Assalamualaikum,
Terkenang dolu2 zaman kekanak, kita lah yang jadi mangsa mencabut uban pak2 dgn mak2 menakan.. Letih sampai sakit belakang tapi upah sehelai seposen ke, sehelai 5 sen sangat la memadai. Agaknya mcm tu lah kan kalau kita buat amal kebajikan. Kalau nampak pahala jatuh ke riba mesti kita antara org yg tak berlengah utk kejar pahala kan?
Dalam sehari sebenarnya jumlah normal yang gugur adalah dalam lingkungan 50-100 helai. So, kalau lebih dari tu kene la amik peduli takut ada penyakit lain kan. Tapi kalau still dalam lingkungan tu, takpe la sbb nama pun normal. Ada sekali saya teringat zaman saya sekolah menengah, ada budak cedok lauk kat dewan makan dia berkenan kat kawan sekelas saya siap bagi surat lagi. Dalam surat tu ada kata yang rambut dia sehari gugur sampai 20 helai gitu sbb cinta dia ditolak. Ek ele, kawan saya kata rambut aku lebih lagi tak heran pon. Konon2, dia ingat boleh ke ugut kawan saya terima cinta dia hanya kerana keguguran rambut…tektik, tektik…
Mcm biasa kita dengar, kalau nak menyelesaikan masalah, kenalah cari punca masalah dulu kan? So, mai kita amik tau apa punca rambut beruban ye…
Pengambilan gizi tak seimbang – memang kalau kita tak cukup zat ke, terlebih zat ke, mmglah ada kesan sampingannya. Tapi zaman org kejar masa ni, mcm nil ah. So, sendiri mau ingat la sbb kebanyakan penyakit mmg berasal dari makanan yang kita makan.
- Tekanan – macam mana cara kita menanganinya. Itu terpulang pada individu. Ada yang selesai atas tikar sembahyang. Ada yang tak selesai-selesai.. yang ni hujahan dia sangat panjang memandangkan tekanan ada pelbagai jenis dan pelbagai pula cara utk mengatasinya.
- Rambut tak dibilas dgn sempurna selepas syampu – tak kira lah syampu ke, atau produk yang terkena je kulit kepala akan mendatangkan pelbagai kemungkinan. So, masa membilas tu, basuhlah dgn bersih dan sampai hilang lah buih ke, atau rasa berlendir ke sbb kalau ini tak dipastikan, nanti pori2 pada kulit kepala tak tersumbat
- Air hujan – dunia kita skang dah byk jenis pencemaran. Bila hujan, udara kotor dan radikal bebas yang beracun akan larut dalam air hujan sangat tak elok kalau terkena kulit kepala. So, kat sini, kan bagus kalau kita pakai tudung. At least la kan, kulit kepala kita terlindung di samping aurat kita terjaga.
- Penggunaan syampu yang tak sesuai – selagi tak jumpa yang sesuai, mungkin kita terpaksa bertukar-tukar selera supaya dapat syampu terbaik utk rambut kita. Terfikir tak kalau rambut kita bermasalah, then kita guna syampu baby punya. Adakah memadai sbb pH dia sesuai ke utk rambut org yg bermasalah? Sbbnya, syampu baby tak bekerja secara maximum pada org yg dewasa, tambah pulak pada yang bermasalah.
- Merokok – Kwang..Kwang.. Takyah la ulas byk sbb perokok sendiri lebih arif dgn keburukan merokok tapi degil betul kan kalau nak buang tabiat tu. Tak macho la.. Malu kat kawan la.. Tak kira la, bagi saya saat paling macho seorang lelaki merokok adalah saat dia declare dia dah berenti merokok. Elo brader, byk jimat tu, baik abis duit beli syampu kat anak bini…He he..
Ha…satu lagi tak ingat nak cakap. Takpe je kalau cabut uban tapi kene ingat sbb kalau kerap2 cabut uban, masa kita tarik rambut keluar dari akar dia tu, tak kira la rambut putih ke hitam ke, mungkin berlaku kerosakan folikel rambut sehingga arah rambut baru yang tumbuh tak sama dgn yg lama lagi. Jadi, pertumbuhan ni akan menyebabkan keadaan rambut lebih teruk sampai menyebabkan uban yang ada lebih jelas kelihatan.
Alkisahnya rakan2, ini aja kot yang saya dapat kongsi utk kali ni.. banyak2 cakap nnt org jemu.. ckp sikit2 dah jadi pelik bagi org yg byk bercakap mcm saye..he he..well, utk mereka yang baru berkenalan dgn saya, saya ucapkan semoga persahabatan ini menjadi bukti bahawa kita memanfaatkan alam siber sebaiknya tanpa ada unsur yang merosakkan mudah-mudahan.
salam...
ReplyDeleteMmm... tgh search psal uban kt mr.google.. tetibe terpandang blog siti.. Mmm... eus nk kongsi bleh x?
Silalah Eus...aiman tak kisah :))
ReplyDelete