Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Tuesday, January 12, 2010

Memori Di Taayah - Episod 4

Bismillah,

Beberapa hari lepas saya terjumpa dua koleksi Youtube ini di Facebook. Ia adalah gambar Ainul Yaqin pada tahun 1996 dan ketika tu saya adalah di dalam tingkatan 4!! Punyalah syioknya bila saya tengok di dalamnya, ada ramai mereka yang saya kenali especially roommate saye k.Pinat. Ala....yang suara lemak2 merdu itulah.

Saya dapat link ini dari page Youtube Soutul Faizin. Uwaaahhh...bagaimana mereka pulak yang simpan video kita. Saya ingat benar nasyid ketika ini. Bukan ape, sampai semput2 k.Pinat ku nak buat suara lentik dia. Cuba kawan2 telek video yang kedua itu pada minit 1:00 dan 1:10. Saya masih ingat dengan jelas, waktu diorang ni praktis kat dewan berhantu kita itu, ada seorang ustaz ada kat keliling saya. Huhu...ustaz mana tak ingat makkkkk...

Tapi yang pasti saya dengar ustaz tu kata, "Uih, naik bulu roma saya." Erkkk.... tapi ketika saya dengar semula video ni pun memang berdiri bulu roma pun. Macam dulu2 jugak... Dulu ada dua kan kumpulan nasyid, kalau tak salah saya satu lagi namanya Haqqul Yaqin. Ingat lagi masa di form 1 ada kumpulan senior yang nak cari penapis pelapis dari form 1 dan mereka masuk dari kelas ke kelas untuk uji kaji bakat.

Yang hampehnya adalah saya ada angin tu masuk ujibakat. Itu adalah satu benda yang saya nyesal buat kat Taayah. Sepatutnya saya tau kemampuan tekak saya tapi terlampau optimis sangat kot time tu...muahahahaha.... Ade ke agaknya kawan2 yang ingat pasal ujibakat tu ek?? Mintak2 korang tak ingat la aku mcm mana. :P

OK, sekarang sesi menguji ingatan daku. Kat sini akan ku listkan mereka yang berada di dalam grup nasyid tak kiralah Ainul Yaqin ka atau Haqqul Yaqin.

Utk batch daku - Aida Fazlin (ini buat intro lagu X-Files lagi weih....), Normaizalina Inan (qariah tuuuu...mana ha budak ini?), Farah Nursyahida (pun suara sedap kan, hang masuk grup nasyid kah??), Saadiah Malek (rasanya tak masuk nasyid, saja nak mention sbb ingat sangat suara dia sedap), Suria Nor.

Batch senior - K.Romizah Dani (K.Nomie kan panggilnya?), K.Syuliana (nasyid ka?? tak ingat), k.Pinat, k.Hafsah, K.Sabariah

Ishh...apsal ingatan daku setakat ini aje?? Ke nak suruh korang top up kan cerita selanjutnya?????




Ainul Yaqin dulu adalah salah satu kebanggan budak2 Taayah selain kawad!!

Thursday, November 12, 2009

Memori Di Taayah - Episod 3

Bismillah,

He he...saje nak tunggu orang tanya bila episod ketiga nak kluar. Bila Amy tanya tadi, barulah terasa nak menulis. Sebenonya, korang terlampau banyak sangat komen sampai yang belum masuk tajuk pun korang dah cerita ahaha....so, aku mcm sentaplah pulak, nak tulis ke dah korang tulis dah??

Okeh, memula arini nak cerita pasal cikgulah sebab antara orang pertama yang kita ramai2 kenal adalah cikgu2lah. Masa tu, aku ingat lagi Ustazah Fatimah kata, merekalah yang akan gantikan mak ayah kita di sana. Woohh...ngeri? Ingat kita aje ke ngeri? Ustazah2 dengan cikgu2 tak ngeri ke bila kita ramai2 jadik anak dia....uhuhuhu..

Sebelum melanjutkan cerita, korang skang dah boleh addkan cikgu2 kita mcm Ustazah Fatima, Cg Saniah Dona, Ustazah Amanah... sebahagiannya aku dah add dan korang boleh jumpa kat my fren list. Ustazah Fatimah siap hantar mesej pada aku (tolong jangan jeles), Ustazah Amanah plak kami pernah chat dan dia ada bgtau betapa dia seronok bila anak2 didik dia datang melawat diorang kembali. Cikgu Saniah...err...skang aku nk anta mesej atau tulis kat wall dia tapi cam konpius nak tulis in English ke in BM. Ahahaha...

Korang, antara guru pertama yang membuatkan aku rasa cikgu2 kat Taayah adalah best2 adalah cikgu Zaiton. Percayakah?? Sebabnya...masa musim orientasi lagi aku nak cari toilet. Dari kelas 1T tu aku cam gamble aje tetiba nampak cikgu Zaiton senyum meleret kat aku depan 2S. Mcm biasa aku yang peramah pun tanya, "Cikgu, tandas di mana??"

Korang tau cikgu Zaiton jawab mcm mana?? Dia siap pegang bahu aku dua2 belah dan tunjuk toilet depan mata aku kat bangunan 3 tingkat tu. Lepas tu aku ucap terima kasih kat dia....dan selepas itu aku tak pernah percaya yang Cg Zaiton garang dengan student sehinggalah aku masuk 2P. Semasa di 2P, macam senior atau junior semua kena buat jotter. Korang, aku nk tya apa implikasi jotter ini kepada kehidupan korang?? Takde??

Bagi aku ada..Sebabkan tabiat inilah aku sentiasa selesaikan buku2 latihan aku dari mukasurat 1 sampai habis. Kalau ada yang takleh aku jawab, aku terpaksala tanya kanak2 yg pandai....atau aku memandai2 sendiri. Semacam ada rasa tak puas hati kalau ada soklan yang dalam ms tertentu tak dapat aku buat. Tapi alhamdulillah, walaupun Cikgu Zaiton garang, aku takdela kes kena marah berat2 dengan dia. Walaupun aku bukan pandai English mcm Siti Nurhayati...ehehehe....

Cikgu lain masa di 1T adalah cikgu Suhaimi. Time ni dia ajar Sejarah kelas aku. Dia tulis nota atas papan hitam, aku salin...dia tulis, aku salin...dia tulis lagi, Amy salin, aku tido...ahahaha... ntah apalah badi ek duduk kat Taayah, asyik ngantuk aje. Tapi satu memori dgn dia masa form 1 adalah semasa exam, Ustazah Halimah tiba2 panggil aku.

Masa tu, org datang bgtau kat cikgu Suhaimi. Cikgu pun cakap baik2 kat aku, suruh aku bertenang, bawak banyak bersabar. Tak ke panik tengah exam ni kawan2... rupanya wan aku meninggal. Tapi ada yang memandai buat spekulasi kata ayah akulah, mak aku lah...aku balik juga time tu tapi sbb time xm, esoknya diorang anta aku semula ke sekolah...demi masa depan aku la kununnya...tengok2 anak dia dapat no 30 lebih dalam kelas (time tu)...ketawa guling2 abah aku sbb kat sekolah rendah aku dapat top 3...ahahahaha....

Kisah aku yang lain dengan cikgu Suhaimi adalah masa 3R. Dia kalau nak spot aku, mesti sebut nama 'Faizah Madzlan' dan tiap kali tu jugaklah Faizah dengan baik hati bangun jawab soklan walaupun aku tau sebenarnya mata cg Suhaimi memang dah pandang aku dah. Aku memang selalu selamat sbb dia konpius padahal masa F1 dia still ingat nama aku. Tapi bila skang singgah2 kat Taayah pun dia masih gunakan nama tu untuk panggil aku...ahahaha...cute kan??

Ustazah Rozita korang ingat? Ustazah yang pernah merajuk, aku tak ingat kenapa tapi yang aku ingat Sri pergi la pujuk dia time tu. Dia ajar subjek apa ek... tapi ada satu yang akuhafal sampai hari ini iaitu bab bersuci 'al-maa' akbaru alah litthaharah yuthathohharu bihi aninnajasi walhadath' yang bermaksud Air adalah alat terbesar untuk bersuci, daripadanya ia menyucikan najis dan hadas.

Cikgu kelas masa F1 cikgu Hanna Sophia. Anak cikgu Zaliha, kakak kepada k.Hennie Suraya (senior prefect) dgn Hani Kamilah(junior). Dimanakah cikgu sekarang ya...dan apa khabar pula adik2 dan maknye??

Cikgu Wan Hassan, cikgu pertama dalam sekolah tu berjaya tarik telinga aku sbb ngantok. Masa tu 1T. Dia selalu sound jangan guna perkataan 'para-para'. Para pelajar bukan para-para pelajar. Masa mengajar dia selalu pandang dinding belakang. Kalau kita mengantuk, dia akan kata 'lalang-lalang layu....'

Masa F3 projek Sejarah tu, cikgu Wan Hassan adalah tokoh bagi kumpulan aku. Bila kami tanya dia punya sijil untuk kami letak di bahagian lampiran dia kata dia tak simpan. Time tu, semua ahli grup kami dah siap menaip tinggal nak sudahkan lampiran aje dan akhirnya aku amik sijil ntah sapa2 dan tepek nama dia atas sijil tu sebelum fotostat dan letak dalam lampiran. Kepada cikgu Suhaimi, mesti cikgu tak perasankan?? Ehehehe... Oh ye, korang boleh lihat wajah terkini cikgu Wan Hassan di link ini. Bila korang tengok aku yakin, korang akan ada rasa, bilalah nak pergi jumpa cikgu...huhuhuhu

Ustazah Mariam, ajar Bahasa Arab. Rasanya memng betul2 banyak sangat perkataan baru (mufrodat kan??) belajar bermula dengan kelas dia. Yang lebih best lagi adalah bila apa yang dia ajar, itulah yang masuk xm. Alhamdulillah, berkat dari ilmu permulaan itulah sekarang at least bolehlah faham sikit2 bila baca alQuran.

Naik 2P, first yang aku ingat Cikgu Norwati. Hari 1st day taaruf tu dia masuk dan duduk atas meja. Dia cerita macam2 aritu termasuklah dia tak makan malam especially kalau dia dah gosok gigi. Sekarang aku pun sama...kalau tergosok gigi malam awal, lepas pada tu memang aku tak makan dah punya.

Lagi satu Ustaz Musanif. Ahahahaha...... takleh lupa ustaz yang kelakar ini. Semua yang dia buat mesti kelakar sampai kita asyik ketawa aje. Sehinggalah di satu hari, dia marah tapi kita tak faham dia tengah marah. Ohh...time itu sangat menakutkan dan aku sangatlah takut kalau cikgu2 kita merajuk. Juga ada satu masa kaki aku bengkak dan ustaz suruh aku ke depan tapi sbb aku sakit, ustaz kata nak tgk kaki sampailah budak2 kelas aku cakap 'aurat ustazzz...'. Fuh nasib baiklah korang backing...he he...sebenarnya nak jalan tu boleh ustaz tapi saya tatau jawab soklannya...huhuhu

Ustazah Sairah yang cool. Ntah nape aku rasa mcm suka dengar dia punya telo percakapan..ada ala2 jawa sikit. Ntah nape la aku mula minat dengan orang Jawa masa kita kat Taayah dulu. Masa taaruf dia eja nama dia dan suruh kita sebut betul2. Ustazah di mana ya sekarang??

Mmm...Teringat juga Cikgu Fauziah ajar Sains yang jual kaset2 nasyid, sayangnya kaset2 itu skang dah tak boleh digunakan sbb dah takde player dah...juga cikgu Umi Kalsom yang jual jam2...aku ada beli satu tapi hilang masa kita gi kelah kat Chepor masa F3...huhuhu..

Naik 3R Cikgu Wan Zaharah. Oh, sangat tidak boleh lupa bila cikgu bengang dengan aku. Time tu Ustaz Tahir tersilap kira markah Arab aku. Aku pun silap sebab tak cek awal2. Kan tulisan jawi nombor lima bulat dan ustaz Tahir kira itu sebagai kosong. Ada banyak pulak tu tau yang dia tersilap. Markah banyak tapi tak dikira.

Kiranya seblom tu aku dapat nombor belas2 tapi bila dah sedar markah Arab tu, aku dok dalam top ten jugak la lebih kurang no 7-8 gitu. Selain terkejut dengan perkataan 'bodoh' cikgu Wan Zaharah kepada aku, tapi tempat dalam kelas aku masa tu lebih mengujakan. Aku jadi excited sampai cikgu Wan Zaharah akhirnya memahami kenapa markah2 tu penting untuk aku. Time tu cikgu Wan Zaharah suruh kita beratur cari kedudukan masing2 dalam kelas.

Benda yang paling aku ingat Ustaz Khir yang steady ajar aku adalah dalam solat, kita takleh menyenggeng sebelah kaki. Juga Ustaz Ramli yang cute dan baik hati. OK, benda yang aku nk ingatkan korang ingat tak masa form 3 ada geng2 kita yang rela pergi toilet kalau terdengar suara Ustaz Zamri kat keliling2 tu...uhuhuhu....sungguh gedik sekali ketika itu!!

Okehlah, meh cerita masa kita 4Sc lak. Cikgu Supiah/Safiah yang sempat ajar BM kelas kita satu semester. Itu cikgu kelas dan dia sempat kira markah untuk kita masa tu cumanya dia tak bgtau masing2 dapat no berapa kan? Ke dia bgtau aku tak ingat...tapi masa seblom dia nak gi dia ada bagi aku kata2 yang menunjukkan aku akan dapat lebih lagi kalau aku usaha lebih.

Cikgu Umi Kalsom yang kita panggil cikgu Com juga sempat ajar sekejap. Selepas tu diganti dengan Cikgu Rohani. Cikgu Norhaini ingat tak?? Kita ada buat projek Kimia dengan dia. Time tu nak tanam pokok dalam kapas diapers tu dan dia punya anak punya diapers lah yang kita hantam. Campur bila nak buat kertas dari pokok keladi bunting, suami dia sampai terjun lombong punya nak cari keladi tu. Huhuhu...

Cikgu UmiMaznum juga...hihi....masih terngiang2 "Kamu faham ke tak?? Faham...bagus" Dia tanya dan dia jawab. Sampai skang masih berhubungan dengan Cikgu Umi Maznum lagi dan juga Ustazah Fatimah. Cikgu Ramlah yang cerita pasal mcm mana ayah dia ikat bodi dia masa zaman Jepun dulu...ahahaha...teringatnya weihhh...

Cikgu Saniah Dona, ada satu peristiwa yang aku ingat, ada satu hari tu cikgu Nazri panggil aku suruh jumpa dia waktu sekian2, kebetulannya time tu kelas cikgu Saniah. Aku nk try minta izin dari dia nak kluar kelas. May I go out tu OK lagi sekali dia tanya, nak buat apa jumpa cikgu Nazri...huhuhu, aku rasa masa tu aku gi cakap "I want to wash picture" sampai Yatie lak yang lebih2 ketawa.

Sebut pasal Yatie, ingatkah kalian masa kita 4Sc ada ustaz Faizal ke apa namanya ajar P.Islam. Kan ada masa satu kelas dia tiba2 langit jadik gelap dan dia pun sedap je kata, "Ish..nak kiamat ke??" huhu...dah la ari tu ari Jumaat. Pastu bila bincang pasal tabung bayi tu yang kata kalau ada bayi luar nikah apa kita nak buat. Time tu dia tanya Yatie dan Yatie sampai ke sudah jawab, "Tak boleh ustaz....saya tak boleh bayangkan saya ada anak luar nikah...mcm mana saya nak bayngkan....." Ahahaha...

Mmm..lupalak nk mention Sir Tajudin. Cikgu BI kita..mm, ramai lagi ni cikgu kalau ikut tapi inilh yang banyak memberi kesan dalam hidup aku di Taayah dulu... Tidak kiralah kenangan bersama cikgu2 ni sepahit mana pun, ia tetap adalah satu kesan terbaik dalam hidup aku. Kalau bukan digonyoh2 di sekolah dulu, tidaklah kita semua jadi mcm hari ni. Memasing ada kerjaya masing2.....

Bila ek boleh kita kumpul2 ramai2 sambil serbu cikgu2 kita yang masih di sana?? Mesti cikgu2 nak sekeh kepala kita sbb tak gi jumpa diorang ek....hihi...

*buat kawan2 yang kelas lain dari aku, boleh cerita kenangan manis dengan cikgu2 kat kotak komen ek...episod kali ni nk cerita bab cikgu aje...lenkali aku sambung lagi...

Thursday, October 29, 2009

Memori Di Taayah - Episod 2



Bismillah,

Owh tolonglah aku baru cerita pasal Hari Pendaftaran aje tapi korang dah elaborate mcm2...mcm nilah lepas aku rasa2 aku dah habis cerita pasal kita semua, aku print lawa2, pastu aku jual agak2 laku tak?? Ahahaha.....acah aje...takdok kojo ah nak buat pekerjaan sebegitu. Alhamdulillah, setakat episod satu baru, at least aku jumpa Abby n Ana Zamzamin dan aku pun dapat recall balik kawan2 lama sambil search diorang mll FB ni.

OK ah...hari ni aku nak cerita pasal minggu orientasi. Kalau aku tak salah, aku adalah dari kumpulan Ramadhan. Satu kumpulan dengan aku yang paling aku ingat adelah Normaizalina Inan (bgtau aku sape ada jumpa x-KU batch kita ini..). Ini adalah kerana, dia adalah tokoh minggu orientasi kita masa itu...so tolong maklum ek, bahawa walaupun bukan aku tokohnya tapi yang dalam geng aku sllnya glamer2 belaka....muahahaha...so, aku numpang lah glamer org :P

OK, lagu nasyid group kami adelah lagu 'ntah apa tajuknya'...hihi, aku bukan setakat tak tau nama lagu, atau nama novel yg pernah aku baca, tapi juga nama pisang, nama ikan dan nama apa2 aje lah. But then aku rasa aku adalah bernas dalam mengingat wajah dan/atau nama orang. Agaknyalah kan....OK, malam ni aku nk try recall lirik dia...

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi,
Berkumandang suara azan
Bayu memecah sepi
Selang sahutan ayam
Suara insan di alam mimpi

Tetapi insan kalaupun ada hanya
Untuk menyarakan mereka
Bangun untuk bekerja
Tunai tugas biasa
Menyara hidup mereka

Beginilah..peristiwa subuh hari setiap hari
Tabuh berbunyi suara azan
Mendayu tiada erti
Tabuh berbunyi suara azan
Mendayu tiada erti

Itu versi lama, yang ini adalah versi baru dari Raihan...

Peristiwa Subuh

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

Tabuh berbunyi gemparkan malam sunyi
Berkumandang suara azan
Mandayu memecah sunyi
Selang seli sahutan ayam

Tapi insan kalaupun hanya ada
Mata yang celik dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali
Begitulah peristiwa di subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah
Tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keredhaan-Nya
Bersyukurlah bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaan-Nya
Begitulah peristiwa di subuh hari
Setiap pagi setiap hari

Ntah ada lagi ke tidak rangkap lain aku tak ingat. Tapi kadang2 nasyid nilah yang jadi peneman tekak aku in case laki aku ngantuk bila memandu jauh. Tu pun tak lama...lepas aku nyanyi lagu ni, campur dengan lagu yang Saadiah jadi tekong masa kelas 1T masuk pertandingan nasyid hujung tahun tu...aku pun ngantuk balik. Heehehe...aku bukan tatau lagu rock tapi lagu2 ni sll buat aku teringat2 kat Taayah.

Lagu yang Saadiah jadi tekong tu plak mcm ni lirik dia

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan Lailatul qadar yang istimewa

Isilah bulan ini banyakkan amalan
Beribadat malam siang berpuasa
Banyakkanlah sedeqah jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca alQuran jangan dilupakan
Zikir dan tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia2

Satu yang aku ingat masa first time dengar suara Saadiah tu, aku memang kagum gila2. Sekali tu je pun dia nyanyi...sebelum tu takde, selepas tu lagilah...dok menekun dengan buku sampai aku jadi pelik, budak ni dia takde dunia lain ke selain dari berkepit dengan buku dia. Ha ha...Saadiah, dulu memang kagum dengan hang...

OK, patah balik pasal orientasi. Aku tak ingat dah yang lelain tapi yang aku ingat sangat selain Maiza jadi tokoh, kumpulan aku juga adalah kumpulan yang terbaik. Owh, kebanggan ketika itu membuatkan sekarang aku sedang menaip dalam keadaan hidung ku yang kembang (hihi...budak Taayah leh imejin kah??)

Antara lain yang daku ingat adalah bila senior bertanya tentang cita-cita, satu sekolah terkejut bila cita2 Sri Haryani adalah Perdana Menteri. Aku pun apa lagi, macam ragu2 tentang cita2 aku masa tu... ke orang lain semua bercita2 besar tapi aku masih tak ada cita2? Satu lagi yang aku ingat rasa Sri hilang spek jatuh dalam lubang jamban kan??

Owh, aku dapat bayangkan meremangnya bulu roma korang bila membayangkannya. Manakan tidak, bilik air dan toilet di asramalah satu2 nya tempat yang buat aku frust dengan Taayah. Tapi tu sebelum artis SUKMA datang tumpang sekolah kita kan? Lepas pada tu...semua orang hip hip horray kalau nak mandi kan???

Keadaan sebelum tu sabo ajelah..dengan nak mandi tadah airnya, dan aku memang hangin kalau ada orang simpan sampai 2-3 baldi air..aahahaha..tu pasal aku sll bangun awal dan mandi siap2 lepastu tido balik sementara nak tunggu Subuh. Tak kose ah nak tadah air sebab aku kalau tak mandi pun takpe :P

OK, pindah lak bab solat. Aku jujur nak bgtau kat situlah aku mula terasa rohnya solat jemaah. Aku baru first time belajar masbuq di sana. Mengingatkan ni, aku rasa beruntung sbb aku tak pasti kalau aku tak sekolah kat sini aku reti ke tak nak masbuq solat. Melihat anak2 sedara aku yang 6 tahun lagi dah reti masbuq, aku rasa malu sendiri...huhuhu..jauh dengan keadaan aku dulu...

Kakak2 STA time tu pun boleh tahan garangnya. K.Sugih, K.Po'a (yg ni la kot yg lemah lembut sket) dengan K.Rosma sound suruh duduk antara saf pertama sampai tiga aje. So, aku cuba jugaklah mempoyokan diri untuk duduk saf pertama. Malah ada satu petang tu, dah jadi kebiasaan geng2 aku gi bentang sejadah kat surau seblom gi makan, alih2 luka kat tangan dan parut dia ada sampai arini sbb nak berebut sebelah kanan imam. Konon2 nak qamat la...haiiiyyoo....aku ada parut kenangan di Taayah, korang ada ka??

Plus, kat sini aku start menghafal surah Sajadah. Okeh, berapa ramai lagi antara kita yang ingat surah ni? Aku?? Mmm...kalau baca sorang2 memang aku takleh lancar tapi kalau ikut orang ngaji, insya ALLAH buleh la jugak..ini kira berkat juga ye belajar di Taayah. Ni aku ungkit bukan hape, at least ada kan benda baik yang kita bawa kluar dari sekolah ni?

Juga perkataan baru yang kita kenal di Taayah
  • pasola - lipatan tudung
  • konggo - period (sekolah lain mmg tak sebut yg ni kan?)
  • gipang - gila pangkat
  • kayzack - ketinggalan zaman
  • merantau - gi tidur bilik kakak angkat atau bilik member
Ada lagi ke yang aku miss? Aku rasa dak Taayah ni kreatif ek...sbb boleh pulak reka perbendaharaan baru. Ntah sapa la tekong yg memulakan semua perkataan ini.

Ok, bab lipat kain ikut petak tu...petaknya adalah berwarna kuning kan? Memang seperti kawan2 lain cerita, memang kebiasaan kita kat Taayah itu terbawa2 sampailah sekarang. Malah masa aku mula2 balik umah masa form 1 tu, satu almari aku dengan mak aku rombak balik. Punyalah hebat penangan ajaran kat White House kita tu. So, kepada jejaka2 yang bujang nak cari anak dara pandai lipat kain, carilah budak Taayah :P wakaka. Oh ya, yang aku sll ingat setiap kali pemeriksaan mingguan selalu sangat Aqish punya locker dapat yang terbaik sampai aku sll berkata di dalam hati, K.Rosma & the gang ni tak perasan ke locker orang lain ha?

Time gotong royong pulak, lepas aje sesi tu...akan ada sesi lelong barang yang orang tinggal kat bilik air & toilet. Kalau takde yang tuntut, maka semuanya akan dilelong pada harga RM 0.20. Ahahaha...tapi pun bukan ada yang minat beno mana idaknya jatuh kat tepi2 longkang lah..ape lah...sape yg ndak?

Bab sesi turun padang pulak, aku memang tak ingat ape yang aku kerjakan tapi masa aku F4 tu sll gak la aku main. Sll time turun padang budak2 Taayah hanya merayau2 aje...tak salah aku time tu takleh bawak buku. Plus aku pun malas nak berpeluh2 karang aku kene basuh baju tu pulak. Ingatkah korang pada sluar merah belang putih kita? Sungguh tak selesa...tapi kita redah je kan...Tapi aku perasan time tu seniorita kita punya kain jenis yang selesa sikit kan?

Lebih kurang time komiti gak...kadang2 aku rasa pelik kenapalah dua pekerjaan ni sll membuatkan aku rasa tak bebas masa kat sekolah tu. Tapi, kalau bukan aku yang kutip2 sampah masa tu, sape nak buat? Eceh, mcm takde tukang kebun tapi korang semua maklumkan pakcik2 atau makcik2 tukang kebun tu sepatutnya dulu kita pandang diorang mcm mak2 dan ayah2 kita yang sedang mencari rezeki. Bila kita kutip sampah2 untuk diorang, maka mereka bolehlah tumpukan pada kerja2 lain. Beruntungnya mereka dapat anak mcm kita kan??

Mmm..aku ada satu kenangan yang paling memalukan terjadi masa aku form 1 tapi aku mintak korang senyap2 aje lah...ahaha..sama jugak kepada cerita2 yang lain yang mungkin akan menyebabkan rakan2 kita malu. Aku akan cuba elakkan cerita2 yang mengundang aib tapi korang yang komen tu pun jgn bangkitkan isu yang akan mengundang keaiban ye...ni aku sound ni bukan nak cover line aku jek tapi bila kita sebut bab pencopet tu, aku rasa mcm mana aa...tak reti nak describe..aku takut kalau org tu baca blog aku dan terasa sedangkan dia dah berubah. Anyway, sama2 la kita doakan dia ek...ntah2 dia sekarang lebih baik dari kita semua.

OK korangs...bersambung di lain siri yaa...maaple kalau ada yg terasa...boleh sound aku direct ek..

"Macik2...komen ye..kalau tak nnt umi takde idea nak reka cerita untuk episod seterusnya...peace!!!"



Tuesday, October 27, 2009

Memori Di Taayah - Episod 1


Bismillah,

*Budak Taayah yang baca, tolong tinggalkan komen anda

Semua ini bermula bukan sebab apa. Wawa (Wahidah Sufian) upload gambar kelas kami masa F1 dalam FB. Ini adalah keals kami semasa di kelas 1 T. Hihi...I don't wanna point which is me sbb saya paling tak suka tudung selapis yang amat keras itu. Ia bagaikan cendawan!!! Owh, really hate that tudung... Ia lebih hudus compare to tudung Mak Enon saya masa sekolah rendah :P

OK, rentetan dari itu, sekarang inbox saya penuh dengan reminder dari FB yang bgtau balas2an dari komen2 sehinggalah satu2 kenangan yang mereka sebutkan terlayar depan mata. Ahahaha....sebenarnya, sangat indah untuk mengenang serba serbi kehidupan dalam Taayah tu. Ketika kawan2 menyebut semula kenangan2 tu, saya rasa saya tahu semuanya. Bagaikan semua kami berada dalam satu kelas dan satu bilik yang sama.

Saya nak mulakan dengan hari pendaftaran. Apa yang saya frustkan sangat sebab saya seorang je datang dari sekolah rendah saya...huhu..so saya takde member pada hari pertama. Tapi kelihatannya abah dan mak saya tak kisah pun meninggalkan anak diorang (kat muka ek...kat ati tak tau) kat situ sebab saya bukanlah jenis tidak pandai membawa diri (ini adalah ayat masuk lif tekan sendiri ye...)

Semasa hari pendaftaran ni, saya pun tak ingat sangat. Tapi yang paling saya ingat adalah, ada broker (senior) yang tengok muka adik2 yang comel2. Bila dapat yang comel2 macam Balkhis Rosli (sape ada FB dia bgtau ek), Aida Fazlin, Sri Haryani tu kira antara muka2 yang lakulah yang saya ingat...ngeh he he..now I'm trying to mengingatkan korang kepada kawan2 kita... he he...

Diorang ni akan dapat satu kad PBSM di mana belakang kad itu ada nama kakak angkat yang booking diri memasing. Saya?? Mestilah tak ada sapa2 yang booking sbb saya adalah seorang budak yang sangat hitam dan chomots akibat dari main tuju kasut dan galah panjang setiap petang tanpa gagal sehingga darjah 6 (orang lain kalau dah darjah 6 dah berenti main okeh)

Tapi nak jadi cerita, satu dua malam selepas itu, ada seorang senior datang dan cari Norhafizah di bilik RPBD. Wakakaka....maka di sini telah berlakulah satu tragedi dimana sebenarnya ada 3 Hafizah dalam bilik kami. Saya kan peramas (sila baca peramah, bukan perampas tau!) maka saya keluar jek. Plus senior tu pun tatau Fizah mana yang dia cari.

Nama senior itu adalah Azlinawati Ruzlan Zabidi (tolong bgtau saya siapa yang kenal nama ini). K.Lynna kelas 5R dan bilik RBBB. Beberapa malam selepas itu, dia terus2an datang mencari saya semata2 nak jumpa dan mungkin bagi sedikit jajan..ahaha... Masa ni saya dah mula naik segan.

Mana tak segan weih, kalau kebetulan saya di koridor bilik saya dan dia di koridor bilik dia, dia akan jerit2 nama saya dan lambai2 saya sambil berkemban (ada tuala ye nk cover body) ahahaha.... Saya juga segan sebab tiba2 ada orang caring sama saya. Sampailah satu hari, K.Lynna sedar yang dia booking sebenarnya bukanlah saya....

Okeh, let me mention 2 lagi Hafizah dalam bilik saya...mereka adalah Norhafizah Mohd Yusof (dipanggil Nor), sekarang jiran saya di FV dan Hafizah Marzuki(dipanggil Fizah - sape tau dia di mana bgtau eks). Saya pulak diberi nama K.Long..uh boring betul!!! Saya rasa mcm semua orang kat Taayah adalah adik saya!! Ahahaha...

Dan sebenarya k.Lynna booking Nor..huhuhu...saya pun tak ingat mcm mana respon saya time tu tp yg paling saya ingat k.Lynna kata, "Takpelah biar Fizah ni(dia maksudkan saya) ajelah jadi adik dia sebab dia dah sayangkan saya..." . Okeh Nor, sekarang hang ingat tak kisah doboh ni...??Hahahahaha....

Sblm berakhir utk episod satu ni, saya nak bgtau orang yang paling rapat masa mula2 kami masuk Taayah adalah Masyura Fauzi (tolong sape yang kenal nama ini contact saya) tapi dia pindah awal2 lagi. Tensi betul la..org dah sedap2 kawan dengan dia, dia boleh blah plak. Kami panggil dia Abby. Kalau hang baca cerita aku ni, sebenarnya aku sangat2 kehilangan hang masa tu.

Tapi tak lupa geng2 baru saya lepas tu. Saya sebut satu2 ek...
Madihah Rosli - makcik ni punya la rajin sampai baju aku pun dia basuh. Saya rasa dia rimas tengok baju saya berdaki2 akibat dari tak pandai basuh. Sbbnya dia asyik offer nak basuh aje.

Hazlina Razali - dia ni sorang lagi, kain saya tu boleh kata saya sidai aje, nnt kutip dengan lipat, dah jadi keje dia....

Mmm..sape lagi ek geng RPBD aku ek??Tapi cam pelik jugak sbb diorang nak jugak ek kawan dengan saya yang hitam itu...he he he

Itu kat bilik, kalau kat kelas saya duduk di sebelah Amelia Ahmad Shahruddin dan dia adalah kawan baik saya dari saya f1, berpisah kejap masa form 2, kemudian sambung balik frenship sampai f5. Guys, buat setakat arini yang ni je la ek utk di flashback. Yang lain2 kita sambung kemudian.... Daaaaa