Wednesday, November 25, 2009

Sila Cadangkan Tarikh Penyerahan Lappy Utk Kakyong


Bismillah,

Hoho...sepatutnya ini saya tulis semalam. Tapi semalam, tahap mengantuk saya adalah 10.5 skala Richter. Seluruh vision saya bergegar2 sehingga saya tidak dapat fokus dengan baik monitor saya ini. Mengandung 29 minggu sekarang menyebabkan saya perlu lebih masa untuk menggentel pusat diri saya dan baby saya. Saya rasa jika mahu dikira, sejam paling kurang 5 kali saya ke toilet.

Jikapun saya tidak ke toilet dalam masa sejam, itu hanyalah ketika saya tidur dengan lena. Malah sekarang jika saya dalam keadaan lena, saya susah terjaga kecuali jika saya benar2 mahu ke tandas. Jadinya, jika saya tidak mahu kerap berulang ke tandas, saya perlu tidurlah kan? Hihihi... sekarang ini saya tidak bermimpi kawan2. Kerana saya tidur dalam erti kata sebenar.

Tadi pagi pula, 2-3 orang customer datang membuat cermin mata. Saya rasa, mereka yang di Parit Buntar adalah sangat bergantung dengan duit gaji kerana baru hari ini pelanggan saya menunjukkan muka. Malah ada yang lebih memeranjatkan sepasang suami isteri berbangsa Cina juga tersesat masuk ke dalam kedai kami.

Alhamdulillah, rasa legalah sikit hari ini. Manakan tidak kawan2, dari 3 hb Nov lagi, saya tertangguh2 untuk membuat pembayaran hutang, bil segala tetapi harapnya keadaan ini beransur pulihlah. Tadi tu kiranya saya sampai tak sempat masak awal. Udahnya kami ank beranak makan tghari pukul 4 petang. Siap convert Fahrenheit to Celcius di link ini lagi gara2 ikut resepi tapi oven saya ada darjah Celcius aje.

Hihihi...adalah boleh jika anda mahu kata saya maknenek kuat berleter. tajuk bukan main alih2 cerita hal saya plak. He he.. Actually tadi saya mesej kakyong dan bgtau ada sekumpulan blogger akan datang ke rumahnya dan minta dia letakkan tarikh. Dia eksaited tapi takut2 juga. Saya kata lagi, mungkin kita akan buat pot luck style.

Jadi sekarang saya perlukan cadangan tarikh. Buat masa ini lappy itu adalah rahsia cuma yang kakyong tahu, kita akan berkumpul di rumahnya itu sahaja. Jadi anda ada cadangan tarikh tak? Kalau tanya saya, saya mahu cadangkan Ahad minggu lepas raya iaitu 13 Disember. Saya tidak dapat pergi pada 12hb kerana sahabat2 UKM saya akan berkumpul di rumah saya hari itu.

Atau jika kalian berminat dengan tarikh 12hb, sila teruskan perancangan. Saya hanya akan melihat update kalian melalui blog sahaja dan itu memadai kerana yang penting adalah kakyong mendapat laptop itu dan dapat meneruskan mencari rezeki.

Okeh saya juga nak quote sikit dari blog Miela adik ipar kakyong :

Daku tak sangka projek ini berjaya dalam tempoh yang amat singkat. Ternyata Kak Yong amat dirindui oleh semua. Secara peribadinya Kak Yong sememangnya seorang kakak yang amat prihatin dan penyayang. Dulu masa dia kerja Akauntan dan bergaji besar, dialah tulang belakang keluarga. Dialah yang menyara adik2 yang kecil dari segi pembelajaran dan segalanya. Maklumkah kami nie bukan dari golongan yang ada..ada.. makbonda memang selesa lah masa nie.. kami ni baru nak hidup..so cik abgku pun x mampu lakukan seperti yang kak yong lakukan. ... tak pernah berkira wang ringgit atau keringat... malah sekarang pun kami pasti berkumpul ramai-ramai adik beradik dirumahnya berbanding rumah makbonda...maklumlah rumah makbonda tu sebelum nie kecik je..baru setahunlah cikabgku n adik beradik besarkan dapur klu tidak x celus kata orang perak.. Adik2 cik abgku dari Naila ke Ainun merasalah mengikut Kak Yong berjalan merata Malaysia.. asal cuti je diangkutnya adik2 melancung..cuti--cuti.. malaysia.. kesian Fikri, Anis dan Aliya kurang merasa tu semua sekarang... kak yong suka berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan tidak suka bergantung kepada orang lain.. daku pernah suggest dgn dia suh keje kat Kilang Cik Abgku waktu tu ada kekosongan Akauntan dengan gaji lebih kurang RM3800 keatas.. namun kerana anakanda tercinta, beliau menolak. Lebih senang dengan Freelance Account je... dan disebabkan itulah Laptop amat penting dalam hidupnya. Moga dengan Laptop baru sumbangan rakan2 blogger ni dapat merubah dan menceriakan hidupnya.. Pastinya beliau akan terharu dan tak kan lupakan budi baik anda semua. Dan penjelajahan beliau pasti berlipat kali ganda.
Semoga ALLAH melipatgandakan ganjaran dan melimpahkan rezeki kepada kalian semua. Saya juga tidak sangka begini sekali ukhuwwah yang terjalin tanpa pernah bertentang mata....

*oh ya, kakyong ada juga cadang kot2 kita nak berkelah ke Ulu Chepor...amacam??

Am I Eligible To Become A Contributor to MBP?

Bismillah,

I'm quite certain that many of us knew about this new MBP's project. MBP is searching for 10 guest bloggers that will be known as MBP Contributors. This is what I quote from MBP :


If you think you have a bit passion in writing and would love to share your experience in blogging/working at home/make money blogging with other mommies, we invite you to become MBP Contributors.

It is an appreciation if we can write in MBP. Well, it is not about the reward points but it is another step that I grab in blogging. Plus, we have to write in English. I am a moderate in writing in Malay but I still wan to try my best in this program. So, how about U? Don't U want this Badge in your blog?

mbp_contributor

I think this is the best step for MBP in enliven the writing style plus we can get acquainted with others. We can share what is good and what is not in blogging. Blogging is actually a good step to earn more money. Moreover, if U are a working at home mom or are deciding to be one, U have to have your own models and here, we can get more testimonial from blogging mother.

So, will you join me? Just follow the direction in this link and we will undergo an online interview before Ros select the 10 MBP contributors. But remember, if U have been chosen, U have to do your best or Ros will kick U out!!! :P


*mm..korang faham ke apa kawe tulis??hahahaha....boleh muntah darah kalau kawe jadi penulis MBP...