Tuesday, March 13, 2007

Halalkah Percintaan Ini? Eceh...



Assalamualaikum,
Semoga semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera.... tajuk di atas adalah berdasarkan kepada permintaan dari seorang sahabat yg telah kembali kepada Islam..mungkin terasa jodohnya sudah hampir tiba tapi masih bimbang seandainya dia menggunakan cinta di jalan yang salah. Saya juga terpaku bila dia tanya soalan ni. Maklum saja, perkara ni macam biasa je berlaku pada masyarakat sekarang. Apa yang lebih membimbangkan, masyarakat tak tau pun benda cintancintun ni betul ke salah. tak tau kalau betul lagu mana..kalau salah pulak kenapa...

Tengok aje keliling masyarakat kita. Kat sana bunyi org rogol, sini kawin lari, situ buang anak...doh la, takut pulak nk sebut banyak2. kenapa agaknya semua ni boleh terjadi? Betul tak kalau agak2 saya la sebab org tak kenal hukum hakam? Saya bukan org yg pandai bab hukum, jauh sekali mempunyai pengetahuan yg mendalam dalam bab ni, cuma sekadar nk berkongsi bacaan. Artikel ni saya dapat dari email juga tapi dia pun forward dari mana saya pun tak pasti...Hopefully ayat mudah saya boleh membuatkan kita sama2 faham ye..tak banyak, sikit pun takpe..


Realiti Ummat

Persoalannya adakah Islam membolehkan kita bercintan-cintun ni? Bagi mengatasi masalah ni, kita kena kaji dulu faktor terjadinya cinta-cinta ni...PERGAULAN BEBAS..betul tak? Macam mana pulak PERGAULAN BEBAS ni terjadi? Sbb sistem kapitalisme yang kita agungkan...Ops, kalau nk cakap lebih2 hal ni, dah luar kemampuan saya....SBB contoh dalam satu rumah, ketuanya ayah tak larang ahli dalam umah buat salah, camne agaknya isi rumah tu??? Fikirkan...

Kenapa terjadinya perasaan tertarik antara sesama lawan jantina? Nilah namanya FITRAH manusia yang mempunya naluri utk mengadakan keturunan. Makanya, Islam telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi fitrah ni.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita untuk bedua-duaan sebab pihak yang ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram”.
[H.r Ahmad, Bukhari, Muslim dari Amir bin Rabi’ah.]

Sabda Baginda lagi:

“Sungguh aku (Rasulullah SAW) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar pembuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan / berkecai sia-sia. Tsauban bertanya:Ya Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedangkan kami tiada yang menyedarinya. Jawab Rasululah SAW: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyian dengan yang diharamkan oleh Allah SWT, mereka mengganggu kehormatannya” .
[Al Hadith]

Dari dua hadis di atas, walaupun kita ni jenis kuat beribadat ke tapi tak jaga pergaulan maka adui la....takut rasanya sbb skang ni mcm berleluasa sgt bab campur gaul ni...uhuk....Yang tak best tu kalau kita tegur, "Takleh ni dik, duduk berdua2an gini.." Dengan konfiden je dia marah kita pulak balik.. Ramai yang akan tidak bersetuju apa taknya dah takleh nk dating2, takleh nak gesel2, takleh nk pegang2, takleh nk manja2....THAK KHUASHE!!!


Antara FITRAH dan Tuntutan Nafsu
Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai percintaan/pacaran: -
a. Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
b. Dua insan lawan jenis yang saling mencintai.

Nampak ke beza antara dua ayat di atas... Acu baca berulang kali, kot la faham. Takpun cuba faham dgn cara ni... Nota A tu bermaksud nya lebih kurang perasaan tu adalah fitrah. Fitrah yang dah ALLAH ciptakan dalam diri kita.

Firman Allah SWT:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita..” [TTQ Al Imran : 14]

Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam (Allah SWT) untuk mengaturnya.

Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegang tangan dan yang paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan segalanya demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina.

Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah SWT:

“Suruh orang-orang beriman menundukkan pandangan dan memelihara kehormatannya…” [An Nur: 311]

“Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagaian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung (khimar)…” [An Nur : 31]

Jadi jelas tak apa yang difirmankan tu? Saya bukan nak mentafsir ayat ni tapi ada baiknya perhatikan isi kandungannya :

a. Menahan atau menundukkan pandangan, dlm erti kata lain tengok sampai naik perasaan syok gitu....he he, kang ade pulak yang tunduk pastu tengok2 mata dia bukan main lagi jeling kat bucu mata...yang ni tak masuk dah bahagian menundukkan pandangan, tapi dah juling ni he he....

b. Menutup aurat. Kalau masuk bab tutup aurat, org laki pun pakat2 la tuding jari kat org perempuan kan? Kena la faham ye, org laki pun ada auratnya juga tau. Kenapa ya skang ni org kata kalau pakai tudung tu mcm org kuno je? Padahal seseorg tu akan selamanya berdosa selagi tak tutup aurat..Dan ada pulak yg pakai tudung dah rasa cukup je tutup aurat, tapi pakai baju ketat tu hingga takde lekuk yang tak nampak....

Skang ade pulak yang tanya, pastu mcmne nak kenal dgn calon pasangan kalau tak cintan cintun, tak dating2, tak peluk2....Sebenarnya ini hanyalah dalih utk membolehkan kita bercinta sebelum kawen. Adakah hanya dengan jalan ini sahaja kita dapat memahami peribadi seseorang?


Penyelesaian
Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu pinang/tunang (khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya (wanita) dengan niat yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus disertai muhrimnya (sekiranya berlaku pertemuan).

Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari.

Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Konsep pertunangan juga adalah suatu aqad di antara lelaki dan perempuan untuk melanjutkan hubungan dengan menikah di suatu masa kelak. Aqad ini hendaklah dengan kesungguhan dan bukannya sekadar suka-suka semata.

Cuma kekadang dalam suasana masyarakat kita pada hari ini telah mencampuradukkan konsep pertunangan ini dengan masalah uruf (adat). Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan menyempurnakan dengan meminang.

Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang (pertunangan) itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai pasangan suami-isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan suami-isteri atau bebas diheret ke sana ke mari tanpa mengenal batas melainkan sebagai tanda ikatan untuk akan bersama kelak.

Berhubung dengan tindakkan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah SAW telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah Ibn Syu’bah:
“Pergilah dan lihat dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar atau pedoman bagi kalian berdua”. [Sunan Ibnu Maja, juz 1 hal. 599]

Khatimah
Sekarang, BERSEDIAKAH KITA MENJADI ISLAM DGN SEBENAR2NYA ISLAM? Kerana dalam Islam, perkara yang haram confirm haram... Banyaknya perceraian bukan suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. BERSEDIAKAH??????

2 comments:

  1. Anonymous4:20 PM

    walaikum salam..

    cikgu saya membaca artikal cikgu dgn penuh minat dr mula hingga tamat...

    betul lah, dunia sudah di akhir zaman... malaysia ramai ulamak dan mufti sedang kan kerajaan arab saudi cuma ada satu ulamak sahaja. tetapi sistem perundangan islam di praktik kan dgn ketat. bayangkan kalau menghadiri parti yg ada arak bila kena tangkap tanpa bicara terus di penjara. apa lagi kalau ada perempuan yg bukan muhrim..ROTAN wooo.

    Bila berkumandang je bunyi azan di masjid.. semua kedai kena menghenti kan segala urusan jual beli... dan adanya sistem zon pengasingan antara yg muhraim dgn yg bukan terutama di restoran2..tu belum yg lain2 lagi... kalau nak sebut pjg... 7 hari 7 mlm tak habis.

    ini kelantan baru nak cerita hukum hudud semua dah mengelabah.. . yg kata kalau nak makan sup tangan pun ada. kecoh satu dunia..

    tapi bila cerita islam hadari (islam serba boleh, halal boleh halram pun boleh) sampai amerika syarikat pemimpin kita gi melobi. takut negara jadi mundur dan papa kedana sbb takut di kenakan tekanan ekonomi. tapi kita kurang sedar, sebenarnya ini lah penyumbang kepada purak peranda lagi masalah sosial di negara kita. cinta jgn sebut lah dah kacau bilau dah sekarang ni....

    cinta kalau berlainan bangsa tapi satu agama tu tak le menjadi hal sgt.. ni dah mcm kain batik sarung yg kita pakai... berbagai corak cinta kita dengar..

    bila di suruh mengikut ajaran yg sebenar... mcm istilah keluar. sampai tak muat telinga kita nak dengar istilah2 baru muncul...

    kita tengok org kg dulu2... mana ada cintan2... jeling tu ada ler... pas tu pinang dan kawin, hantaran dan kenduri ala kadar.. bahagia pun jugak... berderet2 dpt anak...malah ada yg berjaya menjawat jawatan tinggi lagi...kalau nak bagi contoh tak muat ruangan ni.

    ok lah pada teman yg belum kawin tu cuba2 lah renungkan perkara ini..

    apakah baik nya bercinta sebelum atau kawin dulu dgn org yg kita kenal lebih kurang tu, pas tu kawin.. dah kawin belajar memahami pasangan kita tu baik2...

    ReplyDelete
  2. penyelesaian hanya pada praktikkan islam.

    Hakikatnya semua yang pernah belajar kat sekolah belajar tentang ajaran Islam. Tapi problemnya tak praktikkan. Contoh, semua orang belajar aurat wanita adalah semua anggota kecuali tapak tangan dan muka. tapi praktikalnya pakai baju ikut suka hati je. Begitu juga soal ikhtilat.

    tiba masanya kita praktikkan semua ajaran Islam dlm kehidupan. Parent wajib main peranan, jgn jadikan sibuk sebagai alasan.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!