Thursday, August 13, 2009

Mana Anak Mata Awak??



Bismillah,

Arini angin saya baik..sebab saya tgk suami saya menyapu tanpa bising2 macam saya bising2 suruh anak2 kutip itu ini. Ke ke...siap sempat bukakan buku untuk anak2. Mereka masih belum ke PASTI sebabnya Usamah selsema. Biarlah lega2 sikit. Kalau bukan sebab H1N1 memang mereka dah pergi.

Rushing sikit..ni saja nak share. Hari ni bila selak satu buku, dia ajar tentang pupil (anak mata di dalam mata). So tadi saya duduk di tempat yang cerah sedikit dan saya lukiskan gambar mata dan lukis anak mata. Selama ini mereka hanya tahu mata hitam dan mata putih. Hari ini saya suruh mereka melihat terus kepada anak mata saya.

Punyalah excitednya mereka bila nampak anak mata masing2. Kemudian saya ajar mereka lukis mata, bulu mata dan kening sekali. Hihi...nanti saya tambahkan gambar mata yang Usamah lukis dan Asmaa' lukis. Mata Usamah lukis memang bulat, sebulat lukisannya. He he...Selepas itu jam tepat 2.30 ptg dan itu masa WonderPet mereka.. dan hari ini mereka belajar swan itu bagaimana...

Ini mata Asmaa' lukis
Ini mata Usamah lukis...bulat kan? Ha ha

Simple kan nota hari ini? :) Jadilah daripada tidak ada apa2...jika anak2 anda berusia 3-5 tahun atau lebih, cuba tunjukkan anak mata anda yang cantik pada mereka :)
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!