Monday, June 11, 2018

Cina Penang

Tadi, tumpang skodeng fb Laling ai.. saja nak layan isu luar dari kebiasaan. Fb ai genre lain, fb dia lain pula...

Alkisah nampak video yang tular harini sehingga KJ pun buat sedikit komen hehe.. eh takpelah, bukan nak komen sangat isu tu. Cuma ye lah, kenapa ya senang sangat orang kita sinis dengan orang yang tidak sehaluan dengan kita? Mmm...

Teringat satu hari saya temankan mak ke KOMTAR. Kami naik ke satu Pejabat di tingkat 3. Saya bawa Arqom bersama. Pejabat tu luas. Orang pun tak ramai.

Maka Arqom ingat itu tempat dia bermain. Maka umi pun mengejar dia kesana kemari. Puasa nak weiii... Nak nangis umi dah la saki baki demam ada lagi time tu wei haha..

Umi kawal Arqom taknak bagi Arqom interrupt ada sekumpulan kaum Cina sedang berdiskusi di situ. Sudahlah mereka berpakaian korporat huhu...

Kemudian seorang daripada mereka mengundur diri. Selepas dua tiga langkah dia menapak dia menegur Arqom, "Hai.... Tak bawa bola ka mari? Kalau ada bola syiok woo main sini".

Haih ambil masa 3-4 minit juga dia sembang dengan Arqom 😂😂. Kalau tengok orangnya memang nampak gaya atuk la dengan Arqom hehe.. so friendly walaupun dia tau je kitorang ni bukan sebangsa pun dengan dia. Tapi saya time tu tak reti nak sembang apa so dia berlalu begitu aje selepas babai Arqom.

Bila selesai urusan, kami cari tangga untuk turun ke bawah. Tiba-tiba ada seorang Chinese sekali lagi tegur kami, "Assalamualaikum!"... Saya tak tunggu lama terus senyum kat uncle tu dan jawab salam dia semula.

Bila dah turun bawah baru mak saya cakap, "Dia masuk Islam la kot nuh?".. hehe.. ya, mereka Chinese dan mereka ok je. Kalau nak kata mereka ni kurang asam dengan kita, meh nak habaq la takkan tak ingat sesama Melayu pun lagu tu jugak?

Tak timbul soal bangsa dalam berada sopan ni betui dak?

Boleh baca Komen lain di : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1878153655784116&id=100007684993335

3 comments:


  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!