Wednesday, September 22, 2010

Anak Anda Kuat Muntah??

Bismillah,

Dulu, hampir tiap malam kami tadah muntah terutamanya Usamah dan Uwaiys. Diapers diorang pun, even dah salinkan diapers diorang sebelum tidur, we still have to wake up at 4 am atau 5 am paling koman to change their diapers. Selalunya, abah dioranglah yang rajin salin dan lebih tangkas menadah muntah anak. Mencuci toto juga menjadi 'tentatif biasa' bagi kami.

Bosan? Sapelah yang tak bosan kalau tidur terganggu. Walaupun mereka ni bangun muntah atau disalinkan diapers, diorang selamba je tidur semula malah kadang2 masa sibuk2 muntah tu pun diorang tersengguk mengantuk...huhuhu... Dari satu sisi memanglah kita boleh bangun dan qiam tapi kalau bangun qiam dengan perasaan tenang kan lagi sedap dari bangun dan hot kena tadah muntah anak atau hot bila perasan diapers bocor sudah...

So, masa mula2 anak kami muntah dulu, weols ikhtiar dengan kaedah2 berikut :

  • Lapik toto dengan selimut/cadar tebal - kebetulan uniform tokki zaman tokki posmen dulu ada banyak so weols guna yang itu aje. Jadi, bila anak muntah, habis je sesi dia muntah tu terus tarik cadar tu. Kalau tak tembus toto alhamdulillah, kalau tembus pulak innalillah...huhuhu
  • Bekas tadahan - setelah kaedah cadar tak berapa efektif, mertua saya cadangkan tadah pulak. Jadi, asal diorang batuk je, terus Nejad bangun dan dudukkan diorang lepas tu letak bekas tadah tu depan muka. Kira bab ni memang insya ALLAH expertlah. Selain bekas tadahan, benda wajib ada yang lain adalah kain untuk lap mulut. Cumanya, kalau tidur tak sedarkan diri atau, hang rasa aku bangun dan aku rasa hang bangun tadah muntah anak maka tak selamat manalah juga kekdah ni. Tapi so far, yang ni lebih baik caranya dari yang tadi. Sori ek korang, gambar bawah geli sikit la tapi inilah realiti kehidupan kami. 


  • Satu masalahnya bila anak muntah ni, habis la toto kena basuh. Alhamdulillah jugak kami ada banyak toto (at least kalau satu basuh, masih cukup lagi untuk buat tidur yang lain). Nak keringkan toto pun kene pandai. Korang kalau nak jemur, pastikan satu bucu yang paling basah duduk bawah. Jangan sidai toto mcm kita sidai kain batik tu (bucu dua2 hujung sama level). Paham tak?? Ini arwah tokku Nejad bagi. Sebab kaedah ni memang terbukti, sehari jemur je kering (kalau panas la ek..mendung kalu tak berapa jadik). 


Sebenarnya, apa yang saya cakap ni bukan penyelesaian. Yang paling betul adalah saya patut cari mcm mana cara nak kurangkan muntah diorang ni. Alhamdulillah, selepas Arwa lahir, weols perasan dia tak muntah pun. Kalau nak buat % muntah lah kalau nak compare dengan Usamah dan Uwaiys, memang muntah Arwa ni tak lebih lah kot 5% kali dia muntah (mentang2 kau sitisifir yekkk).

Jadi, setelah di tambah tolak darab dan bahagi, maka beza ketara mereka adalah susu ibu dengan susu formula. OK ni penyelesaian pertama maka untuk Arwa dengan Ahmadi, saya cuba jugak bagi susu ibu secara penuh kepada mereka. Kesian sangat Asmaa', Usamah & Uwaiys.

Kemudian setelah pindah ke Pasir Putih, kami tukar pulak susu debu kepada susu segar (kami beli dari Pejabat Haiwan di Pasir Putih). Alhamdulillah, Usamah dan Uwaiys dah tak muntah lagi. Walaupun ada masa diorang batuk berkahak tapi taklah sampai muntah teruk. Teringat Usamah dulu, muntah sampai keluar darah yang pekat yang buat saya rasa tak lepas nak pejam mata takut jadi apa2 pada dia. Kalaupun diorang muntah, rasanya itu takde apa2 kalau nak banding zaman masa diorang kecik. 

Selain itu, kami juga cuba pujuk mereka supaya jangan mintak susu selepas terlena. Kalau dulu dah lah terganggu dengan diorang muntah kencing bagai tu, kena pulak bangun bancuh susu. Kalau sorang dua kali, 3 orang agak2 berapa kali nak kena bangun. Kalau tambah tolak darab bahagi (sifir lagik!) memang dalam 10 kali jugakla bangun.

Sekarang ni alhamdulillah, kalau diorang terjaga kami pujuk2 sambil tepuk2 suruh lena balik. Yang saya perhati sangat Usamah masih bangun minta susu lebih kerap berbanding Uwaiys. Kalau dulu, tak bangun bagi susu dekat Usamah, mau dia hentak kaki sampai satu rumah terjaga...tapi skang dia sudah menjadi amat penyabar. 

Saya percaya semua masalah anak2 ada punca dan ada penyelesaiannya. Kalau saya amik masa 3-4 tahun untuk jumpa penyelesaian di atas, saya harap saya dapat bantu anda yang membaca memendekkan masa untuk mencapai kaedah terbaik menyelesaikan masalah muntah anak ni. Di sini saya sertakan link untuk mengetahui Sebab bayi muntah dan Muntah Susu.

Beruntunglah kalian yang anak jarang muntah. Sesungguhnya sakit2 bangun tengah malam lap lantai, toto atau pape jelah yang kene muntah, sebenarnya sakit lagi hati risaukan mereka kenapa mereka muntah. Sekarang saya rasa lega sangat bila mereka dah tak muntah lagi ;)


4 comments:

  1. yup
    setot dulu masa kerap minum susu formula mmg kerap muntah n muntah secara tak sengaja due tak reti nak benti jugak klu penuh dah penuh dek makanan.
    laa ni since anto nursery,since nursery masak makanan yg dia tak suke n dia refuse nak makan..suus pun kurnag dah minum..
    minum pun guna cawan dah..
    makan pun skunk since ayu train sikit2 n refuse nak bg lagi bila satu atau 2 mangkuk dah abis..
    alhamdulillah..malam2 dia dh kurang muntah..
    minum air pun ayu pantau belah malam or petang sbb klu terlebih air mmg confirm muntah..
    toto tu mmg tak pakai even tido atas lantai..
    ayu beli tilam nipis kat giant yg rega 50 ringgit lebih tu..
    kat situlah dia muntah..n tido..
    toto berat nak basuh..
    tilam tu..
    siram n pijak2 sikit pastu jemur
    sebb tilam sponge nipis..
    ade satu tu dah renyuk abis pas 2 tahun..
    lipat2,ikat pastu simpn bwk katil..

    ReplyDelete
  2. jarang pulak my nuha muntah melainkan demam atau batuk.dulu masa baby, adalah muntah susu.tp bila dh masuk 6 bln dh ok.

    ReplyDelete
  3. Sama la anak yatie ni pija....memang tension bila dia muntah kan?

    Naufal ni..batuk boleh muntah, nangis boleh muntah, hatta ketawa terlebih pun boleh muntah.

    Utk elakkan tilam kena muntah waktu tido, yatie biasanya alas tempat dia dengan kain batik 3-4 helai. Dan jugak sediakan semangkuk 'penadah muntah' kat sebelah...hehee....

    ReplyDelete
  4. Ayu, wahwah...kamu catu makan minum sure jimat manyak :P ahkak prefer tilam kekabu indon, tp skang yang harga 35 tu dah nipis kekabu dia..yg tu kain dia jenis kalis peluru :P

    eliss, nuha BF ek...kalau BF lah memang untunglah tak muntah mana...

    Yatiejay, yang tension tu suami ai lah sbb dia yang sll tersedar bila anak batuk...mmg pro lah tadah muntah anak..saya kalau dengan lena memang payah nak kompromi..huhuhuhu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!