Tuesday, August 03, 2010

Makanan Terbaik - Segar Dari Ladang

Bismillah,

Hari ni, saya sibuk..sibuk dengan ape...tok sah tanya. Kang kalau saya jawab, korang plak kata, "Mcm tu je pun kata sibuk??" :D

Lagipun, gambar2 di bawah ni dah lama kena peram. Ia adalah gambar makanan yang sesuai untuk :

  • Orang yang malas nak masak tapi nak makan
  • Orang yang tak pandai masak tapi nak makan yang sedap2
  • Orang yang tak suka letak bahan pengawet atau ramuan ajaib dalam makanan


Tak payah sibuk2 masak sayur
  • 3 bijik tomato - potong dadu
  • beberapa ulas bawang putih - cincang (nak kurangkan bau, buang empulur dia)
  • sebijik cabai kecik - gunting halus2
  • sehelai daun limau purut - gunting halus jugop
  • garam secukup rasa
Ini lauk kami tiap2 kali makan...tak payah masak pun :P makan mentah2 macam tu je...skang ni kanak2 ni pun makan tapi kami potong dadu campur garam sikit...diorang makan ratah aje 
Skang ni abah diorang dalam proses tanam pokok tomato...

Khasiat tomato :
Agak-agaknya apa khasiat buah tomato ni?

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi kandungan likopena dalam buah tomato itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Selain daripada itu, kandungan airnya yang tinggi, lebih daripada 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet. Jadi sesiapa yang tengah excited berdiet tu, apalagi..jom kita pakat-pakat tanam tomato dan makan sendiri! He,he...

Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah


Pucuk jenerih - makan dengan budu kat bawah ni...selesaiiiiii

Stok durian kene simpan, bukan makan budu tiap hari pun, sbb tomato di atas adalah lebih nyum nyum... sekali sekala makan budu pun sodapppp

Ayaq Mo'tan (air rambutan)
jgn tambah pewarna...ia x elok utk kesihatan...rebus dgn gula saje dan letak dlm peti ais kejap nk bg sejuk (umah kami tak simpan ais) :P

Mi goreng kami xguna sawi sbb suami ku kata ada manyak racun sawi ni..huhuhu....
sos tak pakai sbb guna cabai kering...ikut mak ai punya kekdah
fishball fishcake pun tak letak...guna sotong aje....
anak2 panggil mi goreng ni 'mi opah'
tgu lah ek sampai umi pandai buat mi sendrik
kicap pulak takleh elak maa....terpaksa jugak letak huhu

Akhir kalam..pesanan penaja : 

Namun seberapapun khasiatnya sebuah obat, jika tidak dimbangi dengan pola hidup sehat semua itu sia-sia

7 comments:

  1. air rambutan tu sedap ek? nak cuba la... heheheh

    ReplyDelete
  2. moktan tu tak sempat ayaq kak

    ReplyDelete
  3. yg gambaq dereyan tu... makan ngan budu ka tu? ish...

    ReplyDelete
  4. kakyong pun suka tomato.. stock wajib ada.. dr bujang sampai skrg.. x penah miss buah tomato.. aliya pun dah pandai makan.. anis jer yg tak suka sayur..

    baru semalam suami beli rambutan.. habis licn dikerja kan anak2...

    huhuuu.. bila tgk budu tu.. tingat plak budu cap ketereh ku dah lama habis... uwaa.... xde stok bulan posa ni.. kena cari jugakk brg 1 botol...

    pucuk jenerih tu mcm x penah makan..

    ReplyDelete
  5. pucuk jenerih tu macam biasa makan tapi apa namanya ye...lupa plak. mak mertua selalu je buat ulam...sedap!

    **budu...baru nak blajar makan. tapi malu nak minta kat MIL sebotol...hahaha

    ReplyDelete
  6. K.Lina, sedap tak hengat tuuuu...

    Fazyan, tu sbb lepas kait dan-dan tu buat ayaq :P

    redzuan, budu doyan adalah sangat umphhhh....

    k.yong, so, kita lebih kurang sajork...hehehehe

    Izan, tatau la plak nama lain nya...budu skang kat supermarket ada dah...hehehehe

    ReplyDelete
  7. kak, anak2 aida ratah jer tomato. tiap kali ada ulam tomato, mesti aida kena potong 7-8 biji. sebab mereka berdua biasa nyer 2 biji sorang!!! then baru mereka makan nasi... hmmm...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!