Wednesday, January 20, 2010

Memahami Perasaan Anak


Bismillah,

Okeh, kes2 ini adalah sangat berkaitan dengan ibu2 yang selalu menjerit kepada anak seperti saya Tarzan. Pernahkah anda melalui situasi seperti di bawah :
  • Anak2 berebut satu mainan. Padahal yang seronok tu hanya berebut saje. Bukannya nak main sangat pun. Saje syok bila rasa menang dapat mainan atau benda yang direbutkan? Yang dapat nanti nangis makin slow tapi yang kalah itu menangis macam kita pulas volume speaker kat majlis kenduri kawin aje.

  • Anda dah suruh anak anda masuk mandi sendiri dalam bilik air. Alih2 dia tanak keluar bila anda arahkan anak kita itu keluar. Makin dia seronok main dengan buih sabun dan splash air dr getah paip ke sarang spider dekat bumbung bilik air. Kalau kita paksa, maka akan kuatlah dia melaung.
Apakah tindakan anda??
Hihi..secara normalnya (mestilah saya kata normal takkan saya kata apa yang saya buat adalah tidak normal kans??) mungkin ini yang saya akan lakukan ini :
  • Suruh mereka diam. Kalau korang dengar mcm mana saya suruh anak saya jangan menangis mesti korang tak berani nak suruh saya mengasuh anak korang. Biasanya menjadilah kalau saya suruh senyap itu.
  • Ugut mereka konon2 tanak bawak mereka jalan2... Tapi yang ni jarang pun saya buat sbb mereka tau mmg kitorang tak jalan2...ahahaha..tidak elok ye kawan2 guna kekdah ni.
  • Atau kalau terdesak bebeno memang kene jugak guna kaedah cubit2 sayang sambil buat muka begini
Adakah ini selalu berhasil? Memanglah berhasil kadang tu tapi muka masham antara mak dengan anak jangan cerita lah. Maklumlah masing2 bengkek kan?

Okeh, satu hari saya terjumpa satu tulisan yang katanya, bila dia amalkan selalunya menjadi. Kiranya kita tu takde nak marah2 dan anak kita pulak akan mudah dengar cakap. Anak kita tidak akan jadi degil lagi bila perasan, "Eh umi tau rupanya aku rasa mcm mana...". Strateginya tak lain dan tak bukan adalah Fahami Perasaan Anak itu.

Jadi untuk dua situasi yang diberikan di atas :

  • Daripada kita kata : "Keluar sekarang! Pakai baju...kalau tak lain kali tak payah mandi!!!" Baiklah kita kata, "Ish ish...seronoknya main air ye....sebab tu taknak keluar ek? Takpe, umi bagi 5 minit, lepas ni keluar cepat ek?"

  • Daripada kita kata : "Kenapa yang suka sangat nak berebut ni? Tak boleh ke cari benda lain nak main masing2?". Baiklah kita kata, "Ooo..Usamah suka ye mainan tu, sebabtu lah Usamah marah sangat bila Uwaiys amik ye..."
Strategi yang dimaksudkan adalah untuk mengurangkan tension dan mengajar anak untuk menguruskan apa yang dia rasa. Lebih kurangnya, bila kita faham dia, adalah lebih mudah untuk dia fahami kita plak selepas tu. Langkah pertamanya jangan lah suruh dia berenti dari buat benda yang dia tak suka tapi cuba fahami dia.

Anda rasa kekdah ini akan menjadikah pada anak-anak anda?? Saya boleh cuba hal ini tetapi anak saya mempunyai satu kefahaman yang lain. Jika mereka tidak ikut cakap kami, mereka bimbang ALLAH tidak memberi mereka pahala. Mungkin kaedah yang saya guna agak memaksa. Seperti yang pernah dibicarakan oleh Abu Abdullah dalam link ini. Yang salahnya saya adalah dengan menggunakan kaedah dari sisi negatif sedangkan bila kita menggunakan ayat dengan betul maka anak akan lebih faham bahawa apa yang kita suruh itu sebenarnya baik untuk dia.

*Semoga anak2 kita lebih memahami maksud murni kita dari memahami yang uminya bekeng!!

10 comments:

  1. memang susah nak 'kawal' suara bila anak2 bergaduh atau buat hal...suara tarzan ok lagi kot, daripada suara perempuan gila...haha..
    apa2pun, mmg lebih elok guna cara berhikmah untuk mendisiplinkan anak2. Pastinya, senjata sabar dan ilmu sangat penting untuk handle anak2 :-)

    ReplyDelete
  2. bagus tips nih..keno amalkan lah sek sok bilo baby SN besar...tp lo ni dio xdop adik, x berebut maine dgn sapo2 lagi la hehe

    ReplyDelete
  3. slm...btol la utk situasi di blk air tu...mmg ssh nk ajk keluor bile da msk blk air...nk ckp lebe2...agk2 bdk umo 18 bulan paham x...k.pija wt cmne nk ajk bdk umo gitu keluor blk air

    ReplyDelete
  4. salam,
    suka sangat2 ngan idea tuh...buleh praktik.... timasih
    memang kat umah skang nih ace balik jer... anak2 buat hal...rasa mcm nak kuar pi kejer semula, masa duduk dengan bibik okeh jer..
    fening2...

    ReplyDelete
  5. salam....nak cuba tengok la kot2 berehasil nanti...

    ReplyDelete
  6. Bab fasa berebut mainan nie dah berakhir sebab dah besar, cuma berbeza pendapat dan bergaduh nak transformer mana yang menang, boleh gitu ?
    Bab yang masuk bilik air susah, lepas dah masuk x nak kuar nie pun dah okay, betul la tu macam pija tulis, kena bagi time 2-3 minit lagi sebelum kuar.. tapi masalahnya sabun ngan air tu tak tahulah splashing nya macamana..
    Nanti dah besar skit oklah tu..

    ReplyDelete
  7. hehehehehehehe ena selalu jerit jea bila umairah tak dgr ckp ena..


    emmmm kena fahami semula apa yg kak siti perkatakan nie..

    ReplyDelete
  8. saya ada dah cuba kaedah2 ni. tapi kdg2 tu terlepas juga suara Tarzan tu tambah2 masa kita tengah sibuk kat dapur ke atau buat kerja lain.

    ReplyDelete
  9. Saya tabik betul pada mak2 yang tak terlepas suara Tarzan masing2..huhuhu... anyway, selamat mencuba kalian..doakan saya bersabar juga :)

    ReplyDelete
  10. kalo mood ibunya baik... xper berebut lah, gaduh lah.. janji jgn kaco ibu buat kerja.. :D
    bila ade salah sorg yg dtg ngadu.. selalunya anis @ aliya lah.. ibu just ckp, kenapa rebut menan abng, menan baby @ kakak kan ada..

    bab x mau keluor bilik air.. selalu tu anak2 mandi jam 6-6.30 ptg.. memang selalunya 1/2 jam depa berkubang, sampai kembang.. just make sure pintu bilik air terbuka, sabun2 semua simpan tinggi.. jgn heran kalo dlm bilik air di rumah ade lego & segala mak nenen mainan anak2.. memang sengaja di biarkan depa berkubang sbb itu lah masanya ibu nak masuk dapur, nak kemas dapur, mop lantai etc... :D

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!