Sunday, August 05, 2007

Kisah Anak-Anak

Bismillah,

Ni hanya selingan. Sekadar nak share dengan sahabat2 semua cerita anakanda2 saya nan tercinta. Ada yg lucu, ada yg sedih, ada macam2....Ruangan ini ditujukan khas untuk sepupu sepapat, kawan2 dan adik2 kat Jordan nu...Kat bawah tu boleh la kalau nak belek2 gambar latest...Byk yg rosak tatau la pehal...Anyway harap korang enjoy!!

HIDUNG UWAIYS KENE GIGIT
Ni antara yg sensasi. Sekali balik dari keje, suami saye kata tgk la hidung uwaiys. Ingat kan selsema teruk sbb mmg dah mcm clown pulak tgk merah nya. Rupanya tak...Ade budak gigit hidung Uwaiys. Tak tangkap gambar sbb dalam kamera takde bateri kalau tak boleh la tgk betapa ganasnya budak tu gigit hidung anak saye. Memang berbekas gigi budak tu. Pagi tadi time datang keje, sempat la tgk budak tu. Memang terasa nak genyeh aje. Mata saya pulak punya la jahat, kejap2 nampak mcm budak tu tukar jadi anak beruang...Ha ha...Actually mak dia dah pesan pada pengasuh yg anak dia mmg suka menggigit. Dah memang habit dia mcm tu...Mcm ne la nak buat dgn budak tu ek?

BAJU BANGUN KAKAK
Satu ari, Asmaa' taknak pegi nurseri sbb Che Ti dia ade kat umah. Dia pun rimas agaknya budak ramai2 kat nurseri. Dia memang byk rekod tanak pegi nurseri. He he...Mintak2 keadaan berbeza once dia masuk sekolah nnt. Selepas je mandi, Che Ti pun pakaikan baju. Rupanya baju tu baju tido...Che Ti dia pun cakap, "Bukak la kakak, ni baju tido." Dia pulak dengan kondifennya cakap. "Bukan!! Ni baju bangun!!" Ntah ape la yg dia faham dengan baju tido n baju bangun ek?

CAH KAP SEH KEH TUL
Usamah saye dah boleh bercakap penuh. Kalau dulu dia pilih yang hujung2 aje untuk bercakap tapi kali ni tak lagi. Dia dah ckap penuh tapi apa yg kelakau sangat sbb letih kalau nak dengar dia menghabiskan ayat. Kalau nak mandi... "Uh mih ah beh nak man dih" maksud umi, abg nak mandi. Dah la kecek Kelate.

MENGIRA
Rekod Asmaa' buat masa ni dah boleh mengira dengan
Bahasa Melayu : Satu sampai Sepuluh belas. Merujuk kepada dua puluh he he
Bahasa Inggeris : Boleh dah One to Ten

Usamah pulak,
Bahasa Inggeris : Boleh One to Ten
Bahasa Melayu tak cukup rukun lagi. He he...Ada lompang sikit
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!