Sunday, July 24, 2011

Berkelah @ Gong Kedak

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.





Ni kira trip kedua kami ke kem ni dalam hari tu. Sebabnya saya baca tentatif ada pertunjukan jet petang tu. Habis satu keluarga siap bertikar dengan cucur koko dengan sejag air teh saya bawa. Kesian mertua saya yang nak tengok secara dekat pertunjukan jet. Kami dah tak ke kawasan tengah lagi sebab kebanyakan acara telah kami lihat melainkan pertunjukan jet. Sayangnya....tak ada :((



Walaupun tiada pertunjukan jet, tapi kami duduk di sini sambil melihat payung terjun. Sekurang-kurangnya kami bersama-sama duduk dalam satu keluarga. Oh ye..ketika ini Asmaa', Usamah dan Uwaiys ikut mertua saya dan adik2 ipar saya explore aktiviti di tengah padang.

Adik & AlQuran Akan Disambung Siarannya

Bismillah,

Setelah saya melahirkan rasa terkilan saya dengan terhentinya siaran Adik & Alquran, hari ini alhamdulillah lega rasanya melihat wall Raudhah TV9. Saya yakin grup yang ditubuhkan untuk memperjuangkan rancangan ini juga pasti telah terasa lega dengan perkembangan ini.



Walau apa pun pot pet 2 org ttg kenapa rancangan ini dihentikan sementara siarannya, saya teringin sekali mengajak semua supaya bersangka baik sahaja. Sekurang-kurangnya rancangan ini akan disambung semula siarannya. Alhamdulillah :))