Monday, August 13, 2007

Mengajar Anak Berdoa dan Berwirid


Bismillah,

Sebenarnya, hidup ni patut dipenuhi dengan doa kerana kita bergantung penuh kepada kasih sayang ALLAH. Doa kalau kita belajar memang banyak. Sama ada yang jenis biasa dilafazkan atau yang boleh dibaca spontan. Contoh doa yang biasa disebut adelah macam doa menaiki kenderaan, doa seblom makan, doa masuk masjid.

Manakala yg spontan pulak adelah mcm bila kita ditimpa susah la sllnya kita boleh sebut sbg contoh,”Ya ALLAH, tolonglah aku…” yang ni actually memang dah fitrah kita bergantung kepada ALLAH. So, dalam keadaan susah memang secara indirect kita akan minta tolong kepada Yang Maha Berkuasa. Cuma jarang nak jumpa orang yang tengah dalam keadaan senang nak doa lebih kurang begini “Ya ALLAH, aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan, jauhkanlah aku dari diduga dengan dugaan yang tidak mampu kutanggung.”

Ada banyak cara tapi yang terlintas dalam fikiran saye hanya beberapa tips di bawah. Rasanya, pembaca mungkin lebih arif dalam hal ni.

• Dalam kes anak kecik  kitalah yang kene membacakan untuk mereka doa yang biasa. Sebagai contoh, seblom makan bacalah doa dan minta diorg sama2 tadah tangan. Bila agak2 dia dah lancar, bolehlah galakkan dia pulak baca doa sendri kuat2.
• Pasang tape bacaan doa. Saya tak pasti kumpulan mana tapi kalau tak silap saya kumpulan ALIF ada menyanyikan lagu2 yang membolehkan anak2 kita menghafal doa.
• Tampal doa yang seswai di tempat yg seswai. Sebagai contoh, doa ketika mengadap cermin letak doanya di tepi cermin. Doa tidur di tempat tidur anakanda kita dan lain2 lagi.
• Kita sendiri kene biasakan. kalau kita tak biasakan, mcm mana nak membiasakan anak2. dalam banyak2 note, saya kira inilah yang terpenting.


Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 :

Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW perlu diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah SWT. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dari godaan Syaitan.

Firman-Nya lagi dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 :

Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!