Assalamualaikum,
Hidup di era ini, kita akan menemukan tekanan demi tekanan yg akan menyesakkan dada,membuatkan jiwa kita rasa bergelora.Memang hati takkan tenang sbb bila tekanan dah terlalu menguasai kita, tidur pun dah payah lena.Dulu saya tak percaya org yg byk masalah susah utk lena.Maklumla, saya tido jarang yang tak lena..He he...Kecuali sekali saya tak tido tu pun bukan takleh lena tapi itu percubaan utk tidak tidur.
Time tu masa matrik..saya sangkakan takde apa2,sudahnya org panggil pun saya tak dengar.Time tu bukan mengantuk sbb saya dah melepasi tempoh kemuncak kemengantukkan saya tp ntahla..Lalok semacam je masa tu...dinding pun tak nampak.Time tu nk try tido pun takleh..Saye pun taktau kenapa. Jadi permulaan hari tu, saya taulah bahawa saya ni jenis yg perlukan sedikit kerehatan dalam 2-3 jam takpe dah utk cas semula energy saya.
Setelah bersembang dgn seorg dua di alam ni, baru la saya tau,ada org yg payah nk lena.Betapa masalah begitu menguasai minda dan pemikiran seseorg sampai kene amik ubat tido.Tika tu, saya berasa amat bersyukur yg saya boleh tido.Tidur ni nikmat ape???
Pelbagai cara utk meredakan tekanan, di bawah adalah sedikit panduan tetapi atas kemahuan pembaca utk memilih yg mana satu sbg penyelesaian.Mungkin ada yg boleh guna kesemuanya. Ada yg boleh guna satu dua aje.Dan ada juga yg tak boleh pakai salah satu pun...
1. Makanla hidangan yg berkhasiat dan seimbang. Jgn hentam yg byk lemak lak. Makanla buah2an atau sayur2an...Jgn risau takde org nk kata kita kambing kalau makan sayur..he he...padanla org byk masalah cepat gemuk...he he...betul apa makan yg berkhasiat, kalau yg tak berkhasiat nnt sakit perut la apa la kan susah...?
2. Jgn abaikan hari cuti. Org yg byk masalah ni esp masalah opis suka la pulun jugak2 buat keje. Apalah kiranya amik cuti utk bg peluang kepada diri utk menghasilkan yg lebih baik pd esokkan harinya tu?
3. Kurangkan pengambilan kafein dan alkohol. Alkohol tu arakkan..jgn kata kurang, kompem haram minum. Buat pe la nk dera diri. Minum je dah la mabuk, mahal lak tu.Pastu boleh mensasarkan diri kelembah yg lebih hina.Kafein pulak boleh menslowkan pengaliran darah.Satu lagi, air bergas...kan opah dah bilang minum air,buat pe gi carik gas pulak buat minum???
4. Lakukan senaman lebih kerap. Kalau yg laki boleh la lari2 kat taman ke, padang ke, tapi bg org perempuan skang dah byk tpt yg eksklusif utk kemasukan org perempuan. Takpun lari je la dlm umah he he..Kalau saya, saya minat main bola dgn anak2 kat luar umah. Time main tu, kalau masak pun tak ingat.Apatah lagi kalau ade masalah.
5. Belajar teknik rehat spt yoga atau tarik nafas dalam2. Saya tak pandai yoga actually tapi bg saya duduk diam2 dan muhasabah diri adalah cara yg plg efektif. Bilang balik satu2 perbuatan kita yg menyebabkan kita boleh ditimpa satu2 masalah.
6. Cari penyelesaian terbaik terhadap masalah yg dihadapi. Ye, manusia takkan mudah2 terlepas utk didatangi masalah. Makanya, jumpa la kaunselor ka, kawan baik ka atau mereka yg dipercayai boleh membantu. Tp, cara yg terpaling baik adalah dengan mengadu pada ALLAH kerana hanya pada ALLAH jualah penyelesaian bagi semua masalah yg kita hadapi.
7. Kenali masalah yg merintang dan jgn terlampau menekan perasaan anda. Berfikiran positif lah sbb bila kita fikir negatif, semua perkara akan menjadi beban. Juga jgn lah berburuk sangka kepada ALLAH kerana apa yg ALLAH takdirkan mengandungi hikmah disebaliknya.
Semoga ada manfaatnya!!!
Saya nak menyokong cadangan Siti Sifir nih sebab...saya pun buat yang macam dicadangkan tuh, walaupun banyak masalah yang melanda kepala otak saya nih
ReplyDeletetetapi bila saya mendapat rehat yang cukup, tak yah tido lama 4-5 jam tido malam (tido siang tak sama tido malam tau) sudah mencukupi untuk saya bergerak cergas di siang hari. Tido siang pun tak leh berlebihan sangat
nanti lagi letih. So memadai dengan tido 10-30 minit.