Tuesday, March 22, 2011

Melihat Kematian Di Tepi Jalan

Bismillah,

Melihat satu mayat bergelimpangan pagi ini menambah lagi debaran saya. Sebenarnya sudah hampir seminggu saya berdebar-debar dan saya seakan-akan mendengar bunyi jantung saya tapi tidak sepanjang masa. Ia berlaku beberapa minit sekali. Sebenarnya pagi tadi semasa menghantar Usamah dan Uwaiys (yang selalunya abah mereka yang hantar), anak-anak minta saya menggunakan jalan kubur.

Mereka suka memberi salam di kawasan kubur itu. Tapi ntah mengapa saya jalan terus sahaja kerana jam dah menunjukkan anak saya 5 minit lewat. Saya agak, dengan menggunakan jalan itu saya boleh bawa lebih laju walaupun jaraknya jauh sedikit. Tiba-tiba saya nampak kereta polis di hadapan. Sekali lagi saya berdebar sebab tidak memakai tali pinggang.

Tapi jalan lurus sebegitu membolehkan kita menarik tali pinggang sambil memperlahankan kereta. Sampai disana, rupanya ada kemalangan tetapi tiada kenderaan yang remuk pun. Sambil melintasi polis yang memberi signal untuk saya jalan, saya melihat mayat di bahu jalan sebelah kiri. Aduh...sekali lagi lutut saya menggeletar. Saya tidak nampak kesan darah tetapi keadaan mukanya tertiarap di atas jalan tetapi punggungnya juga berada di atas tanah menunjukkan barangkali lelaki itu digilis di bahagian badan dan badannya terpulas sehingga sedemikian rupa.

Dalam ramai-ramai orang yang berhimpun di situ, tiada seorang pun yang memangku mayat itu. Oh...sedihnya rasa sehingga air mata saya jatuh mengalir. Barangkali orang itu meninggal seorang diri, tanpa ada ahli keluarga yang ada bersamanya. Pasti itu menjadi satu keadaan yang memilukan. Meninggal keorangan tanpa ada orang yang memangku.

Begitulah kebimbangan mertua saya. Saban waktu dia mengharapkan ada anak-anaknya yang tinggal bersama. Dia tidak bimbang duduk seorang pun tetapi dia hanya risau, ketika Malaikat Maut datang menjemput, tiada siapa di sisi menemani. Tetapi itulah, kematian ini kita tidak tahu waktu tepatnya. Barangkali di rumah kita ada berteman tetapi lihatlah orang tadi, dia mati di tepi jalan.Semoga ALLAH memudahkan perjalanannya selepas ini...

Lalu Pijah, apakah persediaan kamu setelah melihat peringatan paling mengesankan itu tadi??
*mencari ruang lagi untuk muhasabah diri*

 

6 comments:

  1. masya'Allah, semoga kita dipilih oleh Allah untuk mati dlm keadaan yang sempurna...

    ReplyDelete
  2. ya Allah.. ngerinya

    al Fatihah buat mangsa

    ReplyDelete
  3. Salam...semoga Allah permudahkan urusan dia & kita yg masih hidup ini.. Amin

    ReplyDelete
  4. semoga kita tidak mati sebegitu...keseorangan di tepi jalan...

    ReplyDelete
  5. ngeri..mmg dah meninggal ke?selalunya kalau xcident..mmg mangsa tak di usik sehingga paramedik/ambulan dtg..sbb takut tersilap handle..apa2 pun...pakai seat belt ye...anak2 pun sama..bukan sbb nmpak polis je kita cepat2 pakai seat belt..

    ReplyDelete
  6. ngerinyer.. mira pun pernah jugak tengok orang accident depan mate, mase tu dah berderau dah darah, sebab keadaan motor nyer teruk, sekali mamat tu boleh bangun.. phew lege.. kalau tak mau trauma

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!