Assalamualaikum,
Ha…Tajuk kali ni baru ada kene mengena dgn keje saya kan? Saje je nak bagi sedikit panduan ringkas berkenaan mata nih. Actually mungkin ramai yang dah tahu ttg ni tapi takpela..untuk panduan pada yang tak tau. Mana tau selepas ni dapatlah kita membuang tabiat menggenyeh mata kan?
Persekitaran sekarang ni tak sihat sebenarnya untuk mata kita dan ada baiknya agaknya kalau kita pakai google tapi karang org lain tgk kita mcm tgk katak berjalan la pulak kan? Kalau kita perhatikan betul2 nikmat ALLAH yang satu ni, kita patut bersyukur sbb cuba try tak payah la satu hari cuma amik satu jam untuk patch sebelah mata dan buat keje lazim. Tau lah kita betapa payah tanpa nikmat yang satu ni even kalau kita kehilangan sebelah mata aje.
Jadi, perhatikanla perkara di bawah supaya kita tak membahayakan Mata kita yang cantik ni…
- Bila ada sesuatu memasuki mata, jangan hentam gosok mata untuk keluarkan bendasing tu. Cara yang betul adalah kelip mata dalam air yang sejuk. Jgn la pulak terguna air panas ek karang tak pepasal aje…
- Jangan genyeh kulit bawah mata sbb bahagian ni sangat lembut dan mudah tercedera. So, nnt kalau luka macam mana? Kalau luka, potensi untuk kuman merebak di bahagian berkenaan sangat tinggi jadi elakkan la dari mencederakan mata sendiri
- Perasan tak lagi kita genyeh mata lagi gatal mata kita rasa. Sebenarnya kalau mata kita gatal biasanya disebablan oleh kekurangan air mata ataupun alahan. Kurang air mata ni kadang sebab kita jarang berkelip. Asyik sangat mengadap computer, kita tak berkelip sama gak dgn tgk TV, atau lain2 kerja menumpu. Alahan pulak mcm org resdung kan, kalau alergi dgn makanan laut aduila bukan main lagik gatalnya tu… so, jgn gosok mata dgn jari atau tisu kering tapi gunakan kain yang sesuai yang telah dibasahkan dgn air hangat dan tuam atas kelopak mata yang tertutup
- Elakkan dari menggunakan terlalu banyak ubat titis mata nnt kita jadi terlalu bergantung pada benda mcm tu. Seeloknya dapatkan nasihat doctor sblm mengambil apa2 dos untuk mata.
- Mata akan terasa penat dan tegang kalau terlalu lama buat kerja menumpu, atau sbb spek tak cukup power, pencemaran persekitaran. Tanda2 nya adalah kita sukar utk focus pada satu2 objek. So, seeloknya kita amik masa 10 minit ke, dok dlm bilik gelap dan amik kepingan timun dan letak atas kelopak mata yang ditutup dan rehat. Sambil2 boleh rehat otak kan? Kalau tertidur laaaagi best
Benda yang saya bgtau ni benda basic je yang selalu saya sebut pada customer esp pd yg bekerja sbb biasanya org2 mcm ni letih di tpt keje. Kadang tu power takde pun tapi mata merah, kelabu macam2 lagi la. Kalau ada problem, boleh la pada optometris ye…ok tu aje….babai…..
Salam
Salam..
ReplyDeletesaya nak tanya kak hafizah..
pasal kwn saya,dia ada masalah mata silau. Sekarang nie, kwn saya pakai cermin mata tp power nyer cuma 50.0(dua-dua mata)
Apa ubat untuk mata silau ni??
Kalau x pakai cermin mata,x ape ke walaupun power nyer cuma 50.0 shj untk silau?
-bunisiti@yahoo.com.my-