Saturday, August 29, 2009

Declare Your Love Contest

Bismillah,

Sekarang, saya sedang nak layan mood ibu dan ayah dua Damia . Mereka bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 5 pada 10 September ini. Kata orang lama2, 5 tahun pertama adalah period yang genting bagi menentukan hala tuju ke masa depan. Anda boleh dengar, tapi jangan terlalu letakkan ia ke dalam kepala sangat kerana setiap hari, kita akan belajar perkara yang baru dalam kehidupan. Dan kepada mereka yang nak tau kisah cinta saya bermula, anda hanya akan dapat tahu dari entry khas ini sahaja...bersempena dengan contest ini berlangsung. Maksudnya, kalau takde contest ni, tak terkeluarlah kisah ini dari mulut saya.




Sungguh seronok bila diingat2 kenangan semasa bertemu itu. Hihi...tolong jangan faham ya, memang pertama kali jumpa itu saya tidak seronok pun. Sebab saya rasa serba salah kerana pergi ke tempat pertemuan. Jika boleh diulang, pasti saya memilih untuk tidak pergi berjumpa. Kerana ketika itu, saya telah menolak untuk berjumpa dengan mana2 lelaki (dengan tujuan nak merewang2 bercintan cintun).

Saya dan suami berkawan tidak lama. Malah saya mengetahui dia ada seseorang. Cuma pada suatu hari, dia pulang ke Malaysia dan dia beria2 minta saya ambilnya di sana. Saya jadi pelik kenapa mesti ada seorang yang balik ke kampung halaman dan tiada yang amik. Lalu saya jadi kesian dan pergilah juga ke tempat kejadian.

Tak ada apa2 pun berlaku ketika itu. Aisyah rakan sekerja saya temankan saya ke sana dan dia berkali2 pujuk saya untuk teruskan perjalanan sebab dah beberapa tol lepas saya asyik nak patah balik aja. Ahaha...ngada2 mcm lah ada apa2...ahaha.. saya bukan apa, saya takmo tambah musuh lagi. Saya memang takleh kawan dengan orang lelaki. Diorang akan jadi mangsa 'laser' saya.

Sehinggalah lepas kejadian itu, kami tak pernah berhubung langsung tapi...jeng jeng...di satu malam 24 Feb 2003 saya ada usrah. Tiba2 ada satu nombor dari 03 telefon ke no enpon saya. Well actually bukan tepon tapi hanya miskol. Saya jadi pelik sbb dalam kul 11 mlm orang miskol saya. Sebab terlampau nak tau siapa, saya pun try call balik dan bila dengar suara orang lelaki, saya pun letak tepon. Fikir saya orang ni tersilap nombor.

Kemudian, dia balas tembak balik. Saya pun naik 'syaikh' walaupun saya bukan Syarifah bila ada orang laki buat mcm ni. Lalu saya call balik dan tanya, "Sape nih?" Biarlah saya tau sape dulu kan seblom saya bg jampi serapah saya kaw-kaw...alih2 dia sebut nama dia... dan terus saya kata, "Saya tgh usrah, nnt aje lah tepon."

Balik dari usrah tu, seelok2 masuk rumah aje, orang di sana itu tepon balik. Lalu saya tanya direct, "Dah tengah malam sangat dah ni..ada apa ye?" Dan dia jawab dengan.... "Saya nak mintak awak boleh ka?" Haiyyoh...angin takde, ribut apetah lagi. Tapi saya cukup macho untuk kata, "Ooo..kalau nak mintak saya, kena mintak dari mak bapak saya lah.."

Saya ingat saya akan bagi jawapan yang benar2 macho. Lalu dia pun tanya balik, "Bila boleh??" menunjukkan dia lagi macho dari saya. Ketika ini baru saya sedar yang ayat ni bukan ayat biasa. Saya mintak dia fikir balik apa yang dia cakap dan dia kata dia dah nekad...ahahaha.. Ntah nape, saya runsingkan 'seseorang' iaitu juga seorang perempuan dalam hidup dia sebelum saya.

Tapi saya tak bertanya, bila dia kata dia telah nekad, pastilah ada sesuatu yang terjadi antara mereka sehingga terjadi begini pula kepada saya. Saya tidak ada rasa tidak selesa dengan permintaan dia sedangkan sebelum itu saya telah menolak 'permintaan' seseorang. Saya percaya dengan naluri saya masa tu. Walaupun suami saya pada waktu itu tidak saya kenali, saya rasa begitu selesa sekali.

Bila melihat dia serius, saya pun ajukan hal ini kepada pakcik makcik saya di KL sebab mereka lah saudara terdekat saya masa tu. Yang lebih2 serabut adalah pakcik saya. Manakan tidak, seorang kawan saya dah ter'kawin lari' dan dia boleh sound saya, "Fizah, kalau hang tak dan sangat nak tunggu abah hang mai KL, bagi aku jadi wali...." Ada ka??? Kelako betul...

Jadi minggu tu, suami saya ikut kami balik ke kampung. Sampainya tengah malam dan bila subuh tu saya bangun, suami saya itu dah takde kat rumah. Rupanya, gi kuliah subuh dengan abah. Amboi2....kemain lagi kan?? Masa saya tolong mak saya buat sarapan tu, adalah kami sembang pasal merokok dan mak saya kata, kalau nak tau suami saya tu perokok atau tak, pergi cium bau beg dia.

Ahahahakkkk....korang rasa saya gi cium tak? Jawapannya ialah TAK KUASEEEE....ngeee... ngeri ah pergi cium beg orang kang jumpa benda lain kang macam mana? Saya berserah aje, tapi memang harap sangat orangnya tak merokok dan alhamdulillah memang dia bukan seorang perokok.

Minggu seterusnya, urusan pun diserahkan kepada keluarga kami. Kami dah tak berhubungan langsung dalam tempoh tu. Cuma adala satu dua email dia yang saya terima. Asalnya perkahwinan kami ditetapkan bulan Ogos 2003 tapi ntah mcm mana, pada hari besday saya, abah saya tepon masa saya on the way dari kampung ke KL cakap mcm ni, "Fizah, 12 hb ni hang amik cuti balik nikah!!!"

Kengkawan besday saya adalah pada 6 April dan saya di atas bas masa tu. Sampai je saya kat KL saya demam dan kawan2 yang buat seprais besday party dengan kek blueberry tu saya sepraiskan pulak dengan berita ini. Diorang pun tumpang pengsan jugak bila dengar berita. 3 hari okeh saya demam dan tiap2 hari saya ngadap kawan2 saya yang asyik tanya, "Betul ke ko ni Pija?" Uwaaaaaaaa.....

Dah la kami berdua tak berhubungan. Saya langsung tak tau nak pakai baju apa hari nikah tapi saya ada sepasang baju lip lap2 kain satin kaler kelabu yang tak jahit lagi. Alah beli RM 25 je sepasang. 'Ibu' (satu tempat kerja) offer nak jahitkan baju kurung untuk saya. Selain tu, ada beberapa kawan saya offer kain baju tunang diorang yang mcm Cinderella. Owh, tak gamaknya nak pakai...kang laki aku datang pakai kain pelekat mcm mana??

Maka terjadilah peristiwa di 12 April 2003, tghari itu saya sempat lena lagi lepas baca Yasin dan sedar2 mak sedara saya berlari atas anak tangga bgtau, "Ya ALLAH K.Long hang boleh tidoq dengan inai kat tangan lagi...rombongan sampai depan rumah dah....." Saya pun jadi supergirl turun 4-5 anak tangga sekali langkah nk gi basuh muka. Rupanya ramai gila orng kampung ada kat umah masa tu tengok kejadian tu. Buruk kan pengantin melompat tangga mcm tu.

Kebetulannya, saya memang tak plan nak solek2 sangat. Mujur masjid depan rumah saja. Di sana saya baru perasan si hensem saya juga memakai baju kelabu. Subhanallah..... cantik sekali Tuhan atur perjalanan hidup kami. Sekurang2nya, tak la sorang pakai kaler kuning sorang pakai kaler ungu kan...

Masa nikah pulak, abah saya nangis dan saya blurr sekali lagi kenapa saya tak rasa nak nangis? Tak reti nak describe perasaan semasa dinikahkan itu. Berkali2 dua sahabat saya Syuhairah dan K.Intan cubit saya supaya saya kembali ke alam nyata. Ye kawan2, hari itulah kami mula berkenal2an dan baru tahu umur masing2 masa tu.

Kata suami, andai kata saya minta tunda, maka dia akan cari yang lain juga. Konon2nya nak bawak balik gi sambung Mesirlah tapi ada banyak halangan yang menyebabkan kami terus kekal di Malaysia. Ops, suami saya je sorang balik untuk amik exam. Kalau difikir2 macam mimpi. Kawin tergesa2 dalam keadaan tak kenal. Tapi saya selesa begitu....


Secara skemanya cerita ini adalah begini :

- tarikh declare
24 Feb 2003

-tarikh persetujuan saya
12 April 2003

-tempat declare
Saya di Selayang, suami di Subang

-suasana declare
gelap gulita tiada cahaya....tgh malam weih

-siapa yg declare
Mustilah suamiku nan macho

-bagaimana declare itu dilafazkan
"Saya nak mintak awak boleh ka?"

-Ok dan ini adalah fresh gambar pertama kali kami bersama...seblom kawin?? takdo..tgklah tu malu2 nak pegang tangan..


Pada yg blom kawin..dare to try this kind of marriage?? Ha ha...buat IbuDamia...selamat berkenalan yaaaa

*cerita ini adalah benar okeh..bukan reka2an untuk menang hadiah :P

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!