Thursday, April 29, 2010

Bagaimana Mengelakkan Perselisihan Berpunca Dari Kewangan

Bismillah,

Duit ni mcm hantu kan? Wahahaha.... Sebab ia selalu saja jadi topik nak bergaduh. Kalau ikut tu, duit banyak macam mana pun tak pernah cukup. Walaupun kadang2 kita tau duit tu senang habis tapi tak pulak kita atau pasangan nak kikis sifat 'senang berbelanja'. Seolah2 rela je gaduh asalkan kemahuan diri dituruti. Dah tau dah pasangan kita mesti hangin kalau beli barang tertentu, pegi beli jugak!!

Bila dah jadi laki bini ni, sepatutnya, 'duit abang duit ai juga, duit ai pun duit abang jugak' so semua income kita akan jadi 'duit kita' tapi kalau kita kelaskan duit2 yang masuk sebagai 'duit ai' dan 'duit yu' mulalah senang hangin dan serabut perut dengan perasaan 'apelah bini/laki aku buat dengan duit dia' atau 'ek eleh banyak ni je bagi kat aku?'.

Terbuka & Percaya
Mmm...bukan secara berlebihan la. Kalau dah memang nampak tak patut tu, sound jugak. Maksud saya, yang macam kalau pasangan kita belikan sesuatu macam kasut ke, baju ke...apa salahnya selagi dia tak merapu beli baju pengantin :P

Sebarkan Kepada Anak
Kalau kita aje saling percaya antara satu sama lain tak jadi cerita jugak. Kena bgtau supaya anak2 amalkan saling percaya. Tak le nanti jadi dialog mcm ni, "Umi ni asyik beli telur aje, mainan untuk kakak tak beli pun? :P" Umi beli telur itu sebab umi pandai masak telur aje untuk kita makan ramai2, tapi mainan tu kakak main sorang2. Huhu...mcmlah umi ada skandal dgn telur :P

Pendamkan keinginan
Selepas keperluan2 lain dipenuhi, tibalah masa untuk menganalisa kemahuan2 masing2. Masa nilah mungkin terjadinya pergaduhan jika kemahuan kita x sama dengan kemahuan pasangan. So, buat la turn ke...ckp elok2, "Aritu dah beli minyak wangi abah, boleh la kali ni beli tudung umi pulak ek??" Tapi, kalau xsepakat tu, pendamlah sementara keadaan mengizinkannya.

Saling mengingatkan
Sorang dari kita kena jadik cikgu disiplin, "Hepp...takleh beli ubat gigi dah, kat umah dah banyak dah." Mentang2 la hobi dia kumpul ubat gigi, secukup rasa je beli dan beli dan beli ubat gigi. Jgn serik nk mengingatkan bukan sebab pe, kalu ubat gigi takpe la 4-5 hengget je, kalu benda lain?? Tambah pulak beli sampai kene berhutang... buat naya aje

Hindari hutang
Hutang ni senang buat, susah nk bayar. Jadi kalu xmampu nk dptkan seswatu tu pendamkan aje dulu dr kemudian nnt siksa nk menanggung hutang :(

Buat Buku Duit Keluar Masuk
Yg ni eloklah dibuat supaya kita jelas dengan jumlah duit yg ada.

Anggarkan Tabungan
Kalu sy ada pendapatan tetap, mungkin sy akan tetapkan 5-10% untuk tujuan simpanan.

Melabur
Yg ni kene tya pakar... Sy tak berapa jelas dengan kaedah2nya

Jadikan suasana berdiskusi sebagai suasana yang menggembirakan. Jangan berbincang dalam keadaan stress supaya semua yang kita bincang mencapai kesepakatan. Jangan sampai timbul gaji engkau kurang, gaji aku lebih. Semoga ALLAH mudahkan perjalanan hidup kita insya ALLAH :)

**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!

2 comments:

  1. salam kak siti...betul lar kak..pasal duit mmg boleh buat gaduh...sy bahagi2 kan tugas dgn hb sebab sama2 bekerja...kalo ada yg tak patut dia beli sy tegur la dan begitu lar sebaliknya

    ReplyDelete
  2. ya betul. duit banyak blanja banyak, duit sikit pon blanja banyak... psal melabur tu saya ada advice: ada satu syarikat financial advisor khasnya islamic finance, pn rohani shahir punye, kalau pernah tengok dia kat bijak wang ke WHI ke atau pernah baca buku dia... hijrah wealth boleh bagi advice FOC tentang finance, produknya sahaja kita kena bayar. bagus melabur. untuk pendidikan anak etc

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!