Sunday, February 13, 2011

Widget Yang Perlu & Tak Perlu Ada Dalam Blog

Bismillah, 


Saya rimas dengan layout saya semenjak tertukar template blog ini tempoh hari. Sampai arini saya merajuk2 nak tukar yang lain dah. Template ni cantik tapi saya tak berkenan sebab kalau saya nak letak gambar Uwaiys dengan awek amoinya, dia tak masuk semua. Ntah macam mana nak setting nak bagi gambar tu nampak penuh. 


Tapi dalam merajuk2 ni pun, gigih jugakla berblog sebab MINAT membebel. Tambah pulak sebab rasa macam ada benda nak dishare. Bak kata orang tua2, kalau dapat satu ilmu dan nak kukuhkan ilmu tu, maka kene lah diajar pada orang lain. 


Widget ni adalah lauk yang ada di sekeliling sidebar untuk menambahkan perisa pada entry kita. Walaubagaimanapun, salah memilih widget akan menyebabkan orang boring nak masuk blog kita sbb berat. OK, di sini inginlah saya bgtau widget yang lemak berkrim disukai ramai.



1. Followers

2. Shout box (Jika perlu)

2. Recent comments

4. Blog Archive

5. Labels

6. Related posts

7. Feed

8. Blog List (Jika perlu)

9. Link list (Jika perlu)

10. Popular posts (Jika perlu)





OK, ini pulak widget yang tak patut ada dalam blog :


1. Word verification pada kotak komen


2. Blog yang disetkan ada Adult Content


3. Embedded below post


4. Comment with approval


5. Lagu


6. Widget Nuffnang Innit


7. Widget Fidjit Trafik


8. Widget Jam


9. Widget Kalendar


10. Banner2 Contest


11. Mister Linky's Magical 


12. Weather widget


13. Dan macam2 widget lagikkk


Dalam banyak2 widget yang tidak berapa beguna ni, saya paling sayang fidjit. Nampak gaya kene sorokkan ia di bahagian page barangkali :(


Sumber : 
http://maribinablog.blogspot.com/2010/03/widget-yang-perlu-ada-pada-blogspot.html
http://www.ar-rifke.com/2010/05/widget-dalam-blog-yang-patut-kita-buang-part-1.html
http://aniesanessa.blogspot.com/2011/01/apa-yg-tak-patut-ada-dalam-belog.html
http://boyz-ed.blogspot.com/2011/01/tidak-patut-ada-blogger.html


5 comments:

  1. saya pun tgk "kemas" kan blog saya jgk kak siti.. risau berat..sampai saya dah buang semua jam/kalendar dah skrg ni..tapi still 200++kb lagi..sayang betul nak buang widget2 tu semua :(

    ReplyDelete
  2. Page blog (yang sekarang sedang dibuka ni) seberat 1725kb. Setelah dicache menjadi 216.5kb.

    Kebanyakan berat datang dari gambar-gambar yang ada, iaitu 1095kb dari gambar yang direst dan 381.6kb datang dari gambar dari css. So gambar sahaja hampir 1.5MB.

    Gambar yang paling besar sekali adalah gambar background biru background belakang tu yang memakan 269.7kb.

    So kesimpulannya, yang paling memberatkan blog ini sekarang adalah gambar-gambar yang ada. Kalau optimizekan semua gambar yang ada tentu lebih laju lagi loding website ni... :)

    Sokong memang kene buang widget-widget yang disenaraikan tu... huhu...

    ReplyDelete
  3. sokong pija 200%!
    belog izan skrg letak widget yg minimum je. malas nak semak2.. labels pun dah buang~

    ReplyDelete
  4. fidgit trafik tu guna nye cemane eh.. tuk ape.

    ReplyDelete
  5. Masa memula perak berblog, semua wijet nak taruk, sekarang banyak dah buang..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!