Thursday, April 21, 2011

Ompecak!!

Bismillah,

Dah lama ye saya tak update blog :) Bermula pergi ke Johor kemudian selepas itu tangan suami saya pula patah. Tidak banyak yang berubah sebenarnya kecuali saya mengambil alih sedikit sebanyak tugas suami saya yang tidak dapat dia lakukan dengan sebelah tangan.

Arnab telah suami saya beri kepada sahabatnya memandangkan kawasan rumah kami bukan lagi tempat yang selamat untuk mereka. Pada awalnya saya sangka arnab saya diracuni sebab lepas seekor demi seekor mati. Sedih jangan tanyalah. Sampai satu hari jiran saya datang bagi tahu ada anjing datang setiap malam. Yang saya hairan adalah saya tak dengar langsung bunyi salakan anjing. Barangkali anjing tu ada dua kaki kot.

Jadi, daripada arnab tu jatuh di tangan orang yang salah, ada baiknya kami bagi kepada orang yang baik budi.  Semoga budak2 sekolah di mana ustaz tu berada suka dengan arnab tu. Ia adalah satu terapi yang menyeronokkan sebenarnya. Jadi sekarang yang tinggal hanyalah 2 ekor kuda yang barangkali esok tinggal seekor sebab dah ada buyer, itik di belakang rumah, 3 burung merpati dengan ayam piru bawah TV.

Nanti saya sambung cerita pula, nak kopek roselle. Buat masa ni kalau nak blogging saya perlu ada idea atau kalau termenung2 begini maka banyak lah masa yang dibuang :) Jangan bimbang kalian, saya OK2 saja :))


 

4 comments:

  1. anjing?? kandang arnab kan berkunci.. tompokan darah??? kalau anjing gigit mesti ada darah2 ke kesan apa2 la... confuse.. maka File CSI pun wajib dibuka... hehehheheh

    ReplyDelete
  2. nie hafizah kena pasang cctv .... kot2 anjing kepada hitam yang makan...

    ReplyDelete
  3. gano smp buleh patoh tgn kak pija?

    ReplyDelete
  4. k.kerul...pasal takde tompokan darah tu yg rasa mcm anjing dua kaki tuu...gerram ai...

    Zaidah, hehehe.. dah kasi dah arnab tu kat org..sampai rini saya tak dengar lagi bunyi anjing menyalak

    Yatie, hehehe...ore kapung gini la yatie... kuikuikui

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!