Sunday, February 14, 2010

Ibu Belum Bersalin Masih Wajib Solat

Bismillah,

Mcm cerekarama plak ek ada main sambungan2 cerita. Serius, saya ada banyak amat benda belajar sepanjang tempoh bersalin anak ke 5 ni. Rasa sayang kalau tak kongsi dengan semua sahabat2 blogger dan non blogger.

Subuh tu saya solat dan dapatlah saya perhatikan ada yang belum beranak dua tiga orang dengan saya. Ada yang solat Subuh dan ada yang tidak. Setahu saya, selagi tak beranak, selagi tu lah kena solat. Ntah kenapa la saya tak berani2 nak menegur mereka itu. Padahal bulu roma saya berdiri2 kerana rasa takut melihat mereka seselamba itu.

Mungkin, solat saya juga tidak sesempurna mereka jika mereka melakukannya tetapi saya jadi musykil adakah kerana mereka menganggap solat ini tidak wajib jika telah turun tanda (darah atau air). Sakit seperti itu belum masuk dalam keadaan darurat. Malah ketika perang masih wajib solat. Apatah pula keadaan mereka ini yang bersenang2 menahan ngeri contraction sekali sekala.

Sehingga pada suatu pagi, hanya ada 3 orang patient di dalam wad. Dua belum bersalin dan seorang lagi sudah ada baby. Saya seorang tanpa peneman, seorang lagi yang tidak bersalin dengan ibunya barangkali, dan seorang lagi adik yang baru bersalin malam itu dengan penemannya.

Anak beranak yang tidak bersalin itu bangun lewat sehingga misi datang menegur dengan suara yang kuat. "Adiiikkk, kalau sebelum beranak wajib solat lagi. Bangun2...solat. Ambil air kencing...bla, bla, bla....." Wah, saya tabik sama ini misi. At least dia tak pentingkan keje dia aje. Tapi dia masih jalankan tanggungjawab dia sebagai Muslim. Cuma sayang, dua beranak itu tidak bangun untuk solat juga.

Makcik yang seorang lagi pun ada berbisik dengan saya, "Takkan yang tua pun turun darah," dan saya hanya angkat bahu untuk mengatakan 'no komen'. Takmo lah komplen atau kata apa2 dalam keadaan tu. Nanti kang terpanjangkan mengumpat lak. Lepas tu nsaya lipat lawa2 telekung hajat nak bg makcik tu pinjam kot2 dia perlukan dan saya plan kalau dia pandang saya, saya nak tawar telekung tu.

Mana tau dia tak solat sbb tak ada telekung kan. Tapi macik tu tak memandang saya langsung. Saya takleh nak buat apa2 sebab memang mereka berdua nampak menyendiri dari mula2 datang lagi. Tak macam orang lain, habis semua orang saya sembang. Didoakan semoga selepas ini persediaan mereka untuk keadaan begini akan lebih bagus lagi. Solat itu tiang agama, semoga baby di dalamnya terdidik sama dengan ibadah ibu dan neneknya.

*Cerita selanjutnya bersambung nanti :P Orang dalam pantang takleh duduk lama2 kansssss??

3 comments:

  1. salam Pija,
    teringat masa sy nak bersalinkan ank sulung. mmg ada sy nampak yg tak solat. ntahla kenapa diaorg ambil ringan hal solat ni. take care.

    ReplyDelete
  2. Salam pija, dah lama tak datang.. bila bersalin yer? tak tahu pun.. hihi apa pun tahniah... take care yer...

    ReplyDelete
  3. salam kak long, aku tak solat lepas dr pecahkan ketuban dan kuar darah skali pukul 5 anak aku kuar 9.30 pm. salah ye? kena solat sampai bb kuar ya?

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!