Wednesday, March 16, 2011

Terlanjur Berleter

Bismillah,

Hari ini pagi-pagi lagi saya berdebar-debar. Barangkali rasa ralat kerana pulang ke Parit Buntar tanpa suami. Itu alasan kedua, alasan pertama adalah saya akan pulang ke sana dengan naik kereta biras saya. Kami dua-dua perempuan jadi saya sangat bimbang tentang perjalanan jauh ini. Menambahkan lagi rasa ralat saya adalah semalam saya membuat seorang staff saya yang banyak jasanya menangis :(.

Saya beruntung semua staff yang saya dapat semuanya memuaskan hati. Kami bagaikan adik beradik. Selain berkongsi masalah kerja, ada masa kami bercerita juga tentang kehidupan kami masing-masing. Mana ada manusia yang tiada masalah dan siapa kata masalah kerja dan masalah peribadi senang-senang sahaja dapat dipisahkan?

Saya memahami keadaan ini. Kadangkala saya adalah manusia yang lupa juga. Saya mengharapkan Facebook menjadi tempat interaksi kami yang mantap tapi saya lupa bekalkan mereka dengan komputer yang sesuai. Saya juga lupa, barangkali staff saya sibuk lalu mereka tak terperasankan notis yang saya tinggalkan di Facebook.

Akibatnya, bila satu-satu permintaan saya tidak terlaksana, memang meletup jugalah. Walaupun begitu, saya pastikan saya bercakap tanpa menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan hati. Tapi sudah namanya berleter, ia memang menyakitkan bagi pihak yang mendengar. Bila saya muhasabah semula, terkenang saya bagaimana anak-anak saya menghadapi rasa marah uminya?

Sesungguhnya peristiwa semalam membuatkan saya terasa bahawa saya perlu membaiki diri semula dalam keseluruhan hal terutamanya dalam hal mengawal kemarahan. Bukan dengan staff saya sahaja tetapi pada anak-anak saya juga. Saya perlu lebih teliti dalam masalah mereka supaya saya tidak memberi beban lebih dari apa yang mereka mampu lakukan.

Semoga adik-adik k.Pija memaafkan apa yang k.Pija buat selama ini. Mungkin k.Pija terlalu menyibuk tentang urusan kedai sedangkan kalian di sana lebih memahami masalah itu sendiri. Jadi k.Pija minta maaf dan akan cuba kawal diri dari terlalu banyak memberi arahan. Hari ini insya ALLAH k.Pija akan balik dan semoga kita dapat bertemu dalam suasana mahabbah. Mmm...apa kata kita pi makan-makan malam ni??


Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampuni dosa dan kesalahan kamu? Dan Allah Maha pengampun, Maha Penyayang.” (Surah An-Nur: 22) 


Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis riwayat Bukhari). 

*Pija mahu jadi orang yang baik...mesti boleh!!

 

4 comments:

  1. en. abah pun boleh tahan gak leterannya, kengkdg ada perkataan dia tu, buat akak terasa hati n at last....cryyyyyyy...huuwaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. huk...dia tak sengaja kots??

    ReplyDelete
  3. Kalau la semua bos di dunia ni macam kak pija kan bagus, sesekali tunduk ke bawah, bukan mendongak ke atas aje, nanti sudah terjatuh baru terngadah. Kan kan?

    ReplyDelete
  4. walapun kemarahan itu cuma sesaat, pasti akan dikenang sepanjang hayat.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!