Saturday, August 15, 2009

Mandi Bersama


Bismillah,


Malam tadi tak ada elektrik. Actually tengahari semalam pun tak ada juga (so saya sempat menggedik ke supermarket sekejap). Usamah pun tanya, "Kenapa tak boleh pasang kipas ni, Usamah tak sejuk (dia guna tak sejuk untuk bgtau dia panas)". Saya pun bagitau, "Sebab elektrik tak ada.." Kemudian dia tanya pulak, "Kenapa tak ada elektrik umi?"greenscarfemoticon Alamak..saya tatau nak jawab apa dan saya kata, " Yang tu kita kena tanya TNB". Ha ha...jawapan yang tak munasabah untuk budak 4 tahun. Bila saya tengok mukanya, saya tau dia tak faham tapi dia buka juga mulut dia dan kata, "Ooo...." Ha ha ha....apakah yang di ooo kan itu?

Malam tadi elok2 jam emnunjukkan jam 12 elektrik putus. Anakanda saya apalagi, especially Uwaiys asyik berkicau aje. Mula2 abah dia tanggalkan baju dia, last2 abah dia bukakan seluar dia terus..uuu, sensored yougreenscarfemoticon !!! Akibatnya, pagi ni selang 10 minit saya pegi selimutkan dia...

Bilik diorang tido ni pun bau asam masin. Seorang budak yang baumacam asam masin dah bangun. Dia adalah macik Arwa tapi setelah dicuium2, ditepuk2 dia terlena balik. Saje la tu datang nak ngendeng bawah ketiak umigreenscarfemoticon . So sekarang saya sedang mengarang dengan aroma asam masin di tepi saya. Owh, aromaterapi ini sangat menyelerakan..greenscarfemoticon

Hihi..apakah kena mengena 3 perenggan di atas dengan tajuk? Memang tak ada kena mengena. Saje saya teringat kepada cerita Mukhsin baru2 ini. Saya tak tengok penuh pun sebenarnya dan saya tulis ini bukanlah nak komplen tentag cerita yang saya tak tengok tapi ada satu babakAdibah Noor sedang buat eskrem Malaysia dengan jirannya itu menarik hati saya.

Adibah Noor cerita pasal mak dan ayah Orkid yang selalu mandi bersama. Dia kata mula2 tengok dulu, geli tapi lama2 dah biasa. Okeh, hal ini bagi saya nak mandi laki bini tak apalah. Alangkan Rasulullah SAW pun mandi bersama2 dengan isteri baginda. Sila buka link ini untuk mengetahui secara lanjut. (pss...bukalah dan anda akan tahu saya tidak 'kuning' bila berbicara hal ini)

Tapi, satu aje, bab etika kena lah juga tengok. Kalau misal kata kita duduk dengan orang gaji ka, dengan mak bapak atau mertua kah, pilih2 lah time sikit nak mandi bersama itu. Macam tak berapa seswai aje kalau main aci redah. Mm..saya bagi idea sket, kot lah nak mandi sama2 sangat, biarlah sorang masuk dulu, yang sorang tu masuk kemudian sikit... Uh..pandai2 korang aa kan?

Masa saya gi mandi kt Ulu Chepor beberap bulan lepas pun, adalah saya ternampak satu pasangan ni (harapnya mereka itu suami isteri) mandi bersama. Selamba aje mereka melakukan adegan yang tak gamak mata nak tengok. Jenuh jugalah nak kawal anak2 dari terlihat gelagat diorang.

Lebih privasi jika anda mempunyai bilik air di dalam bilik tidur anda sendiri. Ha..kalau gini, lantaklah nak mandi sama2 5kali sehari pun. tapi jangan ngamuk kalau anak anda ketuk2 pintu bilik, "Mama dengan papa dok buat apa tu........?"greenscarfemoticon Selebihnya apa yang perlu dilakukan tu pandai2 lah kan..but then saya nak tambah sikit :

  • Romantikkan bilik air...ha ha...ala ganti je dengan lilin aromaterapi, jangan pasang lampu...kalau takde lilin aromaterapi, ada lilin serai wangi pun belasah aje la...ha ha
  • Bilik air sempit? Pedulik!! Lagi sempit, lagi banyak kita bersentuhan.
  • Pilih sabun yang banyak buih. Makin banyak buih, makin licin. Makin licin maka makin peka bahagian tubuh.
Mmm..anda pernah merancang XTVT hujung minggu tak? Mungkin 'mandi bersama' boleh dimasukkan dalam agenda hujung minggu anda... Semoga kasih sayang sesama suami isteri subur sentiasa.

*Owh, saya sll mandi bersama...dengan anak2....pagi 4 kali, ptg 4 kali.... greenscarfemoticon
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!