Wednesday, September 19, 2007

Rumah Kita Di Syurga


Bismillahirrahmanirrahim,
Semalam kami bergerak di celah2 perkampungan di sekitar Bachok. Terlihat deretan rumah-rumah di tepi jalan. Ada yang dilihat lusuh, ada yang masih dalam pembinaan. Terus terasa ingin bertanya, "Rumah kita nanti kita nak buat kat mana ye abang?"...

"RUMAH KITA DI SYURGA INSYA ALLAH"

Suami saya tidak memerlukan seminit pun untuk berfikir tentang jawapan kepada soalan saya. Wah, sungguh saya rasa mahu tunduk pada kuasa Nya ALLAH SWT kerana keberadaan suami saya di sisi saya adakala menyebabkan saya tertarik untuk memandang keuntungan di akhirat lebih dari apa yang ada di dunia.

Juga yang kami bincangkan, tanda-tanda kecil kiamat akan tiba. Sesungguhnya saya yang mempunyai iman biasa tiada tertanggung rasa ketakutan ini. Sungguh benar, dunia yang kita diami hanyalah pinjaman. Semua ini akan ditarik balik dan kita akan dihisab pula amalan kita.

Sungguh saya mahu terus diingatkan tentang ini. Perbualan seperti ini sentiasa saya rindukan terutama dari mulut suami yang saya kasihi. Pasti sahaja apa yang dia tuturkan datang dari kejernihan hati. Benar kanda ku... Tuntunan ini yang ku dambakan.

Aku mahu dikejutkan tika lena ku. Biar kau lihat betapa liatnya aku, namun aku masih mahukan itu. Mungkin hanya selepas sepuluh atau dua puluh kali engkau mengajak ku solat malam baru ku bangun untuk menunaikannya. Yang ku mahu adalah keyakinanmu bahawa aku akan tetap menjadi pendamping mu selamanya.

Ku doakan semoga anak-anak kita juga akan merasai rasa cinta kita kepada ALLAH SWT dan semoga mereka tetap menjadi penyejuk mata keluarga. Saksikanlah kalian, buah cinta ku buat suami ku. Seperti yang disabdakan Rasul, andai saja aku mahu sujud di kaki manusia, hanya di kaki mu jua aku tunduk.

MOGA ALLAH MERAHMATI selalu...

2 comments:

  1. Salam alaik ya ukhti...tersentuhnya hati. Semoga Allah bantu akak dan suami sentiasa, dalam mencapai impian membina istana di syurga...insyaAllah...doakan saya smg terus berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa dan turut dikurniakan peluang untuk menjadi suri untuk seorang suami yang mampu mendidik jiwa ini supaya sentiasa ingat padaNya...ameen...

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:41 PM

    mari kita pakat ramai2, sama2 berazam nak bina umah kat syurga... moga keazaman itu satu motivasi untuk memperbaiki amalan diri!!

    ana sekeluarga nak g umah nt!
    jemput datang umah ana gak, di sinin di sana nanti...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!