Saturday, May 29, 2010

Buat Mak, Bondaku Tersayang

Bismillah,

Kalian, terima kasih atas mesej2 yang kalian tinggalkan pada blog, FB, yg datang rumah dan yg call. Semua itu saya hargai. Bukanlah berniat mahu memperkecilkan usaha kalian, hakikatnya saya hanya akan berasa lega bila ibu saya merelakan hal ini.

Saya benar2 rasa jatuh dan tidak bermaya bilamana ibu saya menolak perancangan saya. Saya tak salahkan dia, hati ibu mana yang tidak bimbang bila perniagaan anak sedang berlangsung tetapi saya tidak ada di situ. Saya kira itu juga adalah alasan yang kecil, hati ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak dan cucunya yang sangat disayangi??

Saya sebenarnya tidak tergamak untuk melakukan ini kepada ibu saya, mungkin sekali dia merasakan benar2 ada batu penggiling yang menimpa dan menghancurkan hatinya yang tulus itu. Lihatlah, tanpa saya meninggikan suara sekalipun, saya masih membuat hatinya bukan sekadar luka, tetapi hancur.

Bila saya membuat keputusan untuk tinggal bersama suami saya, itu tidak sekali2 menunjukkan saya mahu meninggalkan ibu saya. Bukan juga saya tidak peduli dengan kedai saya. Juga, bukan suami saya tidak punya hati untuk memberi ruang kepada saya untuk membuat keputusan. Janganlah sesiapa pun bersalah sangka dengan apa yang kami lalui ini.

Tapi, andai kalian ada sedikit masa untuk menyelami perasaan saya, letakkanlah diri anda dalam kasut saya (hadeih...ape ek dalam bahasa melayu be in my shoes?? :P). Juga lihatlah wajah bening anak2 saya yang dahagakan kasih sayang dari kami. Juga kalian bayangkanlah pula betapa siksanya suami saya bila saya memaksa dia untuk terus tinggal di tempat yang tidak rasi dengannya.

Suami saya telah mencuba, namun saya faham jiwa dia... antara saya dan dia, saya lebih mudah rasi dengan keadaan. Bukan bermakna saya berkorban, tapi saya tidak suka memaksa. Saya tidak mahu sesiapa pun merasa terpaksa dengan keinginan saya. Saya bukanlah baik sangat tapi jika suami saya boleh terima kelemahan saya, kenapa tidak saya bertindak begitu juga?

Biarlah saya berterus terang tentang suatu perkara, saya sebenarnya sangat bimbang saat saya menghantar anak2 untuk dijaga oleh mak saya sebagai satu cara yang membuatkan dia berasa susah. Saya benar2 ingin berdikari tetapi sudahnya saya susahkan ibu saya juga. MMmmm.. susah sekali nak bercerita kepada kalian, supaya kalian faham dengan keadaan saya kerana tak siapa akan faham melainkan kami saja.

Tapi ini tidak pula bermakna saya memaksa keluarga saya di sini untuk terima keputusan saya. Saya lahir dalam keluarga ini, keluarga yang boleh bertolak ansur. Kasihan ibu saya, walaupun hatinya hancur, dia masih lagi panggil saya pulang ke rumah. Macam tu lah ibu saya, walau apa pun yang saya lakukan dia masih memberi peluang walaupun peluang yang diberi itu mungkin memakan diri.

Sebenarnya saya sangat sakit kalau ibu saya sakit. Selama ni, saya rasa sakit bila adik2 saya tersalah buat ibu saya menangis tapi rasanya, tamparan yang saya berikan kepada dia adalah lebih hebat dari apa yang adik2 saya lakukan. Ntah macam mana yang akan saya hadapi hari Isnin ni saat kami bertolak pergi.

Pemergian kami ni tak dapat digantikan dengan apa2 jua. Ia benar2 membekas dalam hati sanubari seorang ibu. Apa yang saya lakukan ini, satu hari mungkin akan terjadi kepada diri saya juga. Dunia ini bagai roda... Semoga sahaja saya tabah menghadapi ketentuan hidup saya. Bolehkah doakan saya?? Sekurang2nya doakan ibu saya memaafkan saya dan suami??

Saya ingin sekali, memohon kemaafan atas salah silap saya, atas degilnya tindakan saya ini dari bonda saya. Saya yakin, anda dia membaca apa yang saya tulis ini, maka airmata yang berlinang tidak hanya dari mata beningnya, tapi lebih2 lagi saya yang berduka dalam linangan air mata. Ia seolah2 lambang saya mementingkan diri saya dari ibu saya. Seandainya ada peluang, saya tidak mahu yang lain, hanya redha dan doa serta kemaafan dari ibu saya sahaja...itulah yang akan membuatkan diri saya kaya, bukan dengan duit dan harta berjuta.

Ntahla...saya sebenarnya tidak mahu membina kebahagiaan atas penderitaan apatah lagi derita itu milik ibu yang melahirkan saya. Saya tidak pasti bila saya akan berasa lega, mungkin setelah saya kembali berada dalam doa ibu saya. Saya tidak mahu berjanji apa2 lagi, kerana telah banyak janji yang saya dustakan.

**Ya ALLAH, terseksa sekali rasanya bila menyebabkan ibu saya bersedihhhh.......

***Mak, kak sayang mak...terasa susahnya walau nak meminta kemaafan sebab memaafkan tu mungkin menyakitkan mak...dan kak tak mau mak merasakan sakit tu walau sedikit

****Abah, kak juga sayangkan abah. Apa yang tertulis di sini hari ni tidak semata2 kepada mak, kak juga susah hati memikirkan abah.

*****Abg, abg dah janji kan, setiap kali cuti sekolah dan raya, kita mesti di Parit Buntar kan??


Sebenarnya saya bahagia dengan keluarga saya. Ibubapa yang sentiasa di belakang saya menyokong saya dari dulu, suami dan anak2 yang melengkapkan hidup saya, adik beradik -saudara mara yang sanggup bersusah senang........cuma sedangkan lidah lagi tergigit. Sekali ini, biarlah iman saya diuji. Saya redha...

Thursday, May 27, 2010

Perjalananku Tidak Semudah Itu

Bismillah,

Entry ini berbau emosi yang hanyir dari luka yang berdarah...

Harini fikiran saya bercampur aduk, mahu mengejar satu kebaikan, tetapi akan meninggalkan kebaikan yang lain...

Andai diberi peluang untuk memilih, saya mahu memilih untuk memberi kebaikan...baik untuk di sini atau untuk di sana...

Berada di posisi sukar, tanpa sahabat bertanya khabar, sungguh terasa lelahnya...

Namun mujurlah tauhid menunjang dalam diri, moga ALLAH sentiasa melindungi

Wednesday, May 26, 2010

Cekodok Kurma

Bismillah,

Satu petang, jiran depan umah parents saya hantar cekodok dalam satu container kecik. Sekali tengok mcm cekodok. Kalau cekodok biasa, lambat la sikit kan org nk sentuh maklumlah cekodok... kat tepi jalan pun banyak jual kans??

Tapi sekali amik, rasa nak lagi... bila makan satu lagi, rasa nak lagi pulak..sekali tergigit bijik! Rupanya bijik kurma. Alahai padanlah sedap. Last2 kami makan berebut2 3 generasi, opah & tokki, umi dgn anak2 umi.

Bila dah abis, saya pun menguatkan iman...kalau ikut nafsu, memang nak je gi mintak lagi :P Saya google dan memang ada jumpa resepi tapi saya rasa lagi umpphhh bila campurkan pisang dengan kurma. Memang lagi kaww punya lah...so apa kata, pakat2 pi cari kurma dengan pisang dan ptg kang atau esok pagi buat cekodok kurma....

**Hallamak, bestnya kalau dapat goreng kat anak2 saya.....sob sob...





Ahmadi...cepat besaq no...umi nak sumbat cekodok tiap2 hari!

**korang tau kan resipi hidup saya adalah HANTAM KAROMOK..jgn berani2 tanya :P

TAMBAHAN :

Satu lagi cara adalah dengan letak jus ni dalam bancuhan cekodok (cucur pisang). Kalau guna pisang saiz besar-besar, maka masukkan sudu sama banyak dengan jumlah pisang yang kita guna. Kalau dah gaul tu calit rasa sikit dah sampai kesedapan yang kita nak atau tak. Jangan lupa letak sikit garam sebab cekodok lebih mantap rasanya dengan garam.



RM 36 dengan pos

Untuk keterangan lanjut sila klik link ini :
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=256955577758285&set=a.256955217758321.60322.136886449765199&type=3&theater 

Untuk membeli boleh PM :
FB : https://www.facebook.com/sitisifir10
Page : https://www.facebook.com/SaleatSitisifir

Tel/SMS/Whatsapp : 0199515058
Email/YM : sitisifir10@yahoo.com

How To Handle Orang Yang Susah Mengalah

Bismillah,

Adekah di sekeliling kamu sekelian org yang susah mengalah? Sebenarnya seronok berkawan dengan orang2 yang macam ni. Saya adalah beberapa orang yang saya kenal ada perangai ni (ada x sape2 rasa nak pengsan bila saya buat kenyataan blog mcm ni?? :P).

Semenjak berkahwin dengan Nejad saya, dia suka ajar saya jangan jadik blurr. Bila ada sesuatu kejadian bila mengadap orang yang susah mengalah ni, dia akan ajar dialog macam mana nak jawab orang yang macam ni. Masa awal2 kawin saya tak gamak lagi buat macam tu tapi skang ilmu yang suami saya bg tu dah melampau2 sampai suami saya pun tergigit lidah bila saya jawab dia plak :P

Orang yang susah mengalah ni ada macam2 perangai. Saya cuma nak bg satu contoh kes je arini. Biasanya orang yang susah mengalah ni kalau dia ada idea, dia nak idea je yang digunapakai. Okeh, kalau orang yang mcm ni korang biasanya buat macam mana??

Kalaulah saya, saya akan biar dia buat cadangan atau suruh dia je yang bagi idea. Let say dia bagi idea dan idea tu sama dengan kita maka waaaahhh....itu sudah jadik BONUS. Maka kat situ api2kanlah bahawa idea dia super mantap :P Ia bukan sekadar kita mengambil kesempatan atas idea yang sama tu tapi orang yang payah nak mengalah ni akan rasa kita geng dia.


Bila kita adalah geng dia maka lepas2 tu urusan kita akan jadi semakin mudah dan mudah dan mudah insya ALLAH. Tapi nak cari beberapa titik yang boleh membuatkan idea2 kita diterima tu kadangkala tak mudah. Sebelum terjumpa dengan titik ni, lebih baik kita banyak diam dari membangkang. Bukan tak boleh bangkang tapi biarlah nak bangkang tu berhemah dan tidak melulu.

Sebabnya bila kita tak sudah2 nak bangkang orang yang macam ni maka titik temu antara kita dengan orang itu makin jauh dan jauh. Kalau orang tu dalam setahun kita jumpa 2-3 kali takpelah tapi mcm mana nak buat kalau kita kerja dalam satu jabatan dengan dia atau lebih dasat lagi kalau pasangan kita mcm ni??

Kalau anda punya pasangan macam ni, banyak2kanlah bersabar. Tambah pulak kita org perempuan sebab yang lebih pentingnya kita kena hormat dia. Berdoa banyak2 moga satu hari masa kita akan dihargai akan tiba jua. Tapi kalau yang membaca ni pihak suami, dan isteri anda adalah orang yang susah mengalah, itu sebenarnya dah terbalik.

Kenapa saya cakap terbalik? Let say cadangan dia betul takpe dan takde masalah lah tapi kalau dia dah macam Queen Control maka keadaan amatlah perlunya dibetulkan. Cara nak betulkan tu, kalau nak saya cadangkan mcm mana kenalah bagi satu contoh kes. Lepas tu baru senang ai nak tolong setel ek...

**tak ada manusia sempurna....org yg mcm ni ada kelebihan sendiri, kita susah nak kalah kalau bersama dengan mereka :)

Tuesday, May 25, 2010

Fun Activities To Help Build Relationships

Bismillah,

Here is some fun activities to help us build relationships in our family for you and me :

  • Make Sundays Pancake Day for breakfast – kids look forward to a special family event that happens every week.
  • Together plan a list of things you want to do as a family and put them in the diary. These dates are then not-negotiable – don’t make something else more important.
  • Have a regular date with each child. Years ago a seminar speaker told us how he took each of his six children on dates – alone to a place of their choice (with a budget). This one-on-one time once a month has been magical.
  • Family Rituals – think some up, that are unique to your family. Little things like high fives at certain times, the way you always have a big hug the very first thing you do when you see each other after school/work; every Friday go out for dinner and some habits that are just yours.
  • Create a family Vision Board – we can all plan our future together. A Vision Board is a collection of pictures and special words about things that you would like for your family. A terrific fun project is Jack Canfield's "Dream Big Collection" for kids
  • Have a set routine for dinner, bath, teeth, story and bed – or the like. Remember kids thrive on routine
  • Celebrate milestones, both large and small.
  • Make a Family Calendar and write in some great events
Don't move too far from your family. Keep them rite into your heart ;)


Kanda, I miss the moment when you woke me up and pray together - ask for the forgiveness from ALLAH and happiness

Learn From Others

Bismillah,

Have you seen Nanny 911 & Supernanny? Maybe I'm a bit late to talk about this when Littlemama wrote about this reality show in this link. After read that entry, I started to search this show in Youtube. One by one mistake that I made in my real life has been revealed. Do you still remember the last time you yelled, shouted and punished your children becaused they misbehaved?

Well, to me, I forgot the last day that I never shout at my kids..wahahaha. But actually there is nothing wrong with that but if it's done too often, it could really hurt them while this won't make them listen to me. Boy, I was so wrong and I wish I knew what I know now! The Nanny has told me there are better ways to deal with the kids.
  • Family routines are very important. It sounds simplistic but regular bedtimes and mealtimes are crucial. Kids will be much more comfortable and show less anxiety if they know exactly what to expect. Try to keep a consistent, but flexible, daily routine.
  • Pray together, eat together. This will be a great time for conversation and sharing your day and a great time for teaching them what you know and believe
  • TV. No meals with the TV on - they always like to eat whats inside the TV. No TV after dinner - maybe that is the best time to do homework or study.
  • Sleep. One emerging problem with a lot of children is that they are simply not getting enough sleep. Here is another place where routine contributes to good habits or else they are not only obtrusive during the adult time, but they get over-excited and don’t handle the next day well.
  • Variety. Plan lots of different activities with family - some quiet and some physical. Then lots of rest. Do not over-scheduled them.
  • Create reasonable and fair rules for certain activities and behaviors in your family – with consequences that the children understand. Stick to them, they feel more secure when they know you can be relied upon.
  • When you get angry, stay calm to avoid complicating the situation. Try to separate yourself from the current situation by just walk away. It's best not to say or do anything as most of the time you'll end up regretting them.
Well, I guess we will learn more from Supernanny.com. Oh, how I wish we will have this reality show in Malaysia!

Abah Saya Kena Pancing!!

Bismillah,

Ntah apa alasan saya letak tanda seru dalam tajuk saya di atas, padahal benda ni bukan kejutan lagi sbb ia berlaku hari Ahad lepas. Bukan pancing undi sebab kawasan abah saya ngundi YB nya sihat elok lagi dan takde menunjukkan tanda2 nak melepaskan kerusi taklukannya. Tapi ini adalah pancing ikan.

Malang Memang Takdak Bau. Kesian kat abah, walaupun dia bawak motor atas jalan, bukan dalam sungai, dia tetap kena pancing. Walaupun abah saya adalah seorang 'pakcik yang macho' bukan 'ikan yang hanyir', dia tetap dah dipancing. Sekarang fahamlah saya kenapa orang tak kasi memancing kat atas jambatan.

Alkisah, abah saya balik petang tu dengan ibu jarinya yang berbalut. Dia kata, "Cuba hangpa teka jari aku ni kena apa? Aku ingat hangpa teka 1000 benda pun mesti salah punyalah!" Haih...suka block minda orang abah ni!! Punya la saspen nak menjawab. Macam2 mende saya keluarkan utk teka apakah yg menjadi penyebab kepada ibujari dia tu.

Dalam dok teka2 tu dia cerita, "Nasib baik la depa kat hospital tu boh ubat kebas. Kalau tak, boleh terkencing aku." Huhuhu....tandanya sakitlah tu. Agaknya dah puas mainkan kitorang abah saya pun kata, "Kena mata kail". Kalau abah saya kaki pancing mcm munasabahlah kan kalau kena eksiden mcm ni?


Tapi abah saya lalu situ sbb nak beli ayam. Syukurlah kail tu masuk ibujari aje. Kalaulah ditakdirkan time tu tak pakai helmet, agaknya terabit telinga abah ai. Takpun terkena mata, nauzubillah. Huhuhu....yang menambah best, kail tu masuk kat ruas dan keluar kat semula lak tu. Jenuh jugakla org kt Hospital Parit Buntar nak keluarkan mata kail tu.


Kiranya tajam jugakla ek mata kail ni. Mmm... Alhamdulillah tak jadi pape kat abah. Dah la lepas kena dia bawak motor sendiri ke hospital. Huhuhu....kesian kat abah ai yang hensem. Lenkali kalau sape2 yang ada sedara mara ka, suami ka, anak ka...yang suka mancing, suruh la diorang memancing kat tempat yang munasabah ek.

**Budak yang memancing tu terlepas ikan yg dia dapat, tu yang kail melayang ke atas helmet abah dan mendarat ke ibu jari...pelik tapi benar!

Selamat Hari Jadi Budak Manje!!

Suhaiza,

Selamat hari jadi...Terpaksala kan buat entry dalam blog yang tak semenggah ni kan. Kalau nak cakap sendiri, sama ada kak atau hang akan muntah darah jadi pakai wish lagu ni aje la ek... :P

Walaupun hang busuk, hang tetap comel
Walaupun hang kerek, hang tetap pandai
Walaupun hang comel, kak lagi comel









Last but not least...
Tolonglah study wahai budak. Walaupun ilmu dah di dada tapi ujian itu datang dalam bentuk yang pelbagai. Kebanyakannya ujian tu tidak terjumpa jalan penyelesaiannya di dalam buku tapi datang dari olahan kita terhadap ilmu2 itu.

Semoga berjaya dalam hidup seperti yang selalu kami doakan!

Monday, May 24, 2010

Buffered Earning Saya Banyak Bila Saya Buat 4 Entry Sehari

Bismillah,

Panjang macam ketapi tajuk tapi saya taktau nak ringkaskan macam mana. Bila saya buat tajuk panjang2 tu saya dah tatau nak cakap apa dalam entry sbb tajuk saya dah cukup menyatakan segalanya. Ekekekeke....


Tapi meh la nak elaborate sikit. Saya saja buat eksperimen seminggu dua lepas, satu hari buat 4 entry, tu pun den dayo ari Isnin - Jumaat saje. Hari Sabtu Ahad flat la den. Tambah pulak mak den masak best2, campur dengan tido lewat lima hari tu, hasilnya hari Sabtu Ahad melempap tak bermaya..huhuhu...

Masa gila buat entry sampai 4 sehari, asal adik saya buat hal aje, saya sound dia, "Hang jangan buat bukan2, aku tulis dalam blog kang." :P Diorang semua dah maklum kegilaan saya ni ahahaha... Selepas seminggu, saya mula buat dua entry sehari semula. Rasa tenang sikit jiwa..ahahahaha...
Masa saya buat 4 entry sehari tu ada sampai 5 buffered earning dalam tapi skang dah tinggal 2 aje. Agak2 korang ada kaitan tak??

**

Tabik Pada Si Farouk Husein : Warung Kita

Bismillah,


Hihi...soklan pertama, ada meh (match) tak muka ai dengan Farouk Husein?? Dulu kat Taayah, ada org kata muka ai dengan Farah Sarakids nak serupa dengan Farouk. Huh..itu cerita lama lah. Time tu dia minat cerita ntah hapa nama la kan.

Semalam, ai dengan mai ai tengoklah cerita Warung Kita. Bukan nak tengok sangat dia makan apa tapi syok tengok gelagat Farouk dalam tu. Dia punya sedut sup kaki lembu siap pakai straw (eh..ke memang sll org sedut pakai straw??)

Mak saya perati betul Farouk sampai dia perasan Farouk pakai baju yang sama untuk sesi siang sampai ke malam. Saya pulak, tak perasan yang tu cuma time malam tu dia makan Lamb Chop. Kalau ikut style omputeh kan makan dengan sudu garpu kan dan ye..Farouk dibekalkan sudu dengan garpu jugak.


Tapi, Farouk Hussein tak serupa dengan Serina Chef Wan dalam Jalan2 Cari Makan. Saya kecewa bila tengok Serina makan guna garpu tu dengan tangan kiri tapi pandangan saya berubah bila saya tengok Farouk. Dia hiris dulu daging tu dan kemudian dia ambil garpu dari tangan kirinya dan makan dengan tangan kanan.

Wah...yang lebih bagusnya, produser Warung Kita lepaskan gambar itu. Manalah tau kan kot2 lah konon2nya nak jaga etika dia suruh ulang semula makan ke kan... So, utk ni, saya tabik spring lah!

*Saya pernah pergi ke rumah roommate BFF saya dan dinner malam tu adelah Lamb Chop dan kami dijamu guna sudu & garpu. Akibat saya tak reti potong daging tu, saya kata saya kenyang sedangkan masa tu lapar gila. Ahahahah.... Pdhal, takde sapa2 pun suruh guna etika meja makan. Sungguhlah jahil ketika itu...huhuhuhu

**Farouk dah pentingkan adab makan dari etika yang omputeh reka. Kita macam mana??

Sunday, May 23, 2010

Tag 15 Soklan

Bismillah,

Jeng..jeng....skang dapat tag dari Izan pulaks...memang bagus ada org sedekah topik kat saya utk blogging.

1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Buat derk... :P Islam mengajar supaya kita tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Kerana itu dikatakan sabar separuh dari iman. Bilamana kita beriman, maka kita akan diuji :)

2) 6 orang di hati anda?

Sdg elok je suami saya sorang dan 5 anak saya. Huhu....takleh letak lebih ek?? Saya nak masukkan my parents dalam senarai jugak

3) Anda rasa anda comel?

Haih...tak reti le masuk lif, tekan naik sendrik padahal ayat ni pun dah tunjuk ko naik lif Pijah. Mcm nilah...saya syukur je, lubang idung besar pun ada yang sayang :P

4) Single or taken?

Ai bini orang, laki ai sayang ai... ;)

5) Blog yang anda suka?

Owh...susahnya....to be fair, saya suka blog Saiful Islam, Zaharuddin.net, Maza.com dan yang sekufu dengannya.

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Mmm....well, at least saya lipat toto setiap hari.

7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Ringtone tepon saya lepas Nejad saya tepon tadi. Lagu nasyid bertemakan persahabatan yg daku nggak tahu tajuknya (huh! sll fail nak hafal benda2 mcm ni)

saya dah google :

Hadiah Buatmu Teman

Album : Untukmu Sahabat
Munsyid : Amar, Saujana & Saff-One
http://liriknasyid.com


Jalinan persahabatan
Kita abadikan sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman
Hidup di dalam perjuangan
Kasih sayang kuhadiahkan buatmu teman
Untuk kau simpan ingat-ingatan
Jadinya bekalan perjalanan
Hidup di perantauan gunung didaki
Lembah sama dituruni
Kita diuji berulang kali
Nyata setia sebati
Syukur padamu tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah iman
Hadiah kasih sayang
Cinta seorang teman
Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin dilupakan.

8) Last text message?

Dari suami : (rahsia sori)
Dari saya : Kalau tak faham bahasa saya, pergilah beli...saya ikhlas (bila saya nak bg telekung kat anak BFF saya tapi dia sibuk nak beli)

9) Hari terakhir anda menangis?

Dlm last week, bila orang kata saya tak OK bila saya sebenarnya sedang OK. Bosan dengan pandangan orang sdg sebenarnya kita lebih tau diri kita kansss

10) List lima color favorite anda?

Baju saya byk kaler koko, tudung saya banyak kaler krim, kasut saya selalu hitam, barang saya banyak kaler hijau, kedai saya kaler kunin :P

11) Orang terakhir anda ber-YM?

Redzuan..uh tak pasal2 masuk nama hang! Gara2 nak tanya pasal kawan dia datang nak buat spek. Anyway, thanx, sian dia mai dari jauh :P

12) Game paling anda suka?

Super Bomberman dalam enpon.

13) Adakah anda peminat MCR?

MCR?? Apakah itu? -Izan, saya pun tatau (Mak Cik Rehan kah?? Kalau itu saya suka :P)

14) Apa perasaan anda jawab tag ni?

Mmm...ada part best, ada part tidak. Saya tak minat soklan spt adakah saya comel atau bilik saya kemas ke tak. Turutkan rasa, saya jawab saja "Tak" tapi nak jaga air muka sendiri dan kalau nak jawab "ya" nnt org kata 'ek eleh'.

15) Anda rasa tag ini best?

Sejak akhir2 ni saya minat buat tag tapi malang sekali saya tak reti nak tag orang. Maka sekali lagi, sape yang baca...bolehka amik??

**Ntah2 sayelah yg bertanggungjawab tak menyambung tag :P

Ikan Yu : Tambah Susu Badan

Bismillah,

Selalu dengar, tapi tak pernah amik port. Sampailah sendiri terjadi kepada saya. Tulah dia bila orang mencadangkan sesuatu tapi kita tak pernah amik port kan. Macam tak appreciate langsung apa cadangan orang pada kita sedangkan orang bagi cadangan tu untuk kebaikan kita kan.

Okeh, satu petang yang lapar (apakah??) saya pergilah ke kedai makan utk membeli makanan (terpaksa kantoi tak masak lagi). Maka ternampaklah satu lauk yang luar biasa. Saya pun tak cover dah terus tanya, "Ni lauk apa??" dan adik tu kata, "Tu hati ikan yu."

Kalau tengok tu memang dah hancur dah. Tapi sbb saya kan suka try sbb saya takleh nak try makanan yg best2 mcm dalam blog Mamatisya tu, maka gigihla beli RM tgh dua hengget (teka berapa harganya??). Sekali masa nak makan, saya rasa dia lembik2 mcm dadih tu. Bayangkan dadih di dalam kari dan ia adalah sangat lembik dan saya tiba2 rasa geli nak makan.

Walaupun geli, sempat jugakla dua sudu hati ikan yu tu saya makan. Membazir je selebihnya tu!! Tiba2 sepanjang dah bersalin ni tak pernah rasa bengkak susu, alih2 boleh pulak bengkak susu dan perubahan tu bagi saya adalah drastik. Saya rasa mcm "Wah!!Apsal aku tak pernah makan ikan yu seblom ni, tu baru makan hati dia je."

Satu lagi yang biras saya nun di Johor sana cadangan adalah bubur kacang hijau. Ada org kata hanginlah ape, so saya tak buat2 lg sampai skang. Yang ni harus kene buat kang biras saya kata saya malas masak lagik..ahahahah...


Cara lain menambah susu badan boleh rujuk blog MommaMia ni :)


Saturday, May 22, 2010

Kucing, Apsal Asyik Teringat Kokucing??

Bismillah,

Korang ingat tak kisah kucing yang saya selamatkan aritu dalam link ini. Hari keesokannya, seekor lagi hilang tapi saya tak cari pun. Saya tau hilang sebab masa saya tengah kalut bancuh susu Arwa, tiba2 ada bunyi kucing kat luar rumah. Saya memang asyik teringat2 kat dua anak kucing tu sbb saya risau mak dia mati. Jadi bila dengar kucing ni mengiau, rasa runsing la jugak.

Mula2 saya jenguk dari luar tingkap. Ngeri nak keluar terus sebab saya risau mak kucing tu makan anak dia. Sebab bunyi anak kucing tu macam kesakitan. Kalau betul dia makan anak dia saya tak berani nak keluar sebab tengok kucing kene langgar kete pun saya jadi susah nak lena. Tapi saya nampak mak nye aje duduk senyap tak bergerak2. Saya dah mula pelik.

So, saya keluarlah jugak pegi jenguk. Yang suprisenya, kali ni mak kucing tu tak lari cuma dia mengelak sikit je dari saya. Memang tak jauh dia elak pun, tak sempat 1 meter pun dari saya sedangkan dia kucing liar. Heran jugak, semalam dia redah air sbb takut dengan saya. Rupa2nya, anak kucing tu terjatuh dalam longkang dengan 4 kaki ke atas dan ada bata jatuh atas badan dia.

Huhuhu...alhamdulillah tergerak juga hati saya nak keluar tengok. Cuba kalau saya tahan diri dari keluar rumah masa tu? Tengok2 nanti saya lagi menyesal sebab tak tolong kucing tu. Lepas je angkat bata tu (sori aa tak tangkap gambo dulu...ahahaha....dasar blogger kans??) terus anak dia bangun gi kat mak dia dan menyusu. Ya ALLAH rasa nak nangis tengok.

Apalah agaknya yang mak kucing tu fikir ek. Masa saya sampai tu dia termenung je kat tepi anak dia. Agaknya dok fikir mcm mana nak selamatkan anak dia tu. Tak sempat pun nak gi cari sekor lagi ada kat mana sbb saya takut ternampak kucing yg mati semalam. Kot2 lah abah saya tak tanam lagi ke... Saya bukan takut tapi mcm tak kuat lah nak tgk kejadian2 yang mcm ni. Huhuhu....

Arini tak dengar plak bunyi anak kucing tu. Tapi dengan mak2 nye sekali takde bunyi. Saya intai sikit2 nak tengok diorang pun takde. Mmm...kalau korang umur tak panjang, jgn lah mati kat sini ek. Nanti aku nangis sampai tua kang....Sob sob sobbbbb.....



Sila jgn dera kucing...tak baekk!!! :P

Kami Ada Sekurang2nya 20 Pasang Gunting??

Bismillah,

Tajuk keji ni tercipta bila ketandusan idea. Kebetulan tadi saye dan somi saye berbalas mesej.

+ Alhamdulillah, Asmaa' dah pandai baca, tapi yang pelik nak ngeja susah, baca buleh plak
- Pelik jugak ek. Abg beli 10 gunting budak2 rm 1. Tgu anak2 balik aje...
+ Huah..saye baru je beli sedozen gunting jugak!

Haduih...ni lah masalahnya bila sorang duduk German, sorang duduk London kan? Mujur la time ni duit kami tak berapa banyak. Dibuatnya kitorang tgh kaya, dia beli jet, saya beli aeroplane mcm mana???

Hopefully gunting yg kami beli tak sama. Saya beli gunting yang ada corak2 tu yang mcm ni :


Mintak2 abah diorang beli gunting yang lurus tu...huhuhu

Friday, May 21, 2010

Bagaimana Untuk Report Phishing Email (Maybank)

Bismillah,

Sebenarnya dah kerap kali dah dapat dan saya yakin ramai juga yang dapat email macam ni. Selalunya kita buat tak kisah je kan tapi satu hal yang tak bestnya, bila kita tak kisah maka mereka yang tak bertanggungjawab ni akan kenakan orang lain pulak. So, apa yang patut kita lakukan?

*Disebabkan saya tak reti nak buat printscreen guna laptop mak saya ni maka saya copy paste aje ek..

**********************************************************

Maybank2u.com Account Verification

Tuesday, May 18, 2010 10:58 PM
From:
To:
sitisifir10@yahoo.com
Maybank2u.com

Dear Valued Customer,(Apsal dia taktulis nama kita kan??)

Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in your account. Your account has been restricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party. Your immediate attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be temporarily closed if not activated now..

Active Below


http://w-report.in.th/mbb/m2u/common/


click on url or just copy and paste the url address





Thank you for Your Undersatanding and support



Thank you , Maybank Berhad

***********************************************************************

So kalau dapat email yang ni

  • Pergilah ke laman web Maybank itu sendirik
  • Di situ kat bhgn tghnya ada How Do I... > Report Suspicious Email
  • Kemudian isi form tu
  • Yg penting isi kat URL phishing site dan kemudian kita akan dapat mesej ini

We thank you for the notification. We will do the necessary to shut down the phishing site as soon as possible. Thank you. Cyber Security eChannels.

Selalunya saya takkan dapat email dari URL yg sama. Tapi heran la...dah banyak dah link mcmni. Tensi...tensi.... Kalau dapat dari Maybank satu hal, yg saya geram takde akaun CIMB pun dapat jugak! Huhuhu...

Thursday, May 20, 2010

Apa Khabar Uwaiys & Usamah


Bismillah,

Haih...terasa lamanya nak pindah barang ke Pasir Putih. Semalam pun suami saya sudah mula sound direct suruh saya rajin masak. Huh..belum sampai sana sudah kena sound :P Sabar la kan...ai pun bukanlah bercadang nak duduk senang lenang. Kebetulan smlm keluar berita pasal wanita di Kelantan dapat cuti bersalin 90 hari, dia pun usik saya tanak jadi cikgu YIK (Yayasan Islam Kelantan kot) ke?

Saya bukan taknak jadi cikgu tapi anak murid saya kat umah sudah ramai. Baik jadi cikgu diorang aje. Tapi kalau budak2 kampung tu nak belajar, satu yang saya boleh tolong ajar mereka adalah matematik. Masa awal2 kawin dulu, masa tu baru Asmaa' je ada, saya ngajar Matematik dan budak2 yang datang belajar tu ade le gak 10 orang yg nak amik SPM. Alih2, ade pulak makbapak situ suruh saya ajar UPSR pulak. Tapi masa tu saya tak amik upah pun. Saja seronok nak share ilmu aje.

Suami saya pulak, dia juga minat dengan natural parenting ni. Tambah pulak dia nak lepas ni, kami sama2 jaga pemakanan anak2 ni, so benda2 yang ada bahan pengawet macam kicap sop tu semua kenalah daku elakkan nanti. Udahlah tak pandai masak daku ni...huhuhu... Takpe, bihun goreng kalau sll campur kicap, lepas ni buat bihun Singapore lah kan contohnya. Kawan2 yang kat luar tu, share2 lah resepi korang yang tak campur bahan pengawet tu ye.

So, apa cerita Uwaiys? Ini beberapa mesej abah diorang kepada saya.
  • Uwais dah makin sehat. Makin cergas. Air muka makin bersinar. Makin berat.Makin bnyk buat lawak. (Ini adalah ayat utk menggoda saya cepat ke sana...saya benar2 rindukan Uwaiys)
  • Lalu dkt kandang ayam Uwaiys ttp hidung dia kata yek bau taik Arwa (apsal Arwa yang jadi mangsa ni Uwaiys??)
  • Uwais suruh amik kakak dgn umi dgn opah bawak mai sini (yang sadis tu ada nama Opah sekali...huhuhuhhhhu)
Usamah pulak?
  • Usamah kata abah ttp la sikit tingkap tu nanti masuk kapal terbang masuk dlm hidung abah nnt hidung abah jadi besar mcm kapal terbang (Kami tak bagi anak2 buka tingkap kereta luas2 sbb takut diorang hulur kepala ke luar. Masa diorang kecik dulu, abah diorang sll kata kalau bukak tingkap luas nanti kapal terbang masuk langgar kitorang. Skang ni sampai kitorang pulak yang takleh bukak tingkap...wuwuwu)
  • Yg ni bukan SMS - abah diorang bgtau, Usamah sll kata kalau rumah yang di Pasir Putih tu rumah kitorang, kenapa kakak, umi arwa dgn ahmadi tak di bawa sama? Huhuhu...manyak susah hati dengar soklan ni sob sob...
Sabarlah anak2, insya ALLAH tak lama lagi masa tu akan sampai juga.




Saya Kuat Merajuk Di Usia 30 :P

Bismillah,

Seblom saya mulakan apa2, saya nak wish tenkiu pada pengunjung2 baru yang sll je ngintai blog ni. Tapi apsal tak tinggal komen, supaya saya pun kenal korang. Smlm saya terima mesej dari nurulhuda.

nurulhuda: slm. sy suka baca blog akak, ala2 secret admirer dah sy ni :)

Muahahaha....sebab saya ni berkulit gelap gulita, maka muka saya tak jadi merah. Buat malu je kan dapat mesej macam ni dik Nurulhuda. Awak baca entry ni lepas tu tapis balik status 'ala2' awak itu akan upgrade atau terus tak jadi dah nak follow blog hakak ni... muahahahaha... ngeri taks??

Anyway, thanxlah kepada mereka2 yang berkunjung ke blog ni. Bukan hape, ALLAH telah menetapkan saya rasa meriah dengan kehadiran korang dan Nuffnang saya tu, sampai ari2 saya jengah sebab jakun kan nak tengok amaunnya naik dan naik dan naik dan lagi dan lagi :D BTW, nurulhuda, insya ALLAH lepas ni kita lawan skodeng ek, kamu skodeng sini, k.Pija skodeng ke sana.

Back to the topic...huhuhuh..dulu Pija adalah seorang yang bila orang merajuk, baik dia salah atau dia betul, selalu dia lah pujuk. Tak kiralah dalam keluargakah, dengan kawankah, dengan suamikah. Tapi sekarang, dia sudah berubah dan perubahan tu sebenarnya mengundang dua perasaan lain.
Perasaan lain itu adalah, satunya dia sakit sebab dia merajuk. Ye lah, dia ni jenis malas nak merajuk/cari gaduh tapi bila keadaan mendesak, merajuk jugaklah akhirnya. Keduanya, dia selesa dengan keadaan ni. Hah...kerana rasa selesa nilah saya jadi keliru dengan diri saya. Saya tak kisah bila tak saling contact dgn BFF (Best Fren Forever), saya tak kisah tak dihubungi dan tak menghubungi suami saya (ni bukan nak kata saya tgh gaduh dgn hubby ai ek...skang kami tgh baik2 aje).

Mmm....saya keliru bila saya banyak memendam sehingga keluar sifat2 negatif saya dan saya tak sukakan ini. Saya tidak mahu benda macam ni tapi sekarang saya dah buat. Sebelum ni saya selalu cakap kat orang, 'maafkan saja org itu org ini' tapi sekarang, saya pelik dengan diri saya. Ohh...satu persatu perkara yang dulu saya elakkan kini hampir sebati dalam diri saya.

Saya tak percaya umur 30 telah menyebabkan saya jadi begini. Saya pun sedar saya bukan budak lagi nak dipujuk2. Tapi saya taknaklah juga melakukan benda yang sama kan. Balik2 kene pujuk org, nak juga rasa menang bila dipujuk. Hihi...so, apakah motif saya keluarkan entry ni??? Ntahla...saja nk dgr korang kata hape kat kotak komen saya.
**Ko ni Pijah, takdo kojo lain agaknya sampai keluar tajukni? Nampak sangat kamu dah tua sampai hilang idea :P

Berani la tak komen, nanti kami MERAJUK!!! :p

Wednesday, May 19, 2010

Hujan Menguji Ketangkasan

Bismillah,
Sape yang duduk area Parit Buntar tahulah betapa lebatnya hujan. Staff saya Cik Timah anto mesej lewat tiba kedai sbb ada jalan kat sini naik air. Staff baru saya Cik Mira dengan gagahnya bawak moto dalam hujan, seram ku dengar sbb risau jadik pape, belum potong Perkeso lagi dia nih.. Cik AsQamar plak sampai dilema, nak gi keje naik kete ke jalan. Padehal rumah dgn kedai sll tak dan 3 minit dia jalan sudah sampai...ahahaha..

Itu cerita staff saya. Cerita saya lebih ngeri. Saya kan puan bos lah konon2nya. So, kul 9 dok sedap lagi nyusukan Ahmadi atas tilam. Sbb atas tilam lah saya terlena balik padahal atas tanah pon ko lena Pijah wei. Alih2 terasa air menitik2 atas kepala. Barulah perasan yang hujan kat luar. Padanlah saya lena padahal panas litlit pun hang lena Pijah wei.

Rupanya, kebocoran dalam rumah. Saya pasang aje lampu, saya tengok rumah ni sudah penuh dengan air. Arwa dengan Ahmadi lena lagi so saya amik kesempatan kumpul baldi dan tadah air. Dkt ruang tamu under control, rupa2nya kat bilik Epit air sudah penuh. Waaa....kalau orang tgk mmg rasa nak nangis. Serius penuh. Silapnya bukan apa, kat atas bumbung umah ni ada sesuatu yang menyekat pengaliran air so, air tak turun melalui saluran yang sepatutnya.

Sekali dok kelam kabut perah kain yang basah tu dengar pulaklah bunyi anak kucing melalak kat luar. Haih...baru teringat ada sekor bonda kucing dah letak 3 ekor anak dia kat luar. Elok je saya keluar tu, nak amik anak kucing tengok2 mak kucing tgh dok menung kat bawah bumbung. Rupanya air kat belakang umah mak saye dah penuh dengan air.

Mak kucing ni kucing liar so dia lari lintang pukang padahal tpt tu banjir tu...huhuhu...saya bukan nak pukul dia, tapi saya nak tolong amikkan anak dia dah dia tak leh nak amik anak dia tapi dialak lari terjun dalam air. Sekali saya pergi redah air tu dah paras betis. Haihh... tengok2 sekor anak kucing mati sudah. Sangat sedih.. dan mulalah terfikir, kalaulah tadi saya awal sikit teringat kat kucing tu kan, ntah2 panjang lagi umur anak kucing tu.

Pastu kilat petir bunyi dan Arwa terkejut dan terus nangis, tapi dia nangis ngigau aje. Dia lena semula atau mungkin dia takut nak buka mata sebab dengar bunyi petir tu. So, sempatlah saya lap2 sikit kucing tu. Nak jamu Anmum Essential Arwa, kucing tu tanak...suami saya lak pesan jangan jadi mak kucing plak :P Ai kan isteri solehah, kene la dengar cakap suami.

Lepas tu saya sambung dengan lap satu rumah. Udahla sejuk redah hujan, saya pasang kipas kuat2 supaya lantai cepat kering. Ahmadi pun, sepanjang tu takle meragam teruk. Lepas mandikan, saya susukan dia dan dia tidur semula. Arwa pulak, terpaksala jamu dia dengan cerita Nasib Do Re Mi. Wahh...dia suka tgk cerita itam putih lebih dari tgk kartun.

Akibatnya semalam saya sampai ke kedai dalam kul 1. Mcm mana ni nak suruh staf tepati masa kalau bos dia spesis mcm saya? Huhuhu.... Semasa dok menaip ni sebenarnya sedang dok pikir apekah dan dimanakah mak dgn anak kucing tu. Anak saya sedang sedap2 tidur ntah macam mana ek mak kucing yang dah kematian sekor anaknya dan ape kabo le 2 lagik anak dia.


Eh eh...rasa nak nangis plak!!

Tuesday, May 18, 2010

Jika Soya Tidak Elok, Apa Alternatifnya??

Bismillah,

Semalam, saya taip pasal soya tanpa memikirkan alternatif sehingga saya rasa tersentap bila YatieJay tinggalkan komen di blog saya. Sekarang kemungkinannya ibu2 yang memberi anak mereka susu soya akan sentap dengan isi entry saya semalam. Saya terlupa fikir tentang mereka yang anaknya alergi kepada susu ibu dan anaknya pula sudah melebihi usia dua tahun untuk disusukan dengan susu badan.

Jadi semalam saya Google merata2 dan saya dapat bbrp artikel yang saya rasa sesuai. Sekali lagi tolonglah baca sendiri wahai kengkawan. Sebab saya masih dalam mood yang 'malas nak cerita' :P. Ha....tu jgn salah faham no, saya happy2 aje cuma tak dayo nak blogging sangat. Tak minat bah menaip dari laptop tapi takkan nak hangkut komputer saya ke sana sini plak kan...

OK, ini artikel yang sesuai, tolong baca dulu..lepas ni saya cuba simpulkan sikit :
1. Dalam entri ini, ada petikan yang menyebut ini :
Acid washing in aluminum tanks leaches high levels of aluminum into the final product. As a result, soy-based formula also has over 1000% more aluminum than conventional milk based formulas. Breast milk is best, but if one, for whatever reason, cannot breast feed, then Carnation Good Start until six months and Carnation FollowUp after that seem to be the best commercial formula currently available. The milk protein is hydrolyzed 80% which tends to significantly decrease its allergenicity.

OK, utk perkataan yg saya boldkan itu, saya searchkan kalian produk itu, tapi saya sangat tak pasti produk tu ada ke tak kat Malaysia. Sila baca review produk itu di sini.

2. Saya juga terjumpa artikel dari Indonesia iaitu Susu Soya Bukan Solusi Bayi Alergi Susu Lembu. Sila baca..tapi tiada alternatifnya di sini.

3. Ini pula artikel dari Malaysia berkenaan susu soya. Juga tiada alternatif.

4. Sila juga baca entry ini untuk artikel dari Berita Harian yang diambil dari SusuIbu.com. Di dalam link ini juga ada yang mencadangkan susu Anmum tapi which susu saya tatau la...Arwa saya pun saya kasik Anmum bukan sbb saya banyak duit tapi sbb dia minum Dugro packing baru ni dia cirit. Uwaiys & Usamah pulak abah diorang beli susu lembu fresh dari Pejabat Haiwan dan bg diorang minum. :)

Jadi, kepada yg lebih tahu, silalah tinggalkan komen utk kongsi tentang hal ni. Satu yg sy terfikir adalah cari sumber kalsium dari cara lain (pemakanan harian). Mmmm...apa kata kawan2 yg lain??

Monday, May 17, 2010

Soya - Lebih Negatif dari yang Positif

Bismillah,

Sebenarnya, saya temui ini secara tidak sengaja. Saya baca mengenai vatican dan di dalamnya terjumpalah saya akan perenggan di bawah :


********************************************************************************

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi,

buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.

so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.

Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.

Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.

Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.

Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,

contohnya coke dan maggi.

Coke tu sangatlah beracun,

pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan,

para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya

(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),

namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki

dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,

kanser ovari,

kanser prostat,

serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,

magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


************************************************************************************

Kalau korang nak baca cerita penuh tentang vatican ni baik korang baca sendiri tentang perancangan jahat orang kafir terhadap kita orang Islam. Yang saya nak share ni adalah tentang soya. Sejak akhir2ni saya sakit segala macam sendi...ia terjadi lepas saya beranakkan Ahmadi. OK2 saya akui, saya pun bukanlah pantang sangat.

Selain tak pantang, anak saya pun dah ramai dan saya pun dah tua (ayat paling sadis untuk saya tuturkan - ngeh hehehehehe). Tapi saya mula minum soya hampir setiap hari selepas bersalinkan Ahmadi dan saya tak pernah rasa tak selesa dengan sendi2 saya ni sehinggalah ke hari ini.

Korang, status saya sekarang adalah 'TAKDO MOOD'. Jadik nye korang tgklah lanjutannya di link ni pulak. Maaf la ek...huhuhu...beku kepala skang ni.