Friday, June 05, 2009

LURUSKAN SAF ! RAPATKAN SAF !

Entry dibawah saya dapati dari satu email yang juga saya tak ambil siapakah penulisnya. Maafkan saya...


Sengaja saya letakkan tajuk ini kerana :

  • dah lama saya tak bincangkan hal sebegini dalam blog ini
  • saya frust kalau pergi solat tarawih ke, asal gi masjid jumpa hal mcm ni

Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam solat jemaah. Akan tetapi amat mengecewakan apabila ungkapan tinggal ungkapan, tanpa perlaksanaan. Kita masih melihat ahli jemaah menjauhkan diri dari satu sama lain. Ada yang marah apabila dirapati atau ditarik untuk merapat. Walhal, hakikatnya, saf dalam solat melambangkan persatuan dan kesatuan umat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Adalah menjadi kewajipan IMAM untuk memastikan saf dibelakangnya lurus dan rapat sebelum bertakbir, sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW,

Dari Nu'man bin Basyir RA berkata, "Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Atas kesedaran tentang pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab RA mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!" (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233).

Satu kesalahan yang menyelisihi sunnah, sering kita lihat di mana imam menyeru, luruskan saf! rapatkan saf! Lalu terus bertakbir memulakan solat tanpa melihat samada ahli jemaah melakukannya. Betul jugak ek?? Nape tok imam tak ejas jemaah dia dulu?

Anas bin Malik RA berkata, " Masing-masing dari kami (dahulu) menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka menjadi seolah-olah KELDAI LIAR. (tidak suka dan menjauh). " (HR Abu Ya'la dalam Musnad 3720, Silsilah Sohihah 31)

Bushair bin Yasar Al-Ansari berkata, dari Anas RA, "Bahawa ketika beliau (Anas) datang ke Madinah, beliau ditanya, ' Apa yang engkau benci pada mereka semenjak engkau mengenali Rasulullah SAW ?' Beliau menjawab, ' Tidak ada yang aku benci dari mereka kecuali mereka tidak merapatkan saf." (HR Bukhari 724, sebagaimana dalam kitab Aktha Almusollin, Syaikh Masyur Hasan 207).


Sekiranya perkara ini diremehkan, maka kaum muslimin akan:

  • Memberi peluang dan ruang untuk syaithan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)
  • Berpecah dan banyak beselisih sebagaimana telah disebut dalam hadith sebelum ini.
  • Hilang pahala yang besar, sebagaimana diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang menyambung saf." (HR Ahmad 4/269, 285, 304).


Alangkah ruginya kita apabila tidak mendapat pahala solat sepenuhnya hanya kerana kita lalai atau mementingkan keselesaan peribadi, lihat sabda Nabi, "Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah." (HR Abu Daud, An Nasai).

Alhamdulillah, semoga dengan kesedaran ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi SAW. Sabda Rasulullah SAW, "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).


Lalu kawan2 dimanakah letaknya kita??

Mengajar Anak Membaca

Bismillah, saya dapat email di bawah :

--- On Tue, 6/2/09, Mohd Rehan, Nur Hazwani wrote:

From: Mohd Rehan, Nur Hazwani
Subject: Mengajar Anak Membaca
To: sitisifir10@yahoo.com
Date: Tuesday, June 2, 2009, 2:53 PM


Salam..
Kak siti..saya wanie dri johor bahru..sya suke sgt bce blog akak..selalunye yg akak letak kt mahligai tu la.. sbb kt opis nie xde access internet..
Bile baca blog akak berkobar² semangat nk mengajar anak..fyi..umur saya 27 (july nnt lah..skang nie tgh muda sket)..anak dh 2..
Yg 1st tu 5yrs 2nd tu msk 2yrs..2-2 lelaki..actually sye ade problem sket kak bab mengajar ank² nie..sye interest tu ade skill pulak xder..ade jugak beli buku abu ada ayam tu….tp yg sadisnya si adik dh campak flash card tu kt longkang…sorang pon xsedar..bile sedar flash card pon dh xbleh nk flash lg sebab dh kuyup basah dek hujan…
So kalau xkeberatan boleh x akak ajar saya cara² camner nk kasi ank interest dgn ape yg sya nk ajar nnt..lg 1 hal sya xberapa panda ink mengajar fonetik..1 lg yg musykil…kalo ajar BM & BI byi fonetik tu same ker x?
Harap akak sudi nak bantu saya..terima kasih byk² yer..
Salam
wanie

Saya jawab email itu begini :

Bismillah,
Wanie, sori akak lambat reply email ni.

Camne nak bg anak minat utk belajar?
Sbnrnya budak ni, dia minat buat apa2 benda je sama2 dengan parents dia. Jadi, kita sebagai mak ayah kene selalu ada sama bila dia pegang buku, pegang mainan, masa dia makan, masa dia nak tidur. Sbb fitrah budak, dia memang akan perlukan mak ayah dia. Mcm tu jugak untuk mengajar dia membaca atau mengaji. Yang terbaiknya adalah kita yang mengajar mereka sendiri.

Bab nak mengajar fonetik..
OK actually akak pun tak pernah pergi kursus yang ajar cara utk kenalkan anak dengan fonetik. Tapi kalau wanie beli buku yang mcm akak sebutkan aritu, dia ada panduan umum utk mengajar. Actually buku yang akak cadangkan aritu sangat membantu untuk mengajar anak cepat membaca. Kalau boleh start sebelum anak tu dihantar ke sekolah sbb takut sistem tu clash dengan sistem yang kita gunakan.

BM & BI sama kah?
Hihi...sllnya cara sebutan dia mmg tak sama kan? Tapi dengan menggunakan kaedah ni, caranya dah tak jauh. Sangat hampir untuk dijadikan asas supaya anak dapat membaca. Jgn bimbangla untuk mula mengajar sbb kadang2 kita tak sedar yg anak2 kita adalah seorang fast learner. Mereka mcm span yang menyerap apa saja ilmu yg kita bg.

OK wanie, moga ALLAH mudahkan ;)

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
YM : sitisifir10