Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 Dan Saya : Adakah Berjaya??

Bismillah,

Walaupun dikatakan berjaya oleh penganjur, saya masih mahu menunggu apa respon dari Agong dan pemimpin negara, seterusnya agenda yang diajukan dijadikan satu resolusi yang akan direalisasi. Selepas itu, barulah saya melihat kaedah ini berjaya. Namun, indirectly, bagi pihak pembangkang, gelombang kebangkitan rakyat sekalipun tanpa baju kuning ini dikatakan berjaya. Hakikatnya, perjuangan kumpulan ini masih panjang. Kita lihat sahaja setelah kita berusaha.

Oh ya... selepas berusaha, kita mesti berdoa. Insya ALLAH walaubagaimanapun sekali ujian yang melanda, haruslah kita lalui dengan tabah. Sekalipun sekali ini doa kita tidak makbul lagi, maka perjuangan akan diteruskan lagi. Berjuang dan berdoa tanpa erti putus asa. Ya...ada kala orang berkata, barangkali doa tidak dimakbulkan oleh ALLAH adalah kerana kita tidak berdoa kepada kebaikan. Wallahu a'lam. Siapa tahu kita di sebelah yang mana, yang mahukan kebaikan yang benar atau mahukan kebaikan yang hakikatnya adalah kemungkaran. Jawapannya kita tidak dapat di dunia tapi ia akan terlihat di akhirat sana kelak.

Saya ingin sekali minta sahabat2 yang membaca apa yang saya tulis ini, membaca juga tulisan Ustaz Love ini kerana cara fikirknya adalah hampir menyamai cara fikir saya juga (berhubung hal ini sahaja).

Sebagai rakyat Malaysia, saya masih berbangga dengan apa yang saya baca di wall BERSIH ini. Perasaan itu sukar hendak saya gambarkan. Saya faham polis menjalankan kerja mereka sesuai dengan arahan yang mereka terima dan saya kagum dengan disiplin peserta BERSIH ini.

Saya copy sedikit apa yang menarik di wall BERSIH ye....


  • setiap kali canister di tembak hujun turun dengan lebat secara tiba2.
  • laluan angin menyebelahi peserta. Asap ditembak menghala semula kepada polis
  • polis mengejar peserta. Mereka begitu berani masuk ke dalam crowd memukul. Tetapi disebabkan disiplin peserta berjaya tenteram keadaan
  • walau apa pun terjadi peserta melaung agar tiada provokasi dilakukan.
  • setiap provokasi, dipatahkan oleh peserta yang lain. Cekap.. Jangan Provok! Jangan Provok! Itu laungan yang tak putus didengar..
  • di Pudu, ada peserta mnyusun Kon jln diatas jalan utk halang FRU tp dimarahi peserta lain & dikosongkan semula utk kemudahan FRU. Tahniah
  • Pattern DEMO kali ini pelik. Demonstrator lebih berdisiplin sebagai balasan Polis menjadi lebih ganas. Bersih tetap inginkan keamanan.


Gambar yang menarik :

  

   

 

  

Walaubagaimanapun, ada satu kematian dan kita terima ini sebagai takdir. Tidak sekali-kali kita cuba menyalahkan pihak yang menyembur gas kerana mereka melakukan kerja mereka dan adakala keadaan itu tidak menyebelahi kita. Semoga, perjuangan itu adalah perjuangan arwah untuk menegakkan kemakrufan dan akan diambil kira sebagai satu amalan yang diredhai ALLAH.

Sahabat saya sekelian,
Saya memohon kemaafan, andai kata ada tulisan saya ini merobek2 perasaan kalian. Saya ingin sekali membaca apa pendapat kalian. Ya....saya pasti, ramai sekali yang kecewa dengan keadaan trafik KL yang sangat buruk sejak akhir2 ini. Tapi saya berharap, semoga kesabaran kalian sentiasa akan ada nilainya di sisi ALLAH.

Saya tidak dapat mengelak untuk menulis hal ini sejak mula suami saya pergi meninggalkan saya. Otak saya terus menerus mengarang ayat2 dan sehingga ini, terasa legalah saya dengan apa yang telah saya tuliskan. Tidak sesekali terlalu taksub mengatakan suami saya pergi berjihad untuk menegakkan agama tetapi tidak lain hanya mahukan keamanan di bumi Malaysia tercinta.....itu sahaja.

Salam sayang buat semua..

*Sungguh, saya masih tidak prejudis dengan mereka yang tidak sealiran dengan saya. Kita masih sahabat, masih lagi saudara.....

6 comments:

  1. Pija,

    walau ramai yg pandang serong (byk baca di twitter, terasa pedih sampai ulu hati.. ramai yg melatah yg bukan2.. ).. tp kakyong pun mcm pija.. salute dgn peserta BERSIH ni..


    dan kakyong yakin, kawan2 kakyong pun ramai yg sertai BERSIH..

    ReplyDelete
  2. kak pija, semua org berhak ada pndgn masing2.kalau dia rs dia benar apa kita kata pun ttap tak dpt dilihat..ttap terhijab dek pndgn mata wlpun ia jelas di pndgn..yang hnya berkuasa mmbuka hijab itu cuma Allah...hanya doa sbgi pngantar semoga kebenaran akan dapt dilihat oleh semua org...

    ReplyDelete
  3. doa dr jauh, semoga kebenaran akan menang suatu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Kakyong, masing2 menulis ikut fahaman masing2...kita punya cara fikir dan mereka ada cara fikir mereka juga... tinggal lagi nak take and give aje...

    Qay, sebagaimana mereka lelah nak memahamkan kita, mcm tu lah juga lelahnya nk memahamkan diorang

    Yatie....doa jangan tak doa... :)

    ReplyDelete
  5. saya tak sokong mana2...tapi sebenarnya traffic jem tu bukan salah BERSIH...salah polis yang rajin nak sekat jalan raya...dari 3lane, jadi 1 lane...sakit hati...polis siap pasang khemah kat highway tu....huhu

    ReplyDelete
  6. sambil membaca dan berfikir..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!