Seminggu dua yang lalu, berlaku diskusi pendek berkenaan DHA yang diperlukan baby. Rupanya ada ibu2 yang menyusu nak bagi DHA kepada anaknya sebab pada susu ibu tidak ada DHA. Aduhai.. terkilan susu ibu tidak ada DHA seperti susu formula.
Sebenarnya kita ibu menyusu mestilah yakin bahawa susu kita cukup semua nutrisi provided kita jaga makan. Kalau tak jaga makan tu maaf lah ek. So, kalau nak maintain kualiti susu tolonglah jaga makan.
Dan pernahkah pula kita tertanya2, bagaimana keadaannya orang yang kurang berkemampuan nak beli suplemen bagai? Jadi macam tak adil plak untuk ibu2 yg tak mampu ni nak provide the best utk anak dia sebab dia tak mampu nak beli suplemen.
Sebenarnya siapalah kita yang nak mempertikaikan apa yang allah cipta. Juga kepada mereka yang suka memikirkan sangat pasal susu ibu ini diharapkan semoga dapat lebih menumpukan kepada penyusuan secara terus menerus supaya mencapai target 2tahun umur anak sebab nak capai sasaran ini sahaja sudah cukup rumit maka apa pula faedahnya lagi menyusahkan diri dengan memikirkan susu ciptaan Allah ni lengkap atau tidak.
Pernahkah juga kita terfikir susu yang dijual ditambah DHA itu apa agaknya sumbernya dan sebenarnya sesuaikah untuk konsumsi bayi. Adakah badan bayi mampu mengenali benda itu sebagai makanan?
Diskusi kami juga bertukar jadi kelakar apabila seorang daripada kami berkata DHA susu tepung adalah dari minyak ikan. Maka susu lembu kering diletak pula dengan minyak ikan kering alahai... ada faedah lagi ke? Susu dan minyak yang cair dan kemudian dikeringkan masih adakah khasiatnya?? Mmm...
[5:51PM, 22/09/2014] Adlie Jlo: Dha susu tepung is minyak ikan
[5:51PM, 22/09/2014] Adlie Jlo: Hehehehe susu lembu kering boh pulak minyak ikan kering