Saturday, December 19, 2009

Dugro to Anmum Essential


Bismillah,

2-3 minggu lalu Arwa asyik cirit birit sehingga kami menyangka si cantek kami itu kecacingan. Lalu kami beri dia ubat cacing. Tapi dia masih cirit juga. Saya mula menjadi lebih teliti pada pemakanan mereka. Tapi anak yang lain tidak begitu. Tak lama selepas itu Usamah dan Uwaiys pun turut join sama. Saya dah mula risau.

Sudahlah begitu, Arwa pun tak dipakaikan CD. Mana larat weih si buyut ini mau tonyoh CD. Lalu saya teringat pada biras saya yang anaknya turut diberikan Dugro. Tapi itu masa raya Aidilfitri lagi. Dia kata selepas aje Dugro tukar packing dari biru ke hijau, anak dia mula cirit birit. Mmm..sedangkan anak saya baru2 ni saja lagi jadi.

Sebelum ini pun kami beli sekotak terus dan tak ada masalah apa2 pun. Dalam sekotak ada sedozen okeh dan sedozen itu tahan selama lebih kurang nak dekat2 sebulan (biasanya tak sempat) sehingga mak saya ditawarkan percutian ke Bali kerana tolong lariskan jualan. Tapi lepas tu tukar ke Chiang Mai malah terbertembung dengan Hans Isaac di sana.

Lalu saya cuba beli Anmum Essential dan alhamdulillah dari cirit berkali2 sehari kepada poo poo sekali sehari semula. Cuma saya takleh nak trace lagi prime time dia poo poo. Jadi sekarang, saya belikan mereka Anmum Essential. Saya cuma nak tanya mak2 di luar sana, adakah anda mendapat atau rajin mengumpulkan kelebihan2 yang ditawarkan oleh produk ini atas duit yang anda laburkan??

Saya baru sahaja daftar untuk menjadi ahli dalam laman web mereka di http://www.anmum.com/my/Registration.aspx. Manalah tahu kalau kumpulkan sudu mereka kita dapat tukar dengan BMW ka kan???

*Anmum sangat mahal bg saya. Tapi terpaksalah buat masa ni kan....kena belajar tandem nusing lak nampaknya lepas beranak ni...huhuhu

2 comments:

  1. Dulu jannah pun macam tu jugak..minum dugro terus minum tak nak minum susu..

    So saya tukar Nespray...nak tukar jenama lain tak mampu lah..lagilah anmum essential tu...mahal oooo...

    ReplyDelete
  2. huhu...I wish I can full BF the next baby until 2

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!