Sunday, December 04, 2011

Denyutan Jantung Bayi

Bismillah,

Salah satu keseronokan masa pergi check up adalah mendengar jantung baby masa misi letak Doppler stetoskop kat perut kita. Kalau mengandung sulung ritu, hasben sll letak telinga dekat perut tapi yang dia dengar hanyalah bunyi hangin dalam perut binik dia... Kalau boleh dengarlah, takyah susah2 org nak cipta Doppler stetoskop tu kan?

Tapi kadang2 ada orang guna Doppler ni, still tak berapa dengar. Saya pernah banyak kali jadi mcm ni. Misi tenyeh sana tak dengar. Time tu jantung kita sendiri berdegup pun tetiba bunyi lebih kuat. Tgh senyum pun terus tak jadi senyum. Rupanya ada sebab2 yang menyebabkan bunyi jantung tak kedengaran :

  • bunyi jantung baby akan kedengaran selepas 9-12 minggu kandungan ~ kalau awal pegi cek sangat mungkin tak akan kedengaran
  • anatomi ibu ~ kot la kulit perut tebal ke kan
  • salah kira due date
  • atau bunyinya slow barangkali sbb baby kat dalam tu tgh tak aktif mcm tidur ke, termenung ke
Selalunya kalau digodek2 tak bunyi juga, kalau saya sendiri saya minta dibuat scan. Sekadar nak puaskan diri sendiri. Bila dah ada baby dalam perut akan terasa rindunya pada dia. Dengar bunyi jantung pun dah rasa lega dah. Semoga semuanya selamat ye... (bagi mereka yang mengandung)



1 comment:

  1. btol tu..suka dgr bunyi jantung wpon x nmpak rupa.kdg2 sj sronok nk p scan nk tgk baby.sy sdg bsabar mnggu utk ank ke4 bln 3 nnti.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!