semula. Meniarap rasa dah agak lama boleh, tapi ntah bila nk angkat kepala hehe.

Asmaa dan Usamah pulak masing-masing dengan prestasi masing-masing. Dari hafazan, mengaji dan akademik. Kami tak tekankan sangat top dalam kelas. Hanya tekankan peri pentingnya berusaha yang terbaik dan mencari redha Allah. Insya Allah Allah akan bantu anak2 umi sekelian apabila niat telah betul.

Lama dah tak balik ke Pt Buntar. Kami semua dah rindu sangat nak balik tapi buat masa ni ada beberapa sekatan muncul. Insya Allah akan selesai tidak berapa lama lagi. Jadi sementara selesai masalah ni, adalah diharapkan semoga opah dan mak/pak sedara dan tok2 sedara sudi dtg menjengah kami di perbukitan ni hehe.

Kawan Atau Sahabat : Nota Tanyalah Ustaz

Surah al Furqan 27-29
~ ayat penyesalan manusia kerana silap memilih kawan
~ kisah Uqbah yang buat U turn slps memeluk Islam sbb berkawan dengan kawan lama

Islam mengajar kita berkawan atas dasar kasih sayang kerana Allah dan akan menjadikan kita semakin dekat dgn Allah

7 golongan yg dpt naungan Allah di hari Akhirat antaranya adalah sahabat yang bersahabat kerana Allah.

Soalan » Bagaimana cara memilih sahabat?
Ciri sahabat yang baik :
- bila duduk dgn dia kita ingat pada Allah, taat pada Allah dan semakin dkt pd Allah
- saling menasihati sesama kita spt dlm surah al Asr. Cari sahabat yang dare to say no, yg boleh slow talk dengan kita.
- sahabat yang mendoakan kita

Soalan » Bolehkah berkawan dengan orang yang meninggalkan solat walaupun dia baik?
- jadilah kawan yang baik kpd org mcm ni.
- nasihatkan dia, beri cth terbaik pd dia
- kalau kita terikut perangai dia, kena tinggalkan dia
- Nabi buat perumpamaan berkawan dengan orang baik spt berkawan dengan tukang minyak wangi dan kawan yang jahat seperti berkawan dengan tukang besi

Soalan » Macam mana kalau suami melebihkan sahabat berbanding isteri?
- jika suami terus berperangai mcm ni, kepercayaan dan kasih sayang dengan isteri dan anak2 akan terhakis
- suami hendaklah pandai menguruskan masa.
- contohi Rasulullah yg bersahabat ramai tapi tidak mengabaikan keluarganya.

Ada Kawan umpama makanan - kita sll perlukannya
Ada Kawan umpama ubat - perlu sekali sekala
Ada kawan umpama penyakit - xboleh dekat

Soalan » Bagaimana kalau kawan suka mengambil kesempatan?
- jangan biasakan beri ikan kepada kawan, beri pancing pada dia
- tolong anak tapi jangan berlebihan had
- nasihat dia baik2 supaya dia boleh berdikari

Soalan » Adakah kita berdosa bila tak menegur kesalahan kawan disebabkan segan?
- sebenarnya sahabat yg baik dia akan nasihat juga walaupun segan
- persahabatan xkan kekal lama kalau seorang taat dan seorang lagi mungkar dgn Allah
- jika kita dah nasihat tp xjalan, buat report pada pihak tertentu
- nasihat dengan mulut, benci dengan hati perangai dia
- lepas dr dosa jika kita dah usaha menegur
- syaitan akan bisikkan supaya kita xtegur kawan

Soalan » Bagaimana nak tegur sahabat yang lebih tinggi ilmunya spt ustaz?
- penting utk kenal anak kawan dengan siapa
- ajak kawan anak kita
- mesti kenal dengan kawan suami

Soalan » Anak jiran bawak balik kawan dan buat bising. Bila dinasihati, ibubapa bela anaknya. Apa pendapat ustaz?
- Rasulullah bersumpah tiga kali tidak beriman orang yang mengganggu jiran

Soalan » Adab berkawan dilaman sosial
- buka akaun fb utk bermasyarakat
- Nabi menerima teknologi Salman Al Farisi utk gali parit.
- jangan sampai tinggal ibadah, hilang tumpuan
- jangan share gambar yang mendedahkan aurat
- elakkan menggunakan bahasa mencarut, menaikkan nafsu syahwat
- jgn dedah aib suami isteri
- jangan gaduh di fb
- gunakan fb utk berniaga, berdakwah, bersilaturrahim

Soalan » Macam mana nak nasihat kawan yang rasa diri baik, selalu ke majlis ilmu tapi perangai xbaik?
- sll org jd gitu sbb buat nak tunjuk pd orang
- kena mintak org yg dia respect menegur dia
- uti mengetahui ilmu bermanfaat adalah dgn melihat kepada akhlak

Soalan » Sebagai kawan kita selalu banyak silap, bagaimana nak selesai masalah itu?
- apa yang berkait dengan manusia, kena selesai dengan manusia
- dua kaedah selesai iaitu minta maaf dan memulangkan hak
- minta maaf jika kita kutuk atau perli
- jika amik hak dia, pulangkan semula

Soalan » Bagaimana nak menghargai persahabatan dengan sahabat yang telah meninggal
- doakan sahabat
- teruskan silaturrahim dgn keluarga arwah
- selalu sebut kebaikan dia
- ada ilmu yg dia ajar diamalkan atau dipanjangkan

Soalan » Adakah berdosa kalau orang ikut perangai jahat kita?
- jangan buat jahat dan jangan suruh org buat jahat, kita akan tanggung dosa
- kalau kita dah terajar org buat jahat kemudian taubat, kita kena cari blk org yg kita ajar dan counter back, plus tambah amalan dan ajak org lain buat baik
- sunat beritahu sahabat kita yang kita sayangkan sahabat tu. Ada hadisnya

Soalan » Boleh ke kawan dengan orang non Muslim?
- cuba kongsi kebaikan Islam

Soalan » Adakah minta sahabat mendoakan sahabat itu satu sunnah?
- minta sahabat doakan adalah sunnah. Rasulullah SAW pernah kirim doa pd Saidina Umar
- bila doakan sahabat tu, malaikat akan aminkan doa tu utk kita
- xperlu bgtau sahabat yg kita doakan dia

Monday, June 24, 2013

Cantik Yang Beracun : Nota Tanyalah Ustaz

Soalan : Apakah maksud Allah itu cantik
Jawapan :
Hadis : Allah itu cantik dan sukakan kecantikan
- Allah mahu hamba Nya cantik luaran dan dalaman
- Ada seorang dtg kepada Rasulullah SAWdlm keadaan selekeh dan ditanya, sama ada dia ada harta atau tidak. Bila dia kata ada, Rasulullah SAW suruh tunjukkanlah nikmat yang Allah berikan tu.
- Nak pergi masjid mesti cantik (pakai dari pakaian yang terbaik).
- boleh tunjukkan kecantikan selagimana tidak melanggar hukum syara'

Soalan : Bagaimana utk seimbangkan kecantikan supaya tidak menjadi racun?
Jawapan :
- Cantik yang beracun adalah cantik yang melanggar perintah Allah.
- Tgk daging babi sedap, xboleh dimakan
- Utk seimbangkan :
~benda haram » cantik mcm mana pun xbole guna dan tidak bole modified
~penampilan » bole cantik tp xbole ada unsur takabbur
~cantik mesti berlandaskan ilmu

Soalan : Bagaimana mencantikkan hati?
Jawapan :
- meletakkan keimanan pada Allah melebihi segala2nya
- pd manusia ada seketul daging yang jika benda tu baik, baiklah seluruh jasad. Jika buruk benda itu maka buruklah seluruh jasad iaitu hati. Oleh sbb itu - jagalah hati
- ubat hati :
~puasa
~qiamullail
~baca quran dan tadabbur
~berdamping dgn org soleh

Soalan : Adakah kecantikan yang mengundang kemurkaan Allah?
- Pandangan manusia tak sama dengan pandangan Allah 'laqad khalaqnal insana fi ahsani taqwim' -Allah ciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian
- Cantik jangan sampai ke tahap membazir spt mencatikkan langsir dlm rumah sehingga berlebihan had

Soalan : Apakah hukumnya buat pembedahan plastik untuk cantik?
- boleh mengundang kemurkaan Allah.
- terima saja pemberian Allah. Dunia indah kerana manusia memang dicipta dengan kepelbagaian warna kulit, tinggi rendah
- Syaitan berusaha utk pengaruhi manusia utk ubah ciptaan Allah lalu manusia mengikut.
- Hadis : Allah laknat mereka yang mentatu dan minta utk ditatu, cukur bulu kening

Soalan : Jika seseorang itu cacat, bolehkah buat pembedahan utk membetulkan kecacatan?
Jawapan :
- cth sumbing ~ boleh buat pembedahan utk tutup keaiban dia.

Soalan : Pandangan jika banyak habiskan duit untuk cantik?
Jawapan :
- untuk cantik tiruan, boleh jadi saudara syaitan kerana membazir. Cth : buat singki dari emas.
- kalau melampau, sampai ke tahap haram.
- elok guna duit ke jalan kebaikan. Elok tambah aset akhirat.
- kisah Saidina Usman ~semasa musim kemarau orang berhajat kpd makanan dan kelengkapan. Usman ada 1000 unta. Satu hari peraih datang utk beli barang keperluan dari Usman, maka mereka tanya utk beli tapi Saidina xjual kerana nak infaq walaupun ditawarkan keuntungan sehingga 5 kali ganda kerana tawaran dari Allah adalah 70 kali ganda.

Soalan : Apakah hukum wanita memperlihatkan kecantikan?
Jawapan :
- boleh kepada orang yang sepatutnya sahaja spt suami.
- kebanyakan org sekarang suka bercantik2 diluar rumah, dalam rumah xcantik » ini adalah salah.
- tidak tutup aurat adalah haram walaupun cantik

Soalan : Bolehkah wanita bertudung mahu cantik?
- tudung adalah satu komponen menutup aurat
- jangan pakai baju jarang, baju ketat » mengundang kemudharatan pandangan bernafsu dari org lain
- tudung berfesyen ~ xde masalah asalkan tutup aurat

Soalan : Bagaimana cantik itu racun dalam rumahtangga?
Jawapan :
- Allah jadikan kita berpasangan dan kasih sayang sesama kita.
- tapi bila iman hilang maka hilang keindahan rumahtangga
- ikut Islam dr awal iaitu cara pemilihan, cara kenduri dll

Soalan : Makanan yang cantik tapi beracun
- Allah suruh makan apa yg ada dimuka bumi yang halal dan baik
- kesihatan terjejas jika xjaga makan

Soalan : Apakah cinta itu racun?
Jawapan :
- cinta adalah fitrah
- utamakan cinta kepada Allah supaya rasa seronok utk beribadah
- cinta kpd rasulullah supaya bersemangat utk hidupkan sunnah
- cinta kpd kebajikan supaya rasa seronok melaksanakan ketaatan
- cinta menjadi racun apabila kita cinta kepada maksiat

Soalan : Kenapa ajaran sesat nampak cantik tapi beracun?
- orang kita seronok short cut cth solat hanya pakai niat
- selalunya yang ikut xde ilmu

Soalan : Apa pandangan Ustaz bila lelaki tiru wanita utk jadi cantik?
Jawapan :
- Rasulullah laknat laki tiru wanita dan wanita tiru perwatakan lelaki
- memang ada org laki yg Allah ciptakan dia mmg lembut tp jgn layan sampai nk jadi perempuan
- manusia pandang serong, Allah lebih2 lagi melaknat
- Laut Mati adalah laut Nabi Luth yg bersikap songsang. Sehinggakan tiada tumbuhan atau haiwan dpt hidup di dalamnya kerana Allah sgt melaknat mereka itu.

Soalan : Harta boleh menjadi racun tak?
Jawapan :
- antara yang disukai oleh manusia adalah harta
- jangan letak harta di hati, letakkan harta di tangan
- jgn ambil harta org walaupun sebesar kayu sugi

Soalan : Ada orang luar cantik, dalamnya tidak. Ada orang luar tidak cantik, dalamnya cantik. Mana yang terbaik?
Jawapan :
- utamakan cantik di dalam, ia akan menyerlahkan kecantikan dalaman
- hati xbaik menyebabkan dlm xbaik
- jangan buat amalan kerana ingin pengiktirafan manusia
- ikuti jalan ilmu utk menambah kebaikan

Soalan : Macam mana hendak mewujudkan akhlak yang cantik?
Jawapan :
- akhlak adalah 1/3 dr Islam
- Nabi diturun bagi menyempurnakan akhlak

Wednesday, June 19, 2013

Mengejar Impian - Nota Tanyalah Ustaz

Syaitan akan ganggu impian kita yang mahu mendekatkan diri dengan Allah.

Soalan : Perlu atau tidak mencari rezeki?
- inni ja'ilun fil ardhi khalifah
Khalifah - org yg mengatur. Oleh itu kita mesti mencari rezeki.
- galakkan diri dan anak bila ada impian
- Nabi sendiri menggembala kambing, menjadi pedagang barangan Saidatina Khadijah
- Allah jadikan rezeki tp kita yg xpandai nak cari
-'A`rāf:10 - Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Soalan : Boleh tak mengimpikan jadi kaya dan bersenang lenang?
- impian utk jd kaya tidak salah dgn syarat tidak melupakan Allah, ibubapa, fakir dll
- al jum'ah : 10 -bertebaranlah kamu utk cari rezeki
Al-Jumu`ah:10 - Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
- kaya xsemestinya dgn duit. Rasa bahagia pun kaya jugak
- perlu ada org kaya - utk bayar zakat
- dlm syurga ada bilik iaitu bilik org yg rajin bagi org makan. Utk bg org makan perlu banyak duit

Soalan : apa perlu ada pd setiap individu utk mengejar impian?
- karangan dr wahbah suhaily :
1. Mesti ada azam dan usaha - xbole azam saja tanpa usaha. Faiza azamta fatawakkal 'alAllah
2. Fokus dgn apa yg kita buat - jangan semua nak buat. Abdullah bin mas'ud - dia sgt xsuka org lelaki atau perempuan duduk lepak saja. Dunia xkerja, akhirat pun xkerja
3. Banyak bertawakal pd Allah SWT stlh kita buat yg terbaik 

Tuesday, June 18, 2013

Tidak Kenal Maka Tidak Benci - Nota Halaqah

Şād:75 - Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? " Şād:76 - Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah ". Şād:77 - Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. Şād:78 - " Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!" Şād:79 - Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) ". Şād:80 - Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh - Şād:81 - " Hingga ke hari masa yang termaklum ".

Berdasarkan surah Sad : 75-81
- sepjg tempoh itu iblis bersumpah akan mengganggu kita manusia

Soalan : Senjata utk menghadapi Iblis
- kenal, taat dan cinta pd Allah.
- berdoa dengan doa yang Rasulullah saw ajar cucu baginda dr kecil dengan berdoa jauhi dari iblis, haiwan berbisa dan kejahatan manusia

Nabi s.a.w. pernah mendoakan untuk kedua cucu Baginda s.a.w. dengan doa
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuk kalian berdua dengan kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang berbisa dan daripada ain yang membahayakan. (Riwayat al-Bukhari no. 3371, Abu Daud no. 4739 dan al-Tirmizi no. 2201 )

Soalan : Beza antara iblis dan syaitan
- iblis adalah seperti yang diceritakan dlm surah berikut ( Al-Kahf:50 - Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.)
- syaitan adalah sifat - semua yg mengajak kpd kejahatan dr manusia, iblis dan jin adlh syaitan

Soalan : Syaitan sgt konsisten dan kreatif dgn pelbagai cara.
- sebenarnya tipu daya syaitan sgt lemah. Jika kita terpengaruh, maka iman kita sgt lemah.
- kaedah plg glamer adlah mll bisikan saje.
- iblis sgt benci manusia berkahwin :
*halang manusia berkahwin,
*wujudkan permusuhan, perceraian
*jd sahabat iblis -sll membazir, leka dll

3 pintu utama jalan syaitan msk tubuh :
- pintu keinginan nafsu
- kelalaian
- kejahilan

Saba':20 - Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya). Saba':21 - Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.
-ada yg berjaya dan ada yg tewas dengan godaan iblis ini.

Soalan : mcm mana nk berjaya melawan syaitan?
1- saad : 82-83 ( Şād:82 - Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, - Şād:83 - " Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".) ~ semua akan disesatkan kecuali mereka yg ikhlas lillahi taala
2- Selalu istighfar ~ kisah org buta dipimpin ke masjid

Abdullah bin Ummi Maktum ialah seorang sahabat nabi yang buta matanya. Beliau pernah memohon pengecualian daripada Rasulullah SAW untuk tidak bersolat secara berjemaah di masjid pada waktu subuh dengan alasan tiada orang yang memimpinnya. Rasulullah bertanya, “adakah kamu dapat mendengar azan?”. Pantas beliau menjawab, “Tentu, Ya Rasulullah”.

“Kalau begitu, tiada keringanan bagimu”, balas Rasulullah. Sebagai hamba Allah yang tawaduk dan istiqomah dan sahabat yang taat, Abdullah bin Ummi Maktum meraba-meraba mencari jalan ke masjid dengan berpandukan suara azan pada waktu subuh. Tidak lama dia keluar dari rumah dan menghayun langkah, tiba-tiba kakinya tersadung batu lalu beliau terjatuh dan terluka wajahnya, lalu darah pun mengalir membasahi wajah mulianya. Beliau berpatah balik ke rumah membersihkan wajah dan menukar pakaian dan keluar semula dengan meraba-raba mencari jalan ke masjid.

Tiba-tiba datang seorang pemuda bertanya kepada beliau. ” Ammu (pakcik), mahu ke mana?” ” Ke masjid”, jawab Abdullah bin Ummi Maktum. “Marilah saya tolong pimpin ammu ke masjid”, tawar pemuda itu.

Tentulah Abdullah bin Ummi Maktum berasa senang hati dengan tawaran itu. Mulai dari sejak itu, setiap subuh Abdullah bin Ummi Maktum keluar menunaikan solat subuh di masjid dengan ditemani oleh pemuda itu. Namun begitu, Abdullah bin Ummi Maktum tidak pernah mengetahui nama pemuda tersebut. Setiap kali ditanya, pemuda itu menjawab, “untuk apa ammu perlu tahu nama saya?” “aku ingin berdoa kepada Allah atas segala kebajikan yang kau lakukan kepadaku selama ini”.

”Ammu tak perlu berdoa untuk saya dan jangan lagi bertanyakan nama saya”, balas pemuda itu. Abdullah terkejut dengan jawapan pemuda itu, beliaupun kemudian bersumpah atas nama Allah, meminta pemuda itu untuk tidak menemuinya lagi, sampai beliau tahu siapa dan mengapa dia terus memimpinnya menuju masjid dan tidak mengharapkan balasan apapun.

Mendengar sumpah Abdullah bin Ummi Maktum, pemuda itu kemudian berfikir panjang, dia kemudian berkata: “Baiklah akan aku katakan siapa diriku sebenarnya. “Aku adalah Iblis” jawabnya. Abdullah bin Ummi Maktum tersentak tak percaya, “Bagaimana mungkin engkau memimpinku ke masjid, sedangkan dirimu menghalang manusia untuk mengerjakan solat?” Iblis itu kemudian menjawab: “Engkau masih ingat ketika dulu hendak melaksanakan solat subuh berjemaah, dirimu tersandung batu, lalu luka wajahmu?”.

“Iya, aku ingat” jawab Abdullah bin Ummi Maktum. “Pada saat itu aku mendengar ucapan malaikat, bahwasannya Allah telah mengampuni setengah dari dosamu, aku takut kalau engkau tersandung untuk kedua kali, lalu Allah menghapuskan setengah dosamu yang lain” jelas Iblis. “Oleh kerana itu aku selalu memimpinmu ke masjid dan mengantarkanmu pulang, khuatir jika engkau terjatuh lagi ketika berangkat ke masjid”

Astaghfirullah, ternyata iblis tak pernah rela sedikitpun melihat hamba Allah menjadi ahli ibadah. Terbukti semua cara ia tempuh, hingga ia tak segan untuk menggunakan topeng kebaikan, khuatir kalau mangsanya akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda.

3- golongan yang tawadhu ~ belajar terima teguran, rendah diri
4- sll minta perlindungan dr Allah ~ baca 3 qul usap pd badan sms tidur 

Soalan : boleh ke taubat slps ikut syaitan
- surah annur : 5 ~walau berat dosa zina dan kenuduh org berzina tetapi Allah adlh Maha Pengampun dan Penyayang

An-Nūr:5 - Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Almukminun : 97-98
Doa elak dr hasutan syaitan
Al-Mu'minūn:97 - Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

Soalan : Doa elak hasutan syaitan
Doa muhammad bin wasiq
- doa elak jauh dr musuh yg tahu kelemahan kami. Kisahnya seperti berikut :

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu dan syurgaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Beliau menyebut pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul Iblis di hadapannya. Iblis berkata: Wahai anak Wasi’! Engkau kenal aku?

Muhammad menjawab: Siapa engkau?Jawab Iblis: Aku Iblis.

Muhamad bertanya: Apa yang kamu mahu?Jawab Iblis: Aku mahu engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku berjanji tidak akan mengganggumu.
Muhammad bin Wasi’ menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya. Buatlah apa yang engkau mahu.

Setengah riwayat menyebut Imam Muhammad Wasi’ bermimpi berjumpa Iblis dan terjadilah dialog seperti diatas.
Beliau seorang Tabi’in wafat tahun 123H. Ahli ibadah di Basrah dan antara ulama paling mulia dikalangan para ulama.

Doa Nabi Muhammad pd cucunya seperti yang tercatat sebelum ini.

Soalan : Pelan tindakan 
1- istiqamah di jalan Allah
2- (sori termiss huhu)
3- sll mohon pertolongan dari Allah

Hikmah Lebah : Nota Tanyalah Ustaz

Produk lebah :
- pollen makan utk elak penyakit
- bisa lebah/venum - bagus utk saraf, aktifkan semula saraf, sakit kulit, stroke
- lilin lebah - bahan anti karat, bole dimakan
- sarang lebah boleh diamakan - kunyah sehingga tawar
- pulpa (anak lebah) - boleh dimakan sbb lebah bukan haiwan yg pengotor
- apiterapi - akupunktur dgn sengatan lebah

Mitos
- xbole bg madu pd baby. Salah sebenarnya, bole bagi sikit
- xbole makan madu dgn ubat. Salah, madu bole membantu penyembuhan. Dadah ada side effect
- jgn makan madu dgn buah tertentu. Sbnrnya xde masalah

Cara terbaik makan madu :
- makan madu jgn campur dgn benda lain utk tujuan merawat
- 2 cara
* madu sahaja
* bancuh dgn air
- plg berkesan kalau makan madu slps bangun tidur
- hya perlu dos dua sudu pagi/malam
- pastikan minum banyak air jika minum madu kerana air menjadi penggerak madu ke dalam badan sekoman2nya 2 liter
- bole makan dgn ubat dgn syarat tiada alahan pd madu
- bole bg pd bb dlm sukatan yg sedikit

Produk lebah terbaik :
- Produk lebah yg terbaik adalah madu asli. Sesuai utk semua keadaan.
- Utk anak pintar, bg anak amal madu sejak baby. Kalau start dah besar, kureng menjadi.
- Kalau ada penyakit berat, amik royal jelly.
- Utk org kerja berat, amalkan madu hutan sbb hutan ada byk herba
- Utk penyakit ringan, demam selsema batuk makan madu asli
- Utk jangkitan virus amik propolis

Bisa lebah :
- bagus utk ubati penyakit berkaitan saraf
- kajian menunjukkan bisa bole mengubati hiv

Bagaimana nk kenalpasti madu asli atau tak:
- tuang madu dlm air masak, terus jatuh ke bawah dan xmenyatu dgn air kecuali slps dikacau
- madu xsemestinya pekat. Madu malaysia biasanya lebih cair sbb kita byk hujan
- madu mcm2 warna ikut bunga hutan
- lebih gelap lebih power rangers

Kesan sampingan Madu lebah :
- tiada kesan sampingan melainkan org yg alergi
- kesan penyembuhan dgn kesan sampingan berbeza
- biasa org amal madu akan rasa ngantuk, pedih ulu hati, pening, cirit birit - ini adalah proses penyembuhan yg sllnya 3-14 hari
- kalal royal jelly lg kaw, lps 5 minit terus rasa kesan

Tanyalah ustaz td. Sempat amik nota sambil melempeng

Monday, June 17, 2013

Kisah Santan dan Air Tangan


Suami saya liat betul beli santan. Kalau 9 kali kirim, baru sekali dia beli :p. Saya tak pasti apa masalah dia dengan penjual santan walaupun hampir tiap hari dia akan mengambil hampas kelapa di sana.

Dialog begini selalu je muncul antara saya dan suami :
- Abang, jgn lupa ye beli santan. Dah sebulan umi kirim, xjuga abg beli
- Abang, esok nak buat nasi lemak. Beli santan tau.

Semasa menemankan suami makan tengahari tadi, saya bercerita tentang mertua saya yang cukup tak minat beli santan. Dia rela kait kelapa, belah, mesin dan perah. Rajin kan?

Tak macam menantu dia yang beranak 7 ni. Huhu.. Saya kata pada suami, "Same je kan? Santan kedai pun santan jugak".

Suami saya membangkang, "Mana sama umi! Jauh bezanya". Saya membalas, "Owww... Really?!" *ayat mintak dibasuh*.

"Santan perah sendiri ada air tangan isteri!" wow, laki ai cakap air tangan isteri ek, bukan air tangan ibu okeh. Lalu saya provoke, "Okeh, abang beli lepas tu umi celup tangan umi, aci dak?".

"Hoh, kalau gitu, buat kumur je lah. Ape nak gaduh celup tangan?" Kuikuikui...

Ya, inilah nilai yang kita tinggal dan mungkin jug selamanya akan begitu. Sedang air tangan itu adalah pengikat kasih sayang sesama ahli keluarga. Dalam air tanganlah mengalirnya budi. Barulah istilah mengenang budi itu ada. Jika tak perah santan, kuranglah kita nak kenang budi perah santan. Jadi, kalau x memasak? Xdelah budi memasak untuk dikenang oleh ahli keluarga.

Kerja yang dilakukan oleh seorang ibu bukanlah sebenarnya tugas seorang bibik. Janganlah kita menganggap diri kita ini bibik sedangkan tugas itu semua tinggi nilainya disisi Allah jika disertakan dengan ikhlas. Tapi jika dengan rasa bengang kerana membuat kerja bibik, kita hanya dapat penat saja.

*bibik pun bibiklah - itu nilaian manusia semata - nilaian manusia selalunya kejam, tidak seperti nilaian Allah*

Thursday, June 13, 2013

Terlajak Melaser

Seorang suami pulang dari kerja. Air limau nipis tersedia di atas meja. Kebetulan isteri sedang membasuh pinggan. Lalu dia menuang sendiri air untuk menghilangkan dahaga. Saat mahu minum, terperasanlah dia biji dan hampas limau di dalam gelas.

"Biji limau pun tak tapis. Kalut sangat tak bagi laki kawin lain, bab ni pun payah jaga!"

Bang!!! Terbelah-belah rasanya hati isteri. Dia melakukannya kerana mahu redha suami, tiada terlintas dihatinya berkhidmat kerana tidak mahu suami mencari yang lain. Sedih hatinya kerana baktinya yang lain atau sekurang-kurangnya menyediakan air itu tidak dipandang, tetapi tidak menapis biji limau nipis pula dijadikan alasan untuk suami mencari yang lain. Merajuklah hati.

Barangkali, suami hanya mahu bergurau. Tetapi isteri telah terasa niatnya mencari redha suami dan Ilahi dipandang serong oleh suami. Pastilah sedih!

Nasihat buat isteri, sabarlah. Itu hanya sebahagian 'hiburan' dalam rumahtangga. Tiada guna menyimbah muka suami dengan air limau sekalipun geram. Berdosa pula jika meninggi suara melawan 'perli' sang suami.

Apa yang perlu dilakukan adalah tunggu kesempatan yang manis menjelma dan berterus terang kaw-kaw pada suami. -'Sampai hati betul yu cakap mcm tu dkt ai! Tau tak ai buat tu kerana Allah, kerana mau dapat redha yu? Kalau yu nak kawin lain sbb ai xtapis biji limau je, xde sape teringin nk kawin pun dengan org cerewet mcm yu'. 

Dikesempatan lain, jangan pula lupa tapis air limau tu. Semoga itu adalah kali terakhir air limau tidak ditapis bijinya ok?

Buat suami pula, terlajak perahu boleh diundur, terlajak melaser terbanglah corelle. Kalaulah sayang duit, janganlah melaser. Bukankah lebih comel jika minta elok-elok air itu ditapis. Bukan susah pun untuk menapis air limau tu. Pasti dia dengan senang hati menapisnya untuk anda jika ditegur dengan baik. Barangkali dia terlepas pandang mungkin?

Laser pun dah terjadi, tiada lain yang dapat dilakukan melainkan meminta maaf jika rajuknya panjang. Berusahalah dilain kali agar dapat menahan lidah dari berkata sedemikian rupa.

Indah syurga rumahtangga ni sebenarnya. Hanya kita yang menjadikan dunia ini kusam dengan nista.  Coretan ini tidak lain hanya untuk berkongsi dengan pembaca respon apabila berlaku keadaan yg hampir dengan cerita rekaan ini. Bagi perkara yang kecil, usahlah dibesarkan sehingga terbazir ruang bahagia milik kita.

Monday, June 10, 2013

Manja Pada Teknologi, Zikir Diketepikan

Harini elektrik dicatu. Kebetulan suami saya ada urusan di Jertih. Jadi sehingga 3.30 ptg tadi kami berkampung di sana. Balik tadi berziarah sekejap ke rumah sahabat kami. Lama betul tidak bersua, hampir setengah tahun lamanya.

Sesampainya di rumah 5.30 ptg td, elektrik belum ada. Suasana sudah beralih gelap. Bahang petang masih terasa. Makanan belum siap dimasak. Oh, masa terasa pendek sekali. Dengarnya elektrik dicatu sehingga 8.30 malam.

Saya mula merasa susah. Ya Allah, dugaan sekecil ini pun saya sebut susah. Malunya pada Nabi. Malu pada sahabat2 Nabi.

Haruslah diakui, kita sangat manja dengan teknologi. Manja sehingga tiada elektrik pun kebanyakan kerja dirasakan sangat terbantut. Bermakna, kebergantungan kita kepada teknologi adalah tinggi.

Setinggi itukah pula kebergantungan kita pada Allah? Jika tidak, maka malulah saya. Malu pada Nabi itu satu hal. Malu pula pada Allah Yang Menciptakan diri ini.

Betapa bongkaknya diri ini, sehingga diuji tiada elektrik sahaja sudah lelah. Bayangkan jika tiba2 bekalan oksigen dicatu pula. Allahurabbi, adakah ketika itu pergantungan kita kepada Allah cukup utk membawa kita ke syurga? 

Teringat pula kisah Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah. Kisahnya berganda-ganda susah sehingga terpaksa meminta kepada Rasulullah SAW pembantu. Maka baginda bekalkan dengan zikir sahaja. Saya yakin itu adalah terbaik buat Fatimah dan utk kita juga. 

Tidak cukup yakinkah kita bahawasanya zikir akan sangat membantu kita dalam meringankan kerja? Saya sangat teringat pada pesanan suami, bila kita amalkan zikir ketika melakukan kerja maka akhirnya kita akan berzikir sambil melakukan kerja.

Faham tak maksud dia? Maksudnya zikir itu yang utama dan kerja tu sampingan sahaja. Bila benda berat dijadikan sampingan, maka ringanlah pekerjaan yang sedang kita lakukan tu.

Heh.. Suami saye dah sibuk mengintai bini dia dok taip apa. Lenkali plak sambung ek. Segan wooo orang ngintai kita tgh menaip kekeke.. Kalau baca lepas siap xpe, ai xkisah huhuhu

Friday, June 07, 2013

Cemburu Pada Bidadari?

Suatu hari, saya terdengar kisah bidadari di tv9 Halaqah. Sambil menyiapkan sarapan untuk suami saya bertanya suami, "Kiranya bidadari ni jantina dia perempuan la ek, memang untuk orang laki aje?".

Suami saya mula mengusik, "Tu nak buat perangai jeles dia la tu? Sbb tu Allah letak cemburu dkt dunia aje, di syurga dah xde dah".

Adeih, saye memang jeles pun *ngaku je lah malas nak cover dah*. Tapi saya tak terfikir dah pasal 'jeles' dengan bidadari di syurga sebab alam syurga ni memang tak terjangkau dek akal kenikmatannya. Subhanallah, bagaimana ye Allah menciptakan syurga sehingga tiada cemburu di dalamnya? Ciri ini saja cukup membuat kita takjub.

Jadi saya berfikiran utk beramal sebaiknya dengan harapan Allah merahmati saya dan semoga ada tempat saya disyurga kelak. Hal bidadari lain yang akan melayani suami saya itu, saya abaikan sahaja. Pasti disana gantinya lebih baik insya Allah.

Lalu suami saya menambah ayatnya untuk menghibur hati saya, "Umi... Umi... Di syurga nanti, semua orang hanya akan terpesona dengan keindahan Allah. Semua orang akan hanya sempat takjub dgn melihat Allah. Tak sempat dah nak tgk bidadari agaknya."

Begitulah.. Kita sebenarnya tidak dapat membayangkan cantiknya hidup disyurga dimana tiada sebarang cacat cela, negatif, kekotoran di dalamnya.

Jika kita berasa jeles dengan bidadari di sini, jomlah berusaha menjadi sesuci bidadari. Kelak, martabat kita diangkat sehingga menjadi ketua bidadari. Jika gambaran Ainul Mardhiah itu sangat mempesonakan, bagaimana pula pesona diri kita nanti apabila berada di sana? Apa yg kita lakukan hari ini, akan memberi kesan kehidupan di alam sana. Jom pilih!

Tuesday, June 04, 2013

GMO Banyak Mudharat, Tiada Manfaat

Semalam, terlebih rajinlah sedikit membaca tentang GMO - genetically modified organism. Maksudnya binatang atau tumbuhan yang telah diubahsuai secara genetik untuk menghasilkan buah atau daging yang besar, banyak dan lain-lain yang secara fizikalnya nampak macam best.
Cubalah google, boleh kata kebanyakan link akan menceritakan tentang keburukannya. Kalau nak cari link dalam BM mmg xbanyak. Jika ada pun adalah Pengedar Shaklee yang mempromosi ESP mereka dan selebihnya adalah dalam bahasa indonesia. Hehe..
Bagaimana saintis ni buat kaedah GMO ni pd tumbuhan dan haiwan? Errr.. Hat tu saye xhabis ngaji lagi. Nanti saya baca ek (kalau rajin) :p. Cuma skang ni nak habaq mai sesuatu je.
Tahukan ande, bahawa bahan kimia dan GMO yang masuk ke dalam badan kita akan dianggap sebagai bendasing. Maksudnya sel dlm badan kita ni xnak kawan dengan bendasing. Nama pun asing kan?
Jadi sel badan kita ni akan elak dari menyerap dan mula mempertahankan dirinya. Jadi, pada saat ia mempertahankan dirinya, akan tinbullah gejala atau bahasa bando sikit kita panggil simptom. Simptom ni sebenarnya bukan penyakit pun, ia hanya tindakbalas tubuh pd bendasing.
Tapi kita ingat diri kita sakit huhu.. Jadi kita makan ubat. Ubat plak ada bahan kimia jugak macam dadah (err.. Ampun ek, saya bukan suruh anti ubat, ni nk bg faham mcm mana sistem tubuh kita lemah). Kesian tubuh kita kerana panik dikerjakan diri kita sendiri.
Jadi saya nak menyerulah diri sendiri dan mereka yang membaca, agar usahakanlah untuk mencari sesuatu yang alami.
1. Masaklah sendiri - ia memenuhi fitrah dan naluri seorang wanita. Anda akan lebih bahagia dengan melakukannya.
2. Tanam sayur sendiri - errr, setakat mana termampulah ek..
3. Usahakan makanan organik - yes memang mahal pun, tapi sebenarnya kos kemoterapi dan perawatan ketika state imun kita lemah adalah lebih tinggi dan sakit juga adalah tidak best langsung bukan?
4. Peka dgn label gmo - jika ada
5. Elakkan makanan terproses mcm sos, kicap, roti, biskut dan lain-lain produk yang tertulis dgn terang di ingredients nya nama bahan kimia.
6. Banyakkan mengaji, membaca dan mengkaji dan berfikirlah tentangnya
Mmm... Ikut hati pjg lebar lg nak berleter. Tapi perut bonda berkeriuk riang. Kalah ayam luar rumah :p. Smlm berjaya gantung periuk, takkan arini nak gantung lagik kan?

Sunday, June 02, 2013

Torture Museum vs Neraka

Sebelum tidur semalam, saya sempat membaca buku Ustaz Zaharuddin Jangan Berhenti Berlari. Ustaz melawat ke Torture Museum (sila google utk gambaran jelas) dan melihat pelbagai alat yang digunakan untuk menyiksa manusia.

Ustaz mengingatkan bahawasanya, seberat-berat, sengeri-ngeri, seseksa-seksa apapun kekejaman yang dapat dilakukan oleh manusia, ia tetap tidak dapat melawan seksaan yang ada di neraka Allah.

Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah SWT telah menghantar malaikat Jibrail bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam a.s untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibrail ! berapa banyakkah yang kamu mahu ? " Sebesar buah tamar, jawab Jibrail. Kata Malik tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur tujuh petala langit dan bumi kerana kepanasan."
Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibrail. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik kebumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibrail lalu memohon pertolongan dari Allah SWT untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah SWT lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi.". Pergilah Jibrail mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai disyurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam a.s dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung dan tinggalah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang. 

Itu baru kisah apinya. Allahuakbar. Belum lagi kita mendengar tentang seksaan lain yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. Sesungguhnya azab Allah itu benar sedangkan kita tidak tahu dimana tempat kita di akhirat kelak.

Lebih menakutkan, kita terasa kita sentiasa dalam rahmat Allah tetapi rupanya kita berada di dalam kemurkaanNya.

Al-Baqarah:126 - Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". 

Selepas membaca tulisan UZAR itu, saya berusaha untuk lena. Lena dan berharap esok masih ada buat diri menambah amal kebaikan dimuka bumi. Sesungguhnya dunia bukan tempat bersenang lenang.

Duhai teman, ajaklah saya untuk menambah amal kebaikan. Semoga Allah menunjukkan jalan kepada kita semua.