Saturday, July 31, 2010

Ujian Yang Diganti Dengan Kemanisan

Bismillah,

Ini kisah di hari Jumaat. Macam selalu saya bangun pukul 5.00 pg. Selalunya kalau terjaga pun saya paksa balik tidur muahahaha...jahat kan. Sebab Jumaat anak2 cuti so konon2 takyah rushing sangat. Padahalnya pahala solat sunat di waktu ni sangatlah besar malah ia memberi ketenangan pulak tu. Hari tu saya bangun jenguk komputer untuk edit gambar dress yang comel2.

Apa yang bangunkan saya? Saya memang setkan jam tepon. Tapi selalunya saya senang off kan semula. Sekarang ni Ahmadi adalah alarm saya yang paling bagus. Dekat2 pukul 5 tu, dia akan tersedar mintak susu dan selalunya memang susah saya nak lena semula. Sekalipun saya terlena semula, ada bunyi ayam jiran dan bunyi itik2 dengan anak ayam kami berbunyi.Bila terlena tu, terkejut dengan bunyi ayam, rasa macam dah lama terlelap dan susah nak lena semula.

Subuh tu saya berjemaah dengan suami. Selepas solat suami saya jenguk inkubator ayamnya dan sedar2 benda tu dah panas sangat. Saya sendiri tak terperasankan benda tu dah lama menyala. Sekarang, walaupun suami kata ayam2 yang dijangka seminggu lagi keluar dari telurnya tu dah masak dalam tu, tapi saya tetap mendoakan keajaiban berlaku lagi sekali ini.

Saya cuba duduk di sisi suami walaupun saya tahu dia masih hot pasal dompet comel saya kelmarin :D. Kami sembang sampai matahari naik dan sedar2 dah pukul 8 pagi. Saya pergi jenguk komputer lagik lepas tu. Hampeh kan? Sarapan tak buat lagi..mentang2 anak tak sekolah. Pijah, ko ingat anak tak sekolah diorang tak lapar ke??

Alih2 kul 9 lebih, bank tepon. Kalau orang bisnes ni fahamlah kot kenapa bank tepon...waaa.... rasa nak nangis je sampai pegawai bank tu panggil saya berkali2. Macam dalam drama tu, bila orang tepon bagitau berita buruk lepas tu yang pegang tepon pengsan atau koman2 terlepas gagang. Huhuhu....Pijah kan drama queen. Dan saya dengan hampeh sekali lagi berlagak optimis.

Korek sana korek sini, dapatlah juga duit. Dan semuanya selesai. Alih2 staff saya tepon bgtau melalui YM bahawasanya rezeki arini bergolek2. Alhamdulillah berganda jugakla dari jumlah yang tak selesai pagi tadi. Masa ni terasanya syukur sangat.

Biras Johor saya pesan, kalau ada rasa susah even untuk dapatkan parking pun baca "Rabbi Yassir wala tu'assir"

Masa saya hilang dompet semalam, saya sebut Ya Jaami' sbb maknanya Yang Mengumpulkan tapi bila saya Google, elok dibaca Ya Haqq...wallahua'lam tp boleh juga dibaca doa di bawah


Pernah dengar di mana ya...Kita diuji kerana ALLAH mahu kita berbicara denganNya.. 
Ya ALLAH, sekali lagi ku pohon semoga Engkau jadikan aku sentiasa mengingati Mu

6 comments:

  1. Salam pija,
    "Kita diuji kerana ALLAH mahu kita berbicara denganNya.. " saya SUKA statement ni :-)

    ReplyDelete
  2. pija...
    suka dgn n3 ini...
    semoga semuanya dipermudahkan bg pija...
    ujian itu bisa mendekatkan kita lebih pada Nya..

    ReplyDelete
  3. Syahida, maklum saja, tanpa diuji, kita tak ingat ALLAH :|

    k.yong, amin,...

    ReplyDelete
  4. Ujian mmg cara yg terbaik utk mengingatkan kita kembali kpd Allah. Knur pun akui selalu juga lalai dan terleka.

    ReplyDelete
  5. ayong, kata2 ni dalam novel ayat2 cinta by habiburrahman elshirazi.. huhu

    ReplyDelete
  6. k.Nur, betul2... :)

    Dilah, kata2 yang mana? ai tak tiru tau :P

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!