Friday, August 14, 2009

Menantu Perempuan vs Ibu Mertua


Bismillah,


Anak2 saya yang lelaki dah bangun. Asmaa' & Arwa pun dah bangun tadi tapi sekarang dah lena semula. Selalunya tidak begini tapi sebab hari ini saya puasa (nampak beno tak abis ganti lagi greenscarfemoticon) so, biarlah mereka dengan XTVT mereka. Kalau tak tido karang mesti saya yang letih menjerit2 greenscarfemoticon...ha ha..

Usamah dah mula bawa buku cerita 'Jason the bad-tampered Jaguar' dan dia cam Jaguar dalam kartun Diego. Walaupun buku ini dalam English, saya perasan macamdia faham watak mana yang baik dan watak mana yang jahat.

Asmaa' & Usamah tak pergi ke PASTI. Mereka selsema dan batuk. Tgh musim H1N1 ni, kami berkampung aje di dalam rumah. Itu sebab rumah kami minggu ini asyik ada bunyi Tarzan wanita yang tak bergayut dari pokok ke pokok mengaum. Ha ha...

Mmm...tajuk kali ni sengaja saya spesifikkan kepada 'menantu perempuan' dan 'ibu mertua'. Selalunya pun dua inilah yang ada masalah pun kan sampai boleh buat drama bersiri macam dalam Astro tu (saya tak tgk tapi saya tau yang Erra berlakon tu kan?). Jadi sekarang meh kita cuba diskas mcm mana nak bg hubungan ini bertambah baik?

Untuk menantu dulu
  • Banyak mengalahgreenscarfemoticon - umumnya mertua ni berusia lanjut. Oleh itu mereka banyak guna emosi berbanding logik. Dia mesti suka kalau nampak kita selalu nak 'bahagi' suami kita untuknya. Alah, beralah lah sikit...bukannya madu kita pun..
  • Jika duduk berasingan dengan mertua - mintalah suami sll kunjungi dia. Kalau duduk jauh macam kami ni, ingatkan suami suruh tepon mak dia. Tak adalah dia nampak kita nak control anak dia kan..
  • greenscarfemoticonLibatkan mertua dalam XTVT yang sesuai seperti shopping, berkelah. Mertua saya kalu, dia suka ke tempat ceramah agama, ceramah politik, haha..dulu masa takde anak lagi, kiranya sampai sempat turun darah lah kat surau..tapi skang dia pun faham kenapa saya tak ikut dah, nnt orang lain terpaksa dengar anak2 ku berceramah...
  • Berbincang tentang hal yang dia minat. Pasal pokok yang dia tanam ke, pasal ikan yang dia bela ke, pasal masakan yang anak2 dia suka ke..
  • Selami perasaannya greenscarfemoticon - bayangkan kita telah masuk ke dalam kehidupan anaknya dan ini memisahkan dia dengan anaknya.
  • Fokus kepada hal2 yang baik dalam dirinya. Elakkan pemikiran negatif. Lagipun banyak fikir yang negatif ni buat kepala kita sendiri je yang berat. greenscarfemoticon
  • Jangan sekali2 kritik mertua depan suami. Dah lah hubungan dengan mertua dah teruk sekarang kita cari pasal dengan suami kita pulak.
  • Bersabar & berdoa.
  • Perbaiki diri kita. Cari apa pada diri kita yang dia tak suka dan ubah atau jangan buat depan dia. greenscarfemoticon
Selebihnya, anda kena minta jasa baik suami anda untuk :
  • Tegaskan kepada suami, walaupun isteri dan anak2 adalah yang utama, itu tak bermakna ibunya jatuh no 2. Tapi janganlah berlebihan pulak sebab di pun ada tanggungjawab lain yang perlu diuruskan.
  • Hal ini selalunya akn jadi lebih mudah jika suami telah tahu batasan antara dia dan ibunya. Jangan biasa suruh atau benarkan ibunya uruskan keperluannya atau atur kewangannya. Kalau mertua melampau, suruh suami tegur dengan sopan. Jika kita yang tegur, takutnya akan jadi lebih teruk. Lainlah kalau anak dia yang sound, at least dia cepat nak maafkan.
  • Kalau lah tergaduh juga antara kita dan mertua, minta suami jadi orang tengah yang adil. Yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah...
Tak ada saranan untuk mertua sebab biasalah, kita dah tua nanti pun gini la juga agaknya jadiknya. Tak heran la kalau MommyLyna nak interview menantu dengan tok besan sekali nnt. :P
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!