Saturday, September 01, 2007

MOGOK MENULIS :)

Assalamualaikum semua,

Dah lama rasanya kali terakhir saya menulis untuk berkongsi dengan semua. Semuanya kian susut. Saya dah tak anto tulisan saya ke yahoogroup, saya juga tidak menulis ke blog sendri dan adakah ini bermakna saya tidak menulis langsung. Oh, tak...menulis ibarat kehidupan saya.

Kata suami saya tak payah lah tulis novel sbb bacaan begitu mungkin akan mengkhayalkan pembaca. Saya setuju itu sbb saya pun selalu terbawa2 dengan novel. Saya juga peminat novel tak kira lah apa pun tajuk dan penulisnya. Cuma jangan terlalu penuh sasteranya. Itu akan membuatkan saya menolak untuk membaca.

Tidaklah bermaksud sastera itu terlalu complicated tapi manusia ada minat masing-masing. Sekalipun menulis sinonim dengan sastera, saya sukakan bacaan yang pantas menyampaikan maksudnya. Terlebih pulak kalau tulisan itu terkandung manual untuk diikuti, bukan sekadar teori.

Kenapa perlunya saya menulis? Saya tak boleh jelaskan dengan ayat yang tepat namun saya enjoy begini. Saya suka berkongsi ilmu yang saya dapati dengan cara ini. Setelah membelek2 blog yang dah lama tak tersentuh ini, saya terlintas sesuatu. Tika jiwa saya dirundung masalah, saya akan mengelak dari menulis dalam internet ni.

Kerana apa? Saya telah perhatikan dibanyak tempat, saya tak kisah ini cuma mahu bercerita, nukilan saya telah disebarkan sekalipun telah beralih signature itu tidak saya kisahkan. Jadi andai saya menulis tentang sesuatu yang tidak sedap, pasti jugak agaknya perkara ini akan menjadi bahan bualan.

Selama menulis, pelbagai kaum, peringkat umur dan pelbagai pula perangai telah saya kenali. Saya terasa saya tidak keseorangan di dunia yang saya tak nampak ni. Namun, hari demi hari saya seudah semakin malas (malas bukan perkataan yang tepat utk menggambarkan perkataan saya) untuk berbicara dengan mereka yang tak sejantina dengan saya.

Ya mungkin ada beberapa orang yang saya tidak kekok lagi utk berbicara dengan mereka. Mengenangkan saya ini isteri orang, maka saya pohon kemaafan sekiranya saya tak bekerjasama dengan anda dalam berkongsi pendapat. Suami saya tidak pernah menghalang namun saya sendiri merasakan ada baiknya saya menjauhi perbuatan sebegini, atau bagaimana pendapat anda?

Kadangkala, saya merasakan saya terlalu kelam kabut dalam menguruskan kehidupan harian. Maka saya juga meninggalkan menulis di belakang sekali. Tapi, hati saya selalu menulis untuk saya. Semasa berkata2 saya akan merasakan yang saya sedang menulis di atas sesuatu.

Dunia tidak akan lari dari masalahnya. Tika susah, mereka merasa kita menyusahkan. Memang melalui saat susah ini sangat memeritkan tapi saya suka mengajar diri agar tidak terbawa2 dengan masalah. Sekalipun ada rasa susah hati namun saya cuba juga abaikan sebaik mungkin.

Sejarah silam akan sentiasa mewarnai kehidupan kita. Luka lama, pasti akan meninggalkan parut dan parut ini terkadang menganggu juga kehidupan kita masa sekarang. Jadi, bagi mengurangkan risiko untuk mendapat parut yang besar, maka belajarlah redha dengan kehidupan.

Jika telah ditakdirkan anda dulu bukan anak emas ibubapa anda, maka hari ini bukan alasan untuk tidak berbakti kepada mereka. Jika anda pernah ditabur duri oleh orang terdekat anda pada lorong kebiasaan yang anda lalui, maka hari ini adalah terlebih baik untuk memilih bermanis-manis dengan mereka itu.

Juga kita tidak boleh memberi harapan tinggi kepada mereka yang kita sayangi. Sayangi mereka bukan untuk mengharapkan kasih sayang yang dibalasi kerana terkadang kita menyayangi tetapi kasih sayang kita tiada balasan. Namun jangan biarkan diri kita merasa terdera kerana mungkin kasih sayang kita kepada seseorang akan dibalas dengan kasih sayang orang lain selain dia kepada kita.

Doakan lah juga semoga ALLAH tidak meletakkan kita dalam kedukaan dalam jangka yang lama. Kedukaan akan membawa kita kedalam sesuatu yang tidak menyelesakan namun disisi lain, jiwa yang sering berduka adalah jiwa yang lunak kepada mengingati ALLAH. Maka atas belas kasihNya juga, kita ditakdirkan melalui detik getir itu.

Buat semua, dunia ini hanya sementara. Kumpullah sesuatu yang boleh dijadikan bekal ke alam yang selamanya....

2 comments:

  1. Waaah Siti, macam berat je isi kandungan post ni. Ada maksud tersurat dan tersirat ye?
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Membaca novel bukan sahaja mengkhayalkan tetapi jika betul caranya boleh memandaikan :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!