Sunday, September 23, 2007

PANDUAN PENGIRAAN ZAKAT EMAS

Bismillah...

Terpandangkan posting yang satu yang saya dapat dari penulis yang namanya di bawah sekali mewakili PPZ Selangor, saya kira ada manfaatnya jika kita kongsi ilmu ni bersama kan?

Assalamualaikum, Siti Sifir
Bertemu kita di ruangan ini dan semoga Siti dalam lindungan Allah swt.

Kali ini saya akan membicarakan mengenai zakat emas yang dikenakan dalam dua keadaan iaitu:

1. Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikenakan zakat.Tetapi jika nilai emas berkenaan melebihi kadar "uruf" (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia wajib dikenakan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja (tidak termasuk nilai batu permata).

*Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah RM 5,000.

Contoh: Jika seseorang mempunyai emas sebanyak RM 25 000 nilainya, maka nilai yang wajib dizakat ialah:
RM 25 000-RM 5,000 (nilai uruf) = RM 20,000 x 2.5% maka zakatnya adalah RM 500

2. Emas Yang Tidak Dipakai
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut bersamaan atau melebihi 85gram (nisab), maka ia wajib dikenakan zakat sebanyak 2.5%
Contoh: Nilai emas = RM 5,000 x 2.5% maka zakatnya adalah RM 125

Sehingga jumpa lagi

Wassalam

Mohd Rais Haji Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my

Sila rujuk nilai zakat di tempat yg betul....

bagi saya pengiraan zakat emas yg awak tunjuk ni susah dan tak konsisten kalau guna nilai duit (berdasarkan RM5000) yg mane semua orang tau harga emas berubah2... kenapa tak letak aje kalau emas simpan melebihi 85 gram kene bayar zakat.... kalau emas guna lebih 150 gram kene zakat yang mana lebihnye tu... pastu pengiraan juga kena ikut gram... bukan RM...

zakat emas diguna:
200gram - 150gram
= nilai semasa emas 50gram X 2.5%

(yg mana dipersetujui lebih 150 gram kena zakat.... jgn tarok nilai duit RM 5000 sebab esok lusa 150 gram bukan bernilai RM5000 lagi... sekarang ni pon 150 gram emas dah bernilai RM 15000. ngko guna harga emas zaman jepon ke 150 gram harga dia RM5000?? )

harap boleh ubah... mengelirukan dan bagi yang kurang ilmu, boleh menyebabkan dia silap kira... silap jumlah dia bayar zakat... kan haru biru dibuatnye....

1 comment:

  1. Anonymous5:29 PM

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!