Wednesday, August 05, 2009

Bertentangan Kehendak Dengan Anak


Bismillah,

Situasi ini semakin menjadi2 bagi saya sekarang. Saya nak tgk drama, anak saya nak tgk kartun. Saya suruh mereka mandi, mereka nak tgk kartun dulu. Hadoih!! Udahla umi tgh garang sampai segala psikologi mula terpelanting ke tepi, pakai nk ikut nafsu pendek sendiri aje...

Contoh? Let say anakanda saya main bola (actually takde bola dalam umah sbb saya takut mereka tergolek ke bawah sama2 dengan bola itu - kami duduk di tingkat atas rumah kedai bagi siapa yang tidak tahu). Saya tidak suka dia main bola sebab saya takut dia akan jatuh atau mungkin dia akan pecahkan cermin or apa2 aje yang ada dalam umah tu. Lalu saya pun kata, "Siap lah kalau cermin tu pecah!!"

Perlulah saya fahami di sini, rupanya anak2 sebaya anak saya tidak suka mengalah. Sama mcm dia berebutkan apa2 sahaja di antara mereka, masing2 tidak mahu mengalah. Memang susah nak jumpa dengan kejadian mengalah ini... kalaupun terjadi, Asmaa' lah yang biasanya mengalah dengan adik2 nya. Kesian....

Dalam hal anak tidak mahu mengalah ini akan membawa juga makna bahawa kita juga tidak akan menang. Sebabnya :
  • Anak ada lebih masa dan tenaga untuk melawan balik. Kita pulak takde masa nak jaga dia sepanjang masa main bola itu atau jika kita simpan bola itu, dia akan cari sampai jumpa semula juga apatah lagi rumah kecil macam rumah kami yang takde perabot lak tu...
  • Sekalipun kita berjaya paksa dia berenti main, dia masih akan buat reaksi mcm merajuk, sedih atau delinquent (jadi jahat)
Jadi mcm mana pulak nk bagi diri kita menang?
  • Belajar mendengar dia bercakap dan fahamkan apa yang dia nak cakap
  • Dengar dahulu ideanya dan beritahu dia bahawa idea kita lebih baik
  • Jangan guna perkataan yang menyebabkan anak benci atau dendam
  • Jangan merendahkan maruah diri kita pula bila bercakap dengan anak
  • Beritahu kita faham perasaan dia dulu sebelum beri nasihat
Kenapa ANCAMAN tidak sesuai untuk mendidik?
Seperti kes bola tadi, rasanya idea yang lebih baik adalah :
  • ambil bola dan ajak dia main di tempat lain
  • atau ajak dia buat perkara lain (alih tumpuan)
Ancaman tidak seswai digunakan kerana ia tidak membina peribadi positif anak-anak, sama juga dengan kaedah2 seperti :
  • Janji yang tidak ditepati
  • Sindiran
  • Mengajar adab, tapi dengan cara yang kasar
  • Berleter
Ada satu cara lagi untuk memujuk anak untuk mendengar apa yang kita kata iaitu ganjaran seperti upah dan hadiah tapi ia turut mengundang masalah lain
  • Ini boleh memberi semangat untuk dia mendengar kata tapi seketika sahaja, bila dia dah dapat hadiah dia buat perangai semula.
  • Kalau dia biasa di upah pula, dia hanya akan buat kalau kita upah dia. Jadi jika dia nak upah, dia akan jadi jahat supaya dia dapat upahnya.
Jadi, sebagai ibubapa kita perlu fikir cara untuk buat dia faham kenapa dia tidak boleh buat sesuatu dan kenapa dia perlu ikut cakap kita. Pada saya, saya suka terangkan konsep pahala dan dosa. Memang susah untuk memahamkan mereka tapi bila mereka dah faham, terasa kembang dada saya.

Seperti saya selalu kata apa bila mereka mandi, "Jangan biar air tu mengalir masa nak sabun badan. Membazir tu perangai syaitan, berdosa." dan pagi tadi Asmaa' tidak sudah2 kata Usamah berdosa sebab biar air mengalir semasa nak bersabun.

Apa yang penting adalah sebelum marah2, fikirkan dahulu..well, saya pun sll terlepas mulut tapi saya juga guna satu pendekatan, sebelum nak marah saya cuba juga untuk tarik nafas panjag dan ketika itu saya boleh kawal perkataan yang keluar dari mulut. Semasa mood saya tgh swing tempohari, saya tak sempat tarik nafas pun...teruknya!!!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!