Sunday, October 20, 2013

Budaya Forward Whatsapp dan Share Facebook

Bismillah,

Dimana agaknya boleh saya mulakan? Mungkin dari beberapa perkara yg di forward melalui grup whatsapp. Memang mudah betul untuk forward sesuatu melalui butang forward yang ada didalam whatsapp. Jika di facebook barangkali dipanggil budaya share.

Macam-macam cerita yang dishare. Kisah kedai nasi kandar Pelita yang akhirnya terpaksa dikawtim oleh Us Shamsuri. Kisah produk-produk yang kononnya tidak halal sedangkan ada cop halal jakim yang sah. Kisah ECPI dan kemudiannya kisah bihun.

Saya bukan nak meringankan isu produk halal ini, tapi sebenarnya kami sekeluarga memang tak makan diluar dan jarang sangat beli makanan terproses. Jadi sebenarnya mesej yang sedemikian rupa tidak memberi kesan yang signifikan kepada saya. Tapi, mesej sebegini memberikan impak besar buat sahabat-sahabat saya yang lain. Kemudian mulalah mereka membuat spekulasi itu dan ini dan ada yang sehingga menimbulkan pertengkaran kecil di dalam grup. Sudahnya, bila ditanya, "Sebenarnya sahih ke berita ni? Cuba google?" dan apabila di google sebaliknya pula berlaku. Kiranya, perbincangan dan pergaduhan kecil tadi adalah apa?

Itu belum dikira lagi mereka yang menyebarkan hadis yang belum tentu sahih. Bayangkan, kita tidak pasti bahawa sesuatu hadis itu dari siapa tapi kita sebut 'Nabi saw bersabda'. Tahukah itu tidak dibolehkan? Haih..

Kemudian macam-macam lagi, bab gosip artis, gosip politik, gosip sukan dan macam-macam lagi. Ia mengundang bermacam jenis sangkaan yang diluar pemikiran kita. Saya beri contoh mudah.

Jika kalian tahu kisah pencuri RM 2 dari tabung masjid dan dihukum penjara selama berbelas bulan (saya tidak baca dengan baik). Ada yang cakap kesian, ada juga yang beranggapan pencuri itu dah biasa mencuri jadi dia deserve dapat hukuman sebegitu, ada yang condemn pencuri itu kerana tidak berusaha. Terus saya tunduk sendiri berfikir, apakah kita yang membuat andaian ini tahu apa yang dialami oleh so called pencuri RM 2 itu? Tidak, bukan? Kita hanya dengan segera membuat sangkaan.

Selalunya minda kita yang membaca mesej itu akan segera menerima sebab kita rasa mesej yang sarat dengan emoji cute, apatah lagi jika isi mesej itu memang 'in' betul dengan diri kita. Cepat saja kita forward tanpa mengetahui benar atau tidaknya mesej itu.

Ada juga yang menyebarkan surat berantai. Kononnya jika tidak diforward akan ditimpa bala malah jika diforward akan dapat keuntungan dunia berkali ganda. Aduh, boleh saja kita menghampiri syirik bukan bila mempercayainya? Bukankah manfaat dan mudharat hanyalah dari Allah, bukan dari usaha kita menyebar atau tidak apa-apa mesej berkenaan.

Ya, mungkin sahabat kita yang forward itu sgt soleh jadi mustahillah apa yang dia sebar itu tidak betul tapi cuba bila ditanya, rupanya bukan dia yang buat mesej itu. Habis siapa? Tahukah bagaimana sesuatu hadis disahkan sahih adalah dengan menilai perawi yang meriwayatkan hadis. Jika perawi itu tidak cukup tsiqah (tidak cukup boleh dipercayai) maka hadis yang diriwayatkan itu tidak akan berstatus sahih. Lihatlah bagaimana para ulama menjaga kesucian hadis dan menjadikan jiwa penganut agama suci dari pembohongan tetapi kita tidak mahu mengaplikasikannya di dalam kehidupan pula. Memanglah bukan hadis, tetapi pembohongan dunia tidak akan berleluasa dengan etika yang wajib kita jaga ini. 

Allah berfirman (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Bayangkan berita nasi kandar Pelita itu, boleh saja jika tiba-tiba perniagaan orang yang soleh menjadi bangkrap tiba-tiba. Selepas itu, gembirakah kita? Kemudian kisah bihun, ya betul bagus nak promosi produk bumiputera tetapi tidaklah sampai perlu memburukkan produk lain dengan tuduhan yabg tidak berasas kan?

Allah berfirman (maksudnya) : "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).

Allah. Ini lebih menakutkan. Tambah pula jika kita tidak membaca pun isi mesej tapi forward merata dulu. Malaikat tidak seperti kita, mereka tidak culas untuk mencatat perbuatan kita. Justeru, berwaspadalah.

Allah berfirman (maksudnya) : 
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)

Andai saja apa yang kita sebar itu adalah sahih dan tepat, awasilah pula niat penyebarannya. Walaupun kita tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang kita sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba ("Namimah"), untuk memburukkan pihak lain, atau menceritakan keburukan pihak lain, tanpa sebarang sebab yang dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa yang hanya Allah SWT yang tahu akan banyaknya.

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
"Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan semua yang didengarinya." (Hadis riwayat Muslim)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., bahawa Nabi bersabda (maksudnya) : "Sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan; sesunagguhnya kebaikan itu akan membawa ke syurga; dan sesungguhnya orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada keburukan; sesungguhnya keburukan itu akan mengheret kepada neraka; dan sesungguhnya orang yang sentiasa berdusta akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dulu saya kaki forward juga sehinggalah saya terperasan beberapa sahabat saya yang setiap kali saya atau sahabat lain forward, mereka akan bertanya, "Sahih ke berita ini?" maka saya terlintas kenapakah saya tidak boleh menjadi seperti mereka? Lalu saya cuba kikis sedikit demi sedikit perangai saya itu. Tak pasti atau tidak jika masih ada lagi 'penyakit' saya itu dan berharap sahabat saya akan terus menegur.

Apa yang menjadikan saya lebih kagum, ada seorang sahabat yang bersungguh memeriksa sama ada mesej yang diforward itu sahih atau tidak dengan menghubungi badan berwajib seperti laman web JAKIM berkenaan isu halal, customer service center utk cek kesahihan laman web Maybank akan di hack besar-besaran, penjual madu berkenaan status keaslian madu dan lain-lain. Kuat sungguh iman mereka ini pada ayat 6 surah al Hujurat.

Jika ramai orang seperti mereka ini, saya percaya gosip murahan tidak akan dapat hidup. Sekarang, saya tinggalkan kalian dengan mengajak kalian berfikir, 'bagaimanakah rupa dunia jika penipuan tidak ada?'

*tambahan panduan untuk share sesuatu yang dibuat oleh sahabat yang tersayang*

Panduan sebelum SHARE/Forward
1.Jangan terburu2 sebar berita. Tangguhkan sehingga anda benar-benar pasti akan kesahihannya.
2.Kongsi berita/fakta yg bermanfaat sahaja. Jangan kongsi berita negative seperti umpatan, gosip2 yang tidak bermanfaat apatah lagi yg jelas mengundang dosa seperti umpatan (kecuali umpatan yg dibolehkan oleh hukum syara’ atas maslahat tertentu)
3.Semak kesahihannya terutama jika disebar oleh org2 yang jelas kefasikannya (cth: melakukan dosa secara terangan2an seperti mendedahkan aurat ) dgn cara mencari maklumat dari sumber2 lain utk menyemak dll.
4.Selalu berdoa dgn doa yg matsur (Ya Allah Kau tunjukkanlah kebenaran ..) & mohon hidayah serta petunjukNya
5.Rujuk org yg arif dalam bidang yg diperkatakan utk kepastian. Cth: hadis dari pakar hadis. Perubatan dari doctor etc.
6. Percaya dan beramal dgn apa yg anda yakin & faham shj. Jgn turuti hal2 yang kita tiada ilmu ttg itu. (Al isra':36)
7.Sentiasa ingat bahawa malaikat sentiasa mencatat stiap amalan kita.  (Qaf:18)

Wallahua'lam

Saturday, October 19, 2013

Pembantu Yang Setia

Bismillah,

Malam raya. Anak-anak telah lena kerana eksaited esoknya hari raya. Tinggal kami berdua berborak didapur kerana disitu saja lampu boleh dipasang.

Ipar saya telah kongsi khutbah terakhir itu di grup whatsapp. Bacalah kalian dengan penuh penghayatan dan cuba rasakan seolah Rasulullah sedang bercakap dengan kita. Sebelum ini, saya pernah membaca khutbah ini. Tapi perasaannya sangat lain bila suami membacakannya sebutir-sebutir dengan nada yg mengesankan di malam yg hening pula.

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Ø  Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Ø  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Ø  Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Ø  Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Ø  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Ø  Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ø  Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ø  Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Ø  Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Ø  Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Ø  Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Salam Eidul Adha dan maaf zahir & batin

Cuba fokus yg saya CAPS kan,

Ø  Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Ø  Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan PEMBANTU KAMU YANG SETIA. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina

Padanlah ketika saya sedang basuh pinggan, menjamu makan dan mengemas dapur, suami mengulang-ulang ayat, "Umi ni pembantu abah yang setia". Errrhhhh.. Seperti selalu saya tangkis pujian tu dengan memuncung-muncungkan mulut dan membesarkan dan mencongekkan lubang hidung sebab saya memang tidak pandai respon pada pujian huhuhu (eh tu pujian ke ek?). Hahaha... --sila jgn tanya macam mana saya congekkan hidung juga hahaha...

Selepasnya, suami terus mengulang perkataan tu (malam tu je la) pada saya sampai hidung pun lenguh untuk dicongekkan. Walaupun saya tau saya belum memenuhi syarat wanita solehah tp kalau dpt penghargaan yang sebegini alahai, rasa seronok jugak huhuhu..

Cukuplah kot apa yg dikata oleh suamiku itu membantu saya jadi lebih baik dan berusaha menjadi 'pembantu yang setia' dalam ertikata yg sebenar yg Allah dan Rasul mahukan dan bukan menjadi org yg hanyut dgn pujian yg dilafaz oleh seorg suami buat isterinya. Sesungguhnya memang sukar mahu menjadi pembantu yang setia itu, semoga saja Allah membantu kita utk nampak jalan yang lurus iaitu jalan orang yang mendapat nikmat dan bukan jalan orang yang sesat.

Nasihat saya buat suami di luar sana. Boleh saja kalian buat sepertimana yang dilakukan oleh suamiku yang soleh ini. Bacakan khutbah ini, dan pandang wajah isterimu sambil menyebut merekalah pembantu yang setia buat diri kalian. Ya, mereka dahagakan pengisian spt ini, jd rawatlah rasa dahaga itu dengan pengisian dan pujian spt ini. Bagi saya, ia sangat berhasil.