Wednesday, November 25, 2009

Projek 'Care For Kakyong' Telah Berjaya!!!



Bismillah,

Dengan izin ALLAH dan berkat kerjasama rakan2 blogger, maka dengan ini saya mengumumkan nilai RM 1100 yang kita kumpulkan telah dipenuhi pada malam ini. Lihat detel di bawah sebelum saya mengulas lanjut :

Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 1170
Jumlah Penderma : 38 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua
Jumlah Kutipan : RM 460
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Ketiga
Jumlah Kutipan : RM 175
Jumlah Penderma : 8 orang

Hari Keempat
Jumlah Kutipan : RM 15
Jumlah Penderma : 1 orang

Hari Kelima
Jumlah Kutipan : RM 220
Jumlah Penderma : 7 orang

Hari Keenam
Jumlah Kutipan : RM 50
Jumlah Penderma : 3 orang

Fakta Menarik
Penderma RM 250 : 1 orang
Penderma RM 100 : 4 orang
Penderma RM 50 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 6 orang
Penderma RM 15 : 1 orang
Penderma RM 10 : 19 orang
Penderma RM 5 : 1 orang


*Dua orang penderma RM 30 menggunakan akaun Bank Islam saya dan saya belum masukkan ke dalam Maybank lagi. Insya ALLAH akan pindahkan secepat mungkin...

Jelas di sini, kita tidak memerlukan jangka masa yang lama. Saya sangka mungkin kita mengambil masa 3 minggu untuk mendapat jumlah sasaran. Tetapi alhamdulillah, doa kita didengari ALLAH.

Juga saya turut rasa kagum dengan jumlah2 yang tinggi yang didermakan oleh seseorang individu. Betapa ALLAH telah menaburkan dalam hati2 kita ini ukhuwwah yang mantap sehingga tidak terasa rugi untuk menolong.

Saya pasti kakyong akan mengalir airmata mendapatkan ini. Buat masa ini, baik saya mahupun Miela, kami tidak membuka mulut tentang hal ini kepada kakyong. Harapan saya, tidak ada blogger lain lagi yang akan pecahkan rahsia ini.

Status sekarang, komputer idaman kita itu sedang diperkemaskinikan dan akan di servis dahulu oleh tuan punya. Juga saya sedang memikirkan kaedah terbaik untuk menyampaikan lappy itu. Adakah blogger2 di kawasan sekitar Ipoh ini ingin sama2 berada dalam suasana penyerahan komputer? Jika ya...sila komen dalam kotak komen di bawah ya.. Jika ramai yang mahu turut serta, saya akan cuba uruskan masa penyerahan dengan lebih kemas.

Oh ya, baki sasaran yang dah terlebih itu, tapi semua orang setuju untuk berikan saja kepada kakyong. Anda yang mana telah membuat entry kempen diharap dapat delete dari blog anda, ataupun gantikan sahaja isikandungannya dengan entry saya ini.

Saya doakan semoga ALLAH menggantikan yang lebih baik buat diri anda tidak kira sama ada anda menyumbang, atau anda menyebarkan kempen, atau sekadar berdoa untuk projek ini. Semua itu, tidak kita ketahui nilainya di sisi ALLAH.

Akhir kata, saya mewakili kakyong ingin mengucapkan terima kasih di atas jasa baik kalian. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA...dan saya juga tumpang ukhuwwah kalian dengan kakyong :)
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!