Monday, September 13, 2010

Buku Panduan Penyusuan Dan Pemakanan Bayi Di Mom's Choice

Bismillah,

Dalam Ramadhan lalu, saya terima mesej dari k.Nieza Mom's Choice. Dia nakkan alamat. Orang nak alamat ni ada beberapa kebarangkalian dia :



  • dia nak hantar barang atau kad (saya imejin kad raya dah...)
  • dia nak datang rumah
Masalah saya duduk di P.Putih ni adalah alamat rumah sewa saya takde. Mula2 saya gunakan alamat pada bil elektrik tp bila orang hantar barang, barang tu sampai kat rumah tuan rumah. Bila dah sekali sampai sana, saya rasa susahlah jugak. Jadi kalau orang mintak alamat, saya akan bg alamat umah mertua atau mak saya di P.Buntar. 

Hihi...rupa2nya k.Nieza pos kat saya benda ni : 

Mama Saya Lapar 

klik pada buku untuk detel dan jika mahu beli :)

Siap ada wasiat sekali 


 Thanx k.Nieza!!

So, saya nak share sikit apa yang ada dalam dua buku di atas : 

Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Buku yang sesuai untuk dibaca oleh para ibu dan bakal ibu yang bercadang untuk menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif kepada bayi mereka. Buku panduan ini dapat membantu para ibu mengetahui teknik-teknik penyusuan susu ibu yang betul dan tips-tips yang berkesan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun telah kembali bekerja. Keterangan dan nota yang ringkas tetapi padat beserta gambar-gambar yang menarik pasti dapat membantu para ibu memahami panduan yang diberi dengan lebih berkesan.
Antara isi kandungan:
  • Penyusuan susu ibu - Mengapa perlu menyusu secara eksklusif
  • Perancangan awal untuk ibu bekerja
  • Persediaan memerah susu
  • Latihan memerah
  • Panduan penyimpanan susu ibu
  • Cara memberi perahan susu ibu
  • Tips kejayaan penyusuan susu ibu
  • Cara mudah memantau tumbesaran bayi
  • Carta pertumbuhan
  • Sumber makanan berkhasiat untuk merangsang penghasilan susu ibu
  • Teknik penyusuan yang betul
  • Cabaran penyusuan susu ibu
  • Kisah benar penyusuan susu ibu bekerjaya
Nota: Buku ini juga sesuai juga untuk dijadikan hadiah kepada rakan-rakan yang baru menimang cahaya mata.


"Mama, Saya Lapar"

"Mama Saya Lapar sesuai untuk semua ibu yang sebelum ini mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak. Terdapat juga tip dan panduan serta nasihat daripada pakar pemakanan. Jadi mulai hari ini berikan makanan yang terbaik untuk si manja kita" - Wardina
Isi kandungan:
  1. Nak Makan, Tak Nak Makan dan Lapar
  2. Makanan Ringan @ Junk Food
  3. Sayur oh Sayur!
  4. Buah-buahan
  5. Sarapan Pagi
  6. Air oh Air!
  7. Makanan Seimbang
  8. Makanan Tambahan
  9. Kepentingan Kalsium
  10. Khasiat Susu Ibu
  11. Anakku Sakit
  12. Perancangan Pemakanan
  13. Do's and Don'ts
  14. Kenalkan Makanan Pejal Semula Jadi


Alhamdulillah, saya ada ramai kawan yang memberi semangat untuk breastfeed anak2...dan di bawah adalah komitmen saya untuk terus breastfeed! Semua baju kurung yang baru nak tempah saya buat leher macam ni. Yang ni bukan baju raya taww... tu dulu2 zaman jual online ada beberapa yang tak habis dijual so saya tempah untuk diri sendiri dan selebihnya untuk anak-anak.


Jubah2 pulak, semua saya hantar jahit zip di bahagian ketiak (yang mana x ada butang tengah lerr)
Okeh kalian... semoga kalian di mudahkan juga untuk menyusukan anak2 secara eksklusif ye!!


Terima kasih k.Nieza!!

2 comments:

  1. info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

    ReplyDelete
  2. me mcm teringin nak beli buku wardina tu :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!