Hari ni kami terima cucu :D 3 ekor!!! Memang terkocoh kacah lah sebab keluar2 rumah tiba2 ternampak 3 ekor itu...huhuhu..
Tanda-tanda arnab beranak adalah :
- Ia mencabut bulu dari perutnya dan bersiap2 hendak buat sarang untuk beranak - malangnya arnab kami yang seekor itu jenis yang senang beranak. Petang semalam memang tak ada seekor pun yang mencabut bulu mereka...huhuhuhu....tapi pagi ni memang ternampak bulu2 tu ada bergumpalan.
Arnab rupanya bunting selama lebih kurang sebulan sahaja dan biasanya beranak sampai 12 ekor sekali beranak...OK ye cucu2 ku, ibu kamu kena pantang selama sebulan untuk menyusukan kamu ye...moga kamu bertiga sihat2 saja :)
Kamu mesti berada di dalam kotak supaya kamu tidak sejuk. Kasihan kamu masih buta, pekak dan bogel pula. Sampai Asmaa' kata, "Macam badak air la umi!!" :P Insya ALLAH selepas dua minggu kamu akan dapat makan daun dan makanan sebagaimana ibu kamu makan.
OK, kat bawah ni adalah semua 36 ekor yang ada di rumah kami dan ada pelbagai spesis. Semenjak mereka ada, amatlah busuknya tempat letak kereta kami tapi bersabarlah sementara punya bajet untuk membuat tempat yang selesa buat kalian nanti.










