Friday, July 01, 2011

Koleksi Pinggan DAIA

Bismillah,

Korang suka pakai sabun apakah untuk basuh baju?? Saya dulu suka Daia... kenapa dulu ya sekarang tidak?? Sebab sekarang saya telah beralih kepada Freesia. Tapi semasa dengan Daia aritu sempatlah kumpul pinggan2 kecil di bawah ini. Orang lain tayang pinggan Corelle, tapi ai mampu tunjuk pinggan free aje...ekekeke....






Punca saya beralih kepada Freesia adalah kerana ingin memberi sokongan kepada produk Muslim 

pencuci-fabrik-freesia

100% Halal dan produk Muslim. Sesuai untuk pakaian putih dan berwarna. Untuk kotoran degil, sapukan dan biarkan seketika sebelum membasuh. Untuk cucian putih, gunakan bersama air panas.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Kalau korang nak beli barang HPA guna nombot ahli saya pun boleh kalau dah malas nak daftar kan. No saya adalah 463126 NORHAFIZAH MADZLAN.

Oh ye... ada blogger yang guna sabun ni jugak tau...aritu lah, arini watatau...


Asmaa' : Bila Anak Mengadu Sakit Perut

Bismillah,

Dah berapa lama agaknya saya update gambar yang dah 6 bulan berlaku. Kali ini kiranya agak awal sikitlah kan. Kira ada kemajuan dah sikit lah ni kan.

Sebenarnya, bila anak sakit itu bagaikan nightmare jadi sebenarnya tak ada mood sangat pun nak tangkap gambar. Tapi untuk menenangkan hati sendiri, tangkap jugalah gambar sekeping dua.



Gambar di atas adalah semasa Asmaa' mendapatkan rawatan di wad kecemasan



Jadi di sini, saya nak share lebih lagi berkenaan sakit perut jika anak mengadu :

  • Sekiranya anak - kembung dan kekejangan di perut, Kemungkinan - disebabkan makan berlebihan atau perut dimasuki angin. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - mengurut lembut perut si anak. Ataupun carilah ubat yang dapat membantu melegakan pedih ulu hati yang dirasai kanak-kanak tersebut.Selain itu tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.
  • Sekiranya anak - perut rasa sakit dan keras, malah perut juga terasa memulas,Kemungkinan - si kecil mengalami sembelit. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perah buah prun atau pear untuk dijadikan jus. Tidakpun lebihkan fiber dalam diet pemakanan mereka.
  • Sekiranya anak - loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan berasa kesejukan.Kemungkinan - demam dan sakit perut. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - berikan si kecil minum banyak air atau memberi makanan yang mengandungi banyak air seperti sup untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Sekiranya anak - kejang perut, muntah dan sakit perut selepas diberi makan atau minum susu.Kemungkinan - tubuh si kecil tidak dapat menerima bahan makanan daripada laktosa. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - menukar kepada susu bebas laktosa dan keju.Sekiranya anak - sakit perut bersama sakit tekak dan kadang-kala demam.Kemungkinan - wujudnya jangkitan bakteria di tekak. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - doktor memberi antibiotik.
  • Sekiranya anak - sakit teruk di keliling pusat atau bahagian kanan perut.Kemungkinan - Apendisitis iaitu radang apendiks. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perlu segera berjumpa doktor di hospital berdekatan.
  • Sekiranya anak - sakit perut yang dialami kanak-kanak yang disahkan sihat.Kemungkinan - disebabkan tekanan. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - cari cara untuk mengurangkan tekanan seperti mengatur semula jadual si kecil yang berkemungkinan terlalu padat. Ataupun, sesi bersama kaunselor mungkin dapat membantu melegakan tekanan.

Macam Asmaa' baru2 ni kami tak dapat bezakan dia sakit perut tu kenapa so lepas dah buat x-ray baru le dapat tahu ada najis ketul2 dalam perut dia... Memang kalau anak sakit2 begini kena guna naluri keibuan jugaklah... huhuhu