Bismillah,
Saya masih di rumah ibu mertuaku...untuk berpantang kali ke 5 ni, nampak gaya dia dah longgar sikit..lgpun kalau le terberanak di Parit Buntar, pun saya makan mcm2...cuma satu je, saya mesti makan ubat Salindah saya. Bertungku? Sebenarnya saya suka bertungku tapi kalau saya menggunakan tungku mesti saya tungku area kaki sahaja. Bahagian peranakan ni saya tak pandai nak 'cokeh'.
Sebetulnya saya adalah sangat2 tidak sabar untuk pulang ke tanahairku rumah saya. Sebabnya adalah :
- Saya nak masak resepi2 org dalam pantang. Walaupun saya berpantang secara longgar di sini, saya masih makan ikan bakar. Bukanlah nak demand sangat makan sedap2 tapi saya percaya resepi2 yang saya letak dalam blog ni tempohari adalah sangat berkhasiat. Selain berkhasiat, mamam banyak juga akan memungkinkan susu utk Ahmadi melimpah ruah...hehe...
- Saya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan di kedai sana. Setiap hari sekadar mendengar cerita dari adik2 yang tolong menjaga masih tidak mendatangkan kepuasan. Juga terdapat senarai nama menunggu kepulangan mahu cek mata dengan saya juga.
- Nak tayang Ahmadi yang chomel amat pada tokki dan opah. Mungkin mereka dah lihat dalam FB saya, tapi gambar itu amat tidak fotogenik. Saya yakin nanti senyum lebar la mereka melihat cucu baru sambil menyeka peluh melihat cucu2 lain yang semakin ramai :P
- Selain tokki dgn opah, serasanya ramai tlh meninggalkan pesan 'Kaklong, if u kam bek, plis tell us' dan saya jawab 'olrait bebeh'.
- Saya dah tak sabar nak uji suara sendiri setelah laaaaaama 'Tarzan' tidak menjelma di Jerteh. Agak lama juga saya tidak memberi kelas disiplin sehingga anak2 ku tidak berjadual jadinya di sini. Tapi di sini saya hantar juga Asmaa' & Usamah ke Pasti. Kesian nnt mereka ketinggalan sebulan kalau tak hantar.
- Takde alasan yang lebih baik selain 'sangat selesa beraja di rumah sendiri'. Di rumah orang walaupun selesa, kita masih tidak menjadi raja....bukankah begitu encik kanda??
Huhu....pendek kata, "Bawalah daku pulang wahai suami ku..........."
Saya tak habis lagi cerita pasal saat melahirkan kan? Meh la saya pendekkan perjalanan masa bersalin saya...Sebenarnya saya jadi pelik kenapa melahirkan Ahmadi tidak seperti melahirkan 4 anak yang lain. Berlaku false alarm berkali2, dengan contraction (menurut ECG) yang mencapai 5 minit sekali tapi tidak terasa oleh saya, dengan leaking dan darah yang turun beberapa hari sebelum benar2 mahu melahirkan....
Sebelum ini, saya sebut saja nak beranak, suami saya akan turut ketar kaki. Bukan sebab apa, bermula dari melahirkan Asmaa' tempoh dari mula sakit, keluar darah dan beranak adalah kurang dari 3-4 jam. Saya akuilah kali ini saya tidak makan Salindah secara berdisiplin, bukan sebab apa, sbb saya tak beli pun Salindah. Saya hanya makan lebihan dulu yang tidak habis.
Semua ini adalah perencanaan terbaik ALLAH. ALLAH telah menetapkan masa terbaik untuk Ahmadi benar2 berada di dunia ini. Saya hepi je berkenalan dengan semua misi. Macam ternampak2 mak saya round ward mcm sister di sini buat. Plus, saya sempat bercakap tentang menyusu anak secara eksklusif kepada beberapa org ibu yang melahirkan anak sulung. Cuma, saya tak sempat nak cakap pasal CD :P (hamboihhh...sakit2 pun ada hati nak meniaga lagi!!!)
Saya boleh berkompromi dengan misi masa mana saya benar2 bersedia masuk ke dalam bilik bersalin. Saya pilih nak masuk pagi sbb waktu solat yang seterusnya masih jauh. Bukan apa, bimbang nnt beranak dalam waktu solat mana2. Saya selesa beranak selepas Subuh atau selepas Isya'. Jadi bila misi ajak masuk labour room saya kata nak solat dulu ah....solat tu satu hal, nak kontrol ketakutan saya hal lain pula...huhuhu
Kali keempat masuk ke labour room itu pun saya tidak sakit lagi. Tapi mereka cek bukaan dah 4-5 cm. Tapi saya macam terasa agaknya kali ni memang saya sakit yang tidak sakit sangat. Jadi dalam banyak2 sakit itu, saya pilih sakit yang paling sakit (korang faham ke ni??). Ketika saya bgtau, 'misi, saya rasa mcm nak teran dah' tu pun saya masih rasa keliru, 'yeke aku nak teran dah??'
Tapi misi pulak tak cek dulu bukaan berapa terus panggil suami saya masuk. Dia pun dapatlah lihat suamiku yang pulang dengan angsa berpuluh ekor naik kelisa dari Parit Buntar ke Jerteh (see....punyalah banyak saya sembang dgn misi sampai hal ni pun mereka tahu :P). Itu belum cerita merak, dengan burung merpati yang pulang bersama kami lagi...
Semasa nak meneran, sempat lagi mereka sembang pasal angsa...aduih..hilang konsentrasi betul. Bila sakit nak meneran tu datang, saya boleh tunggu mereka habis bercakap dengan suami saya tentang haiwan belaan dia...huhuhu... Tapi saya taww suami saya pun susah hati tengok saya. Dia tak sudah2 pandang muka saya.
Masa meneran tu saya pun tak dapat beza dah saya buka atau tutup mata saya sebab pandangan saya benar2 gelap. Saya rasa ada orang tekan perut saya dari atas seorang (agaknya nak tolak Ahmadi keluar kot..) lepas tu yang lain bersorak mcm rumah sekolah saya bersorak nak bg sokongan kat saya untuk teran.
Bila Ahmadi keluar sepenuhnya, saya masih ingat mcm mana rasa marah timbul. Ntah pada baby yang perjalanannya keluar itu sangat panjang, atau pada misi yang sembang pasal angsa masa saya nak teran atau pada suami yang tidak sama2 rasa kesakitan saya. Tapi rasa tu hilang tiba2 bila suami saya bgtau, "Fizah...comel sangat...alhamdulillah". Suami ai cium ai depan misi2 itu tawww...
Terasa sangat pengorbanan kita melahirkan itu dihargai dan dipandang oleh seorang suami. Misi2 yang tak ada patient lain turut bg kata2 yang menyenangkan..maklum aaa 4 malam tunggu tu baru Ahmadi kluar. Saat melahirkan semua anak2 saya, adalah juga saat saya terasa paling disayangi oleh suami saya....saya tak pasti orang lain mcm mana.
Teringinlah saya mengucapkan terima kasih buat si dia itu, yang terlentok di kerusi menunggu di luar labour room sedangkan bini dia sakit2 pun boleh terlena lagi di atas katil dalam bilik ber aircond. Yang lena dalam kereta semasa saya kata saya sakit padahal malam tu saya masih tidak beranak juga. Yang belikan saya satay yang sedap masa saya sakit tapi gatal nak mengidam lagi..
Juga ingin ku pohon kemaafan dari yang melahirkan saya, atas setiap kesakitan yang ditanggung sepanjang mengandungkan saya, semasa melahirkan saya, atas setiap luka yang terjadi semasa melahirkan saya apatah pula atas kesusahan membesarkan saya sehingga besar panjang begini. Sungguh sakit itu tetap tinggal sebagai sakit tapi harapnya semoga melihat saya di hari ini, bagai memandang nikmat yang ALLAH beri itu.
Sungguhlah perasaan yang paling indah adalah membawa seorang lagi Muslim ke dunia. Saya berharap semoga saya tidak salah mencorakkan mereka. Buat kalian yang membaca doakanlah!!