Penguatkuasa sll ditakuti betul? Tapi ramai manusia yg tak takut pada ALLAH dan Malaikat sbb ALLAH dan Malaikat tak tangkap org yg buat salah kan? Tanpa kita sedar, mmg kita tak ditangkap sekarang tapi kesalahan kita akan dicatat. Seterusnya di Akhirat sana kita akan di dakwa. Bukan ke itu lebih menakutkan?
Walaubagaimanapun, ALLAH tidak semudah itu utk menghukum kita. ALLAH masih ada pertimbangannya maka diutuskan Rasulullah utk menjadikan kita manusia yg terbaik sblm tiba di bumi akhirat. Makanya, org yg kesalahannya dicatat sebenarnya adalah org yg benar2 bersalah dan degil dlm melaksanakan suruhan ALLAH.
Sayang sekali penguatkuasa di dunia ini sbb tak mau mempelajari kaedah yg telah ALLAH ajarkan. Ini menjadikan mereka ditakuti dalam kebencian. Tu sbb bila diorg ada org tak buat salah, tapi bila diorg dah blah org jahat serupa tu jugak. Sepatutnya, tugas penguatkuasa adalah sebagai pendakwah. Yang patut menyuruh kepada kemakrufan dan menghalang perbuatan mungkar. Bukannya semata2 mencari salah org dan menghukum.
Kalau dilihat dalam Islam, adalah salah kalau seseorg tu dengan sengaja melihat seseorg melalui kesilapan dan terus menangkap mereka. Sepatutnya, dia harus bertindak awal sebelum dari dosa itu berlaku dulu. Ni tak, skodeng punya skodeng tgu dlm keadaan bersalah barulah tangkap. Silap teknik tu brader.
Maksud saya di sini, mcm org nk masuk tpt yg kita tau byk org buat maksiat. beri nasihat tapi kalau diorg degil, baru boleh disusuli dgn ancaman dan amaran. Ini bukan bermakna kita nak tutup kelemahan umat Islam tapi kita mau setiap org cuba elakkan dari buat kesalahan.
Makanya, setiap umat ISlam sebenarnya harus sentiasa diingatkan tentang dosa supaya mereka tak melakukan dosa lain lagi. Tapi kalau mereka sama berani je, tak segan silu buat dosa mestilah diorg ni layak utk didakwa dan dihukum....
Posting ini ditujukan pada siapa? Pada mana2 keadaan pun sesuai. Pada polis, pencegah maksiat, ketua kelas, bos di opis, cikgu kelas, naqib usrah dan lain-lain...semoga kita sama2 diberikan kekuatan utk mencegah perlakuan mungkar....
Salam!!!
Waalaikumusalam wbt,
ReplyDeleteSaya amat setuju dengan pandangan ini walau pun tidak 100%. Hari ini ramai sangat yang tidak faham dengan apakah tanggungjawab seseorang yang mengaku "Tiada Tuhan melainkan Allah". Konsep ketuhanan dalam Islam tidak sama dengan ketuhanan dalam agama-agama lain. Pengistiharan HANYA Allah sebagai Tuhan bermakna Allah itu bukan setakat disembah dalam solat tetapi setiap peraturan hidup yang ditetapkan oleh NYA adalah wajib dipatuhi. Rasulullah SAW mengambil masa selama 13 tahun untuk berdakwah memberi kefahaman kepada kaum Jahiliyah di Makkah apakah itu aqidah Islam. Disamping kita beusaha kearah menegakkan Islam yang syumul kita tidak ada pilihan lain kecuali mengikut jejak dan pendekatan Rasulullah SAW semasa baginda di Makkah walaupun hari ini kita telah ditinggalkan lengkap dengan segala sistem yang ditetapkan Islam. Tanpa seseorang itu faham apakah erti dia menganut Islam maka jadilah dia orang yang beriman hanya berdasarkanTaqlid.
Hukuman itu perlu dalam Islam. Namun bukanlah hukuman yang mesti didahulukan. Jika anak kita tidak solat kita tidak boleh rotankan dia walaupun hukuman merotan anak diperintah oleh Nabi SAW. Sebelum anak itu dirotan kita di anjurkan sentiasa menyuruh anak kita mengerjakan solat sehinggalah umurnya 10 tahun barulah hukuman merotan dilaksanakan jika dia masih engkar. Bagitu juga dalam kes-kes yang lain, peringatan dan amaran perlu didahulukan kemudian barulah hukuman. Dalam kes-kes pelaku maksiat ini peringatan dan nasihat ini eloklah dibuat oleh Pegawai-Pegawai agama di pejabat agama sendiri. Kalau dibuat di lokasi dimana pelaku maksiat ini ditangkap ia tidak berkesan kerana apabila penguatkuasa beredar kerja maksiat itu akan diteruskan dengan kerja maksiat nya.Mungkin perintah tahanan reman wajar dikenakan bagi tujuan pendidikan!!
Dalam proses menasihati inilah kefahaman sebenar pengakuan Tiada Tuhan melainkan Allah ini dijelaskan betul-betul bukan sekadar menyatakn ini halal ini haram. Mungkin ada pihak tidak akan merestui tindakan ini demi kepentingan politik mereka kerana mereka tidak mahu kepatuhan mutlak kepada Allah akan mengancam sistem yang yang mereka perjuangkan.Bagi saya mengapa perjuangan PAS tidak mendapat sokongan 100% ialah berpunca daripada ketidakfahaman dikalangan konsep ketuhanan di kalangan orang Islam sendiri. Masalahnya PAS terpaksa didaftarkan sebagai sebuah parti politik untuk menyertai pilihanraya. Pilihan raya adalah bagi memilih mereka yang sesuai untuk berada dalam Parlimen bagi menggubal undang-undang. Apabila didaftar sebagai parti politik bukan badan dakwah maka ruang untuk berdakwah adalah sempit. Surau dan Masjid tidak dibuka ruang kepada parti politik berdakwah kerana kefahaman pihak tertentu menganggap ugama suku politik suku masih menebal.Disamping itu ada juga yang menganggap demokrasi ini bukan acuan Islam. Setuju tapi anggaplah ia sebgai satu kesempatan untuk berdakwah kepada aqidah dan sistem hidup Islam.Islam juga membenarkan taktik dan strategi dalam perjuangan.Rasulullah SAW lakukan perang saraf, hantar SB menyusup kepihak musuh sebagai strategi gerakan dan peperangan.
Sepatutnya jika Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara segala undang-undang yang sedia ada dalam Islam parlimen tidak lagi perlu menggubalnya. Undang-undang jenayah keatas orang Islam mesti berdasarkan ketetapan al Quran dan Sunnah. Kaum bukan Islam wajar diberi pilihan. Mereka pakailah undang-undang yang mereka suka ikut agama mereka dan sepatutnya undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah ditolak terus walaupun untuk orang bukan Islam. Jika melibatkan perkara yang tiada ketetapan dalam Islam bolehlah digubal undang-undang yang bersesuaian berdasarkan Qiyas. Jika ini diamalkan barulah kemerdekaan itu memberi erti. Kini dah masuk setengah abad merdeka namun undang-undang yang digubal sebelum merdeka pun masih kekal diterima pakai. ISA itu akta haram yang asalnya untuk bendung gerakan komunis tetapi kini digunapakai untuk tahan dan siksa akitivis Islam. Maka pemimpin UMNO mendabik dada berkokok yang kita sudah merdeka 50 tahun dan negara telah maju dibawah kepimpinna UMNO. Merdekakah kita jika sistem hidup tinggalan penjajah terus bebas tapi sistem hidup Islam terus dijajah !! Sebenar nya itulah matlamat penjajahan keatas dunia Islam !! Kembali menyembah manusia dan berpaling dari menyembah Allah. Wallahuaklam.
Ibnuali
Kota Jembal
Kalau tak skodeng dulu...tak confirm lagi buat salah terus tangkap atau bagi nasihat nanti tertangkap orang yang tak bersalah pula macamane? Tengok kes la kot!
ReplyDeleteAda 1 kes kawan saya, 2 minggu sebelum berkahwin rakan2 serumah berpindah ke rumah lain. Hanya tinggal dia jer kat umah tu.Selepas kawin dia bawa suami dia ke rumah tersebut..Kawan saya ni belum ada kereta lagi masa tu, hanya guna motor je. Dia juga agak agresif seperti lelaki. Maksud saya takat naik motor n pakai helmet full face tu biasa jer
dia. Jarang juga berbaju kurung dan kebetulan mereka ni suami isteri selalu out station. Kawan saya ni out station sehari dua jer tetapi suami dia sampai seminggu
paling lama. Nak di jadikan cerita, 2 minggu selepas mereka tinggal bersama di rumah tu, satu serbuan telah di lakukan ke rumah dia oleh Ahli jawatankuasa taman dan pihak berwajib pada pukul lebih kurang sebelas malam. Kawan saya masa kejadian tu hanya pakai baju tidur yang nipis sahaja dan
suaminya hanya berseluar pendek dan sedang menonton tv masa kejadian.
Mereka ni di soal siasat bertubi2 bertalu2 dan mereka mengatakan mereka ni suami isteri. Pihak berkenaan tidak mempercayai gara2 kawan saya ni tidak ada bukti perkahwinan berikutan masa tu sijil nikah belum di keluarkan dan
kad perkahwinan pun tiada. Surat perakuan nikah tinggal di kampung...
Kawan saya suami isteri menunjukkan inai di jari namun belum boleh buat pihak penangkap berpuas hati...Kawan saya juga ada memberitahu yang dia ada menjemput jiran dihadapan rumah dan sebelah rumahnya ke majlis perkahwinan dia..malah dia ada memberi kad kepada jiran2 tersebut.Namun tidak diendahkan!
Langkah terakhir ialah dengan menelefon kedua ibu bapa perempuan di kg.Barulah hal itu selesai. Rupanya penduduk setempat membuat aduan mengatakan kawan saya ni jarang balik ke rumah dan bila balik bawa jantan.Memang bila suami dia pergi out station sampai seminggu dia akan bermalam di rumah abang atau kakaknya.... salah siapakah ini? Penduduk
setempat yang terlalu prihatin??? Salah penguasa dan pihak berwajib tanpa penelitian dan penyiasatan? ?? Atau salah kawan saya yang tidak bercampur
masyarakat sekeliling? Kecuaian kawan saya suami isteri ????
Salah siapa yer?????