Thursday, November 18, 2010

Perempuan Main Dgn Perempuan, Lelaki Main Dgn Lelaki!

Bismillah, 



Anak-anak saya dah nak masuk sekolah rendah. Selain dari ajar mereka cara untuk pilih makanan yang halal dan sebaliknya, kami juga cuba untuk ajar dengan siapa boleh berkawan dan dengan siapa tidak. Perkara utama yang kami ajarkan adalah mcm yg saya nyatakan dalam tajuk saya tu lah. Selepas2 ni insya ALLAH boleh pula nak ajar macam mana nak bezakan seorang kawan tu adalah baik atau sebaliknya. 

Bukan nak mengajar anak memilih kawan. Dengan orang yang kurang baik pun mereka boleh berkawan tapi kami kene ajar suapaya mereka jangan terambil budaya serong orang tetapi jadikan orang yang kurang baik tu lebih baik dari yang sebelumnya. Wah...kini perjalanan hidup kami benar2 telah bermula!!

So far, alhamdulillah Asmaa' telah memilih untuk tidak bermain terlalu rapat dengan anak jiran. Cuma Usamah masih lagi nak berkawan dengan kawan kakak nya. Memang nak ajar ni perlu step by step. Semoga satu hari nanti mereka akan faham juga. Masa sidai kain tadi terdengar pulak dua beradik tu bersembang. 

Asmaa' : Pergilah main sana. Kakak nak main dengan Arwa saja (ayat merajuk sebab Usamah tanak main masak-masak)
Usamah : Kenapa pulak??
Asmaa' : Ye lah perempuan main dengan perempuan, lelaki main dengan lelaki..
Usamah : Habis tu umi dengan abah tu??
Asmaa' : Umi dengan abah tu biarlah. Diorang dah besar...
Usamah : Sama je laki dengan perempuan jugak..

Lalu Tarzan pun mencelah : "Kalau main dengan adik2 tak apa belaka. Laki ke perempuan dalam rumah ni boleh main sama2....Kat luar sana yang kene pilih2"

Hua hua......kalau umi dengan abah takleh berbaik ranap la korang anak2 weih...

Korang, tolong klik 'like/suka' kat gambar Ahmadi yg ni....tekan je gambar :P Layanlah saya :P Kuikui

4 comments:

  1. a'a memang kena ajar anak berkawan..

    ada tag GA

    http://kakyong-sukasuka.blogspot.com/2010/11/syamila-mohds-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. anak2 knur pulak mmg awal2 lg cakap, "We don't like to play with boys". Boys biasanya main kasar sikit kan. Diaorg pulak takde lg adik lelaki.

    ReplyDelete
  3. :) anak2 saya plak k.nur dr sekarang lagi nampak dah diorang ni tak kisah je org buli diorang pun...kene pukul ke abis tinggi datang ngadu kt kitorang..kalau kata tak yah kawan dengan orang tu diorang boleh backing org tu dgn kata "dia pukul tak sakit umi..." huhuhu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!