Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 Dan Saya : Kenapa saya setuju dengan BERSIH?

Bismillah,

Semalam 9 Julai adalah barangkali hari di mana hampir genap seminggu air mata saya tumpah lagi. Saya menangis dua kali semalam. Pertamanya ketika saya menumpang solat di kedai sahabat saya. Bukan apa pun, saya cuma cerita pada dia betapa anak2 saya tidak berkira dengan apa yang saya masak, itu pun saya boleh menangis. Barangkali masa itu saya terlampau emosi sekali. Berkenaan tu saya cerita kemudianlah bila saat sesuai. Memang ada masa saya masak sambil menangis......

Keduanya, selepas saya pulang dari bengkel penulisan semalam, saya singgah ke rumah saya di Pasir Putih sebelum terus ke Jerteh di mana anak saya ada di sana. Sampai2 sahaja di situ, saya menangis bila melihat kuda menggigit2 kereta dan saya takut sekali untuk keluar dari kereta. Saya tidak menangis hanya sebab kuda itu....himpunan beberapa perkara yang tiba2 terjadi bermula dari saat saya keluar dari kedai sahabat saya tadi sehinggalah saya sampai ke rumah keseorangan di kala matahari mula menghilang telah menyebabkan saya menangis semula.

Mmm...dimana mahu saya mulakan. Saya mahu bercerita, supaya mereka yang membaca faham dari sudut pandang saya. Saya hanya mahu kalian faham tetapi saya tidak mahu kalian mengalih pegangan kalian hanya kerana membaca tulisan saya yang tidak ilmiah ini. Tulisan ini hanyalah sekadar memberitahu kenapa saya mempunyai 'pegangan' begini.

Sahabat, terutamanya yang benar2 mengenali seorang Pija. Semalam, saya melihat di wall banyak sekali tulisan berkenaan BERSIH. Ada yang ketika saya membacanya, saya rasa sakit hati. Ada pula bila saya membacanya, saya rasa kasihan. Ada pula ketika saya membacanya, saya jadi keliru. Namun saya ingin sekali memberi tabik hormat kepada sahabat2 yang menggunakan bahasa yang walaupun kita tahu dia dari 'kumpulan' yang tidak sama dengan saya namun masih berupaya mengawal lidah dan jari dari menggunakan ayat kasar.

Kenapa saya setuju dengan BERSIH?
Saya akan beri analogi. Saya tahu, analogi memang tidak sama apatah lagi ia adalah kes yang sangat berlainan. Tapi bacalah dahulu....

Analogi 1
Seorang bayi, mahu disusukan, mahukan makanan, mahu menyatakan dia sakit, atau apa sahaja...adakah dia diam?? Tidak, bayi menangis kerana dia mahukan sesuatu. Sebagai ibubapa, adakah kita prihatin pula dengan bunyi bayi tadi??
Sekarang, gantikan bayi kepada rakyat dan ibubapa sebagai pemerintah.
Tidak semua kemahuan bayi difahami oleh ibubapa. Dia hanya menangis tetapi tidak pandai bercakap. Dia menggunakan seluruh kekuatan suaranya dan barangkali bahasa tubuhnya untuk memberitahu kepada ibubapanya bahawa dia mahukan sesuatu. Walaubagaimanapun, tidak semua ibubapa boleh memenuhi hasrat bayi. Barangkali anaknya sakit tapi dia tidak tahu bagaimana mahu mengurangkan kesakitan itu. Atau barangkali bayinya mahu bermain dengan pisau, takkan pula dia akan beri kepada bayinya pisau itu untuk dijadikan mainan??

Analogi 2
Sekumpulan pelajar, mereka mahu pulang awal dari sekolah memandangkan dalam jadual mereka, ada guru yang tidak hadir pada sesi awal. Lalu mereka menghantar utusan (selalunya ketua kelas - kerja saya semasa di Taayah dulu :P) untuk mengajak cikgu yang sepatutnya masuk di akhir sesi supaya masuk mengisi kelas yang kosong tadi.
Sekarang, gantikan murid kepada rakyat dan guru sebagai pemerintah.
Murid itu mahu balik awal, bermakna balik awal dari sekolah adalah kemahuan mereka. Jadi, dari mereka berdiam diri dan berada dalam keadaan tidak seronok kerana terpaksa juga berada dalam kelas di akhir sesi persekolahan, ada baiknya mereka membuat permohonan supaya guru yang sepatutnya masuk diakhir waktu itu, dapat masuk lebih awal. Walaubagaimanapun, rupanya belum tentu hasrat pelajar ini dapat ditunaikan oleh guru itu. Barangkali guru tu ada kelas lain pada waktu itu, atau barangkali dia masih tidak bersedia untuk kelas hari itu... jika kemahuan pelajar tidak dapat dipenuhi, boleh jadi pelajar terpaksa juga belajar tetapi di dalam hati mereka??

Sebagai rakyat, apatah pula negara kita tidak hanya mempunyai rakyat seribu dua tetapi adalah berjuta2, pastilah ada pelbagai keinginan. Tapi, keinginan itu barangkali ada yang boleh disatukan seperti yang terjadi dalam agenda BERSIH ini. Masakan kelompok ini hanya mahu duduk diam dan sentiasa pasrah sedangkan pada mereka sesungguhnya tidak berpuas hati dengan pilihanraya.

Benar, pembangkang telah menang 5 negeri. Apakah kerana pembangkang telah menang 5 negeri maka terlihat pembangkang TAMAK mahukan lebih lagi?? Dari sisi pandangan mereka yang berbeza, tidak pula terasa TAMAK telah memerintah sejak zaman merdeka? Nah.... di sini saya mahu menyatakan kenapa saya menyokong BERSIH. Saya bukan mahu pembangkang menang dalam pilihanraya kali ini. Saya hanyalah seorang dari rakyat Malaysia.

Saya tidak mewakili 1% pun dalam penyertaan saya dalam BERSIH itu. Saya hanya mahu pemimpin di Malaysia ini tidak kiralah dari kumpulan mana sekalipun, asal sahaja tidak menang dalam pilihanraya dengan.cara kotor. Bermakna, saya mahu kerajaan MALAYSIA melaksanakan pilihanraya yang BERSIH, kemudian barulah saya yakin bahawa pemimpin2 itu adalah pemimpin yang bersih indirectly.

Jika kalian melihat kepada wall saya di FB, memang ada banyak komen ditulis atas nama saya yang sebenarnya adalah komen dari suami saya. Saya sedikit pun tidak mahu memberi sebarang komen di Malaysiakini. Alangkan di dalam rumah saya ini, dengan suami saya, kami punya sudut pandang yang tidak sama, apatah pula saya dengan orang lain??

Barangkali suami saya menyokong BERSIH kerana dia yakin, jika pilihanraya bersih maka pembangkang akan menang tetapi saya menyokong BERSIH adalah kerana saya mahu pemimpin mana pun yang menang adalah BERSIH sekalipun ia bukan dari pembangkang.

Adakah itu bermaksud saya golongan atas pagar??
Tidak. Sejujurnya saya mengaku saya adalah penyokong dan ingin sekali terus mendokong perjuangan PAS. Biarlah saya mengaku. Tetapi saya tidak mahu jadikan sokongan saya ini adalah sokongan yang membuta tuli. Selagi mana perlaksanaan pimpinan PAS adalah diterima oleh sepakat ulama', maka saya masih bersama mereka. Tetapi jika berlaku sebaliknya, saya akan tolaklah juga.

Atas sebab itu, saya tidak menolak semua dasar kerajaan. Ada antara dasar kerajaan yang masih munasabah dan tidak ada perselisihan dengan Islam, saya akan terima. Namun, hati siapa yang tidak bengkak bila mana 'musibah' makin banyak berlaku. Musibah tidak datang dalam bentuk gempa bumi semata-mata. Kenaikan harga barang bagi saya adalah musibah, kejadian maksiat yang berleluasa juga adalah musibah bagi saya. Melihat pemimpin bermain2 dengan fatwa juga sangat membuat hati saya remuk redam dan jika bukan melalui menyertai pembangkang ini, melalui saluran manakah saya mampu untuk menyampaikan rasa hati??

Bak kata Makcik Rehan, ampun datin, saya amik sikit statement datin :
Lumrah manusia.Bila seorang kecut perut. Berdua hilang takut.Bertiga rasa garang. Berempat mula naik berang.Kalau dah ber 5000 orang, 10000 orang, 50000 orang??Silap-silap boleh berperang!
Semasa merelakan suami saya menyertai BERSIH, jika saya membayangkan suami saya pergi untuk merusuh pastilah saya akan guna sepenuhnya kewanitaan saya (kuikui...) untuk menghalangnya. Jika suami saya membawa pisau, parang, pistol, lastik dll, pasti saya akan nangis2 sambil tarik tangannya yang tidak patah itu sampai putus supaya tidak pergi ke sana. Andai suami saya berkata, "Abang nak pi sana bunuh polis!" saya tidak akan teragak2 baring depan kereta supaya suami saya tidak dapat ke sana.

Tetapi hari dimana suami saya kata mahu pergi BERSIH, saya iringinya dengan doa (bunyi macam perasan baik - pooodah). Tidak hanya doa, saya kirimkan harapan saya bersama. Andai suami saya mahu ajak saya bersama, saya pasti mahu berada di sisinya untuk memastikan dia tidak terkena ayunan cota polis yang terus dengan kerja mereka. Eh bukan jadi perisai, tapi kalau nampak dia didekati polis, saya akan tarik dia jauh-jauh. Tapi saya yakin suami saya tidak mahu mengajak saya adalah kerana dia mahu saya jaga anak2 saya supaya masa depan mereka juga BERSIH.... maklum saja, apa2 sahaja boleh berlaku.

Mmm....dah panjang sangat, saya akan pecahkan tulisan saya mengenai BERSIH kepada beberapa entry dan semuanya akan saya muatkan hari ini insya ALLAH.

*Saya mengalu2kan komen, dari pihak mana sekalipun anda...

7 comments:

  1. sy x amik port bab ni kak ... doa saja dr jauh ...

    bab msk tu pun sama dgn kami..ank2 mmg xberkira kdg rasa kesian kat depa..hee~

    ReplyDelete
  2. salam fizah. kita mempunyai pendirian yang hampir sama tentang bersih 2.0 ini. apa yang fizah tulis ni pada kakchik ada satu luahan jujur dan tidak berselindung. tahniah kerana mengizinkan suami turun ke medan.

    ReplyDelete
  3. bersih jgn tak bersih!

    ReplyDelete
  4. Bersetuju dengan statement ini. Tidak berbelah bagi :
    "jika bukan melalui menyertai pembangkang ini, melalui saluran manakah saya mampu untuk menyampaikan rasa hati??"

    Betul, dalam keadaan begini, kena bijak memilih tuturkata. Well done Pijah dan Nejad :-)

    p/s : Nejad dah balik? sila kongsikan pengalaman semalam ya. Im waiting!

    ReplyDelete
  5. ok... saya masih tak berapa jelas dgn 'tujuan' BERSIH.. klu bertujuan sperti yg pija katakan.. ok.. sya rasa saya jugak mau dipihak pija..
    tp saya tak paham kenapa KETUA/PRESIDENnyer itu yg dipilih dan diikuti??? bukankah dia yg membenarkan org islam murtad tanpa tindakan undang2? dia mau bible dlm versi BM diedarkan secara terbuka. pelajaran agama bukan islam mesti ade disetiap sekolah. program2 islam ditiadakan. itu antara perjuangannye.

    Rasenye itu yg membuat orang kita (islam) bengang.. bukan semata2 sebab dia kafir tp siapa dia?
    klu esok2 dia yg jd pemimpin.. ape jd kt kita & Malaysia terutamanya?

    klu perhimpunan tu diketuai orang islam... rasenye lebih BERSIH.. ni barisan AJK pun ramai yg kafir.

    tahla.. sayapun kadang konfius.. maaf.. mgkn saya cume pandai tulis.. tp tak tau ape2pn sbb saya tak mengikutinya dr awal.. mgkn pija ade jawapan/penjelasannye..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. to YAN - Fakta kes Ambiga...

    http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/risalah-anti-bersih-ambiga-murtad-dan.html#ixzz1Re60ecKR

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!