Monday, June 27, 2011

Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku - KEPUTUSAN!!

Bismillah,

Alhamdulillah semua alamat telah hamba dapat... Semua dah masuk sampul dan semua dah ditulis alamat... tinggal saja nak tunggu masa yang sesuai untuk pos... terima kasih semua :))))))
27 jun 2011

UPDATE LAGI : ADUHAI.....SAYA RASA RALATNYA TAK POS LAGI HADIAH...ADA 2 ORG LAGI BELUM BAGI ALAMAT DAN SAYA DAH MINTA SEKALI LAGI HARI INI... KALAU DALAM MASA DUA HARI LAGI TIADA ALAMAT ANDA, MAKA SAYA AKAN BAGI PADA ORANG LAIN. HARAP MAKLUM, KEPADA NORIAH DAN ROHANIDA, HADIAH KALIAN DAH LAMA SAYA BUNGKUS CUMA NAK TUNGGU ALAMAT DUA LAGI PESERTA...MAAFKAN SAYA 
26 JUN 2011


UPDATE : TOLONG....TOLONG ADA 2 ORG LAGI BELUM BG ALAMAT......
- 10 JUN 2011 -


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buat keputusan :

Sebenarnya ada beberapa penyertaan yang buat saya pening sikit nak buat pilihan siapa yang bertuah menerima hadiah utama. Tapi memang satu penyertaan ni sangat jelas kesungguhannya bercerita bagaimana nak jadikan anak-anak minat membaca. Kemudian, menambah kerunsingan saya adalah, hanya dua dari peserta tak dapat hadiah tapi nak buat macam mana, memang sponsor hadiah ada banyak tu aje huhuhu....

Hadiah Utama : 

Hadiah saguhati :

Untuk hadiah saguhati, anda akan menerima hadiah lain selain dari hadiah utama secara rawak. Oleh itu semua peserta diminta hantar alamat anda ke FB saya di sitisifir10(at)facebook(dot)com
atau SMS jelah terus ke 0199515058. Jangan lupa beritahu nama samaran anda ye. 

Saya sedang dalam proses mengemaskan semua isi penting yang kalian berikan dalam setiap penyertaan. Insya ALLAH bila dah siap saya akan update di blog ini yeppp..

Tahniah kepada semua peserta!!!


Tarikh Contest 1-30 April 2011

Alang-alang saya terbeli dua set buku Kampung Klasik Malaysia tempohari, maka satu set saya ingin buat satu giveaway

Kaedah Penyertaan :
  • Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku
  • Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku
  • Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Syarat lain :
  • Anak berusia 9 tahun dan ke bawah
  • Letakkan link blog ini dalam bloglist blog utama anda, sila nyatakan blog utama anda di dalam entry penyertaan
  • Letakkan link blog penaja hadiah utama dalam bloglist blog utama anda dan follow R.U.M.A.H.K.A.M.I
  • Letakkan gambar rasmi giveaway ini di dalam entry dan di sidebar anda dan pastikan di linkkan ke entry giveaway ini
  • Tinggalkan link penyertaan anda di dalam kotak komen dalam entry ini
Tempoh penyertaan :
  • 1 April - 30 April 2011 (sehingga tengah malam)
Pemenang :
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan idea bagaimana menjadikan anak seorang yang cinta kepada buku
Hadiah :
  • 1 hadiah utama ditaja oleh ROZY dari blog R.U.M.A.H.K.A.M.I (A lady engineer who used to be passionate in mountaineering, now as a mother of 2, a hardcore supporter in breastfeeding, babywearing, cloth diapering and trying to opt for green living)  
  • 5 buah buku di bawah tajaan Ummu Mishkah (Thanks K.Latie)
  • 4 buah buku cerita yang memaparkan pelbagai cerita berunsur teladan kepada setiap 3 orang pemenang saguhati (Buku itu menggunakan bahasa yang mudah difahami, disertakan dengan suku kata dan ilustrasi berwarna-warni yang dapat merangsang minat membaca di kalangan kanak-kanak)
  • Setakat ini 9 peserta akan menerima hadiah seperti di atas. 
Seperti biasa, selepas giveaway ini tamat, saya akan buat entry yang merangkumi keseluruhan isi kandungan penyertaan kalian. Jadi, semua orang akan mendapat hasilnya bersama. Sebelum ini, saya ada membuat satu giveaway dan hasilnya anda boleh lihat di sini : Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi

Semoga, giveaway kali ini kita akan dapat share ilmu parenting sama-sama ye?

Senarai peserta :
1. Yatie Chomeyl
2. Suhana Shahril
3. Ummu Muhammad
4. Ramizah
5. QisAina Kreatif
6. Leenz Yusoff
7. Umi's Cup Cake
8. Hasya
9. Nur
10. Norry
11. Nadiah Sidek
 

Budak Sekolah Sekarang Tidak Takut Berzina

Bismillah,



Agak2 anda apa puncanya?? Kenapa agaknya budak sekolah sekarang tak boleh nak bezakan sama ada mereka boleh buat atau tidak 'projek' dengan kawan mereka? Atau mereka tahu tak boleh tapi sebab tidak ada rasa takut kepada Pencipta??

Macam ada satu kes yang diceritakan oleh seorang sahabat saya. Seorang pelajar lelaki datang ke sekolah dengan tuala di kolar baju ala2 Bangla buat kerja construction. Bila cikgu pakat tanya, dia jawab kena gigit lipan. Budak tu pun teknik tak berapa nak betui, agak2 kalau kena gigit lipan kat leher lak tu, tak ke weng tapi hang boleh mai sekolah lagi.

Dah la pakai tuala keliling leher, kalau hang bijak sikit for sure hang tampal plaster ke kan. Rupanya, lipan yang gigit budak tu adalah lipan betina kaki dua. Tak pasal2 dalam rekod disiplin ada tulis budak perempuan tu sebagai 'menggigit pelajar lelaki'. Rekod ni awak ingat lekat kat atas kertas cikgu disiplin saja ka?? Ni kalau tak taubat ni kesan dia lagi dasat wohhh....

Punca :

  • TV & Iklan TV - satu hari suami saya balik dan beritahu ada iklan yang dia sempat tengok di rumah kawan tentang deodoran. Sebelum pakai, takleh peluk pakwe dia, alih2 dah pakai boleh peluk dah. Saya baru perasan iklan tu masa tengok Takdir Afina kat TV3 malam Sabtu aritu. Sungguh tidak mendidik iklan macam ni... Itu baru iklan, belum cerita yang macam2 tu kan...
  • Pengaruh rakan sebaya - OK, ini ayat karangan yang saya guna ni. Yang tak sebaya pun kalau sama hampeh ajak kawan ada makwe atau pakwe memang takleh buat kawanlah. Siap sporting tolong kenalkan lagi antara satu sama lain. Agaknya antara mereka 'takde class' kalau tak pandai ber pakwe makwe. 
  • Internet - kalau ada laptop seorang sebijik dan dapat pulak pasang TM wireless ntah hape, guna tanpa ada kawalan maka hakibatnya faham2 sendirilah.
  • Tiada didikan - guru bagi saya tiada kesempatan kalau jumlah murid nisbah guru adalah 30:1. Pastilah sebenarnya tanggungjawab ibubapa itu lebih berat. Saya percaya bahawasanya anak2 adalah dikawal selia oleh ibu bapa. Jadi, saya sedang menghitung2 betapa beratnya tanggungjawab kami ibu bapa untuk beri didikan kepada anak2. Sudahlah kita tidak tahu bagaimana hasilnya anak2 kita nanti. Adakala terlebih kawal juga akan menjadi masalah dan tiada kawalan juga akan menjadikan anak kita rosak. Memang kita cuba untuk follow the rules tapi adakah anak2 itu faham pula apa yang kita cuba sampaikan. Jadi, saya percaya bahawasanya koreksi diri adalah perkara penting sebelum kita mengajarkannya pula kepada anak kita. Jika kita sendiri jenis sosial, maka adakah anak akan belajar untuk tidak sosial??

Baca link ini juga ek... : Jangan Jadi Perempuan Yang Murah